Friday, January 21, 2011

Dolce Far Niente” --- “Pleasant Idleness


Benda-benda comel yang ditemui dalam pembacaan di sana sini adalah seperti Kimi yang meneka persamaan Arin dengan buah strawberry ialah bertukar masam apabila panas. Juga comel ialah apabila Arin komen terasa seperti berada di Perancis pada era 1600 apabila ibu beliau membakar roti buatan sendiri. Sangat comel apabila Chics kata hantu dalam Khurafat adalah menarik sebab “dia dah tahu dia menakutkan so dia rileks-rileks je, takyah menggelupur sangat nak jadi takut.” Ayin juga comel tiba-tiba komen mulut Jess senget.

Arin, rasanya memang ramai yang ada sifat strawberry yang bertukar masam di climate panas. Aku contohnya. Kadang-kadang fikir, tak pasti apa yang lagi teruk, neraka panas melampau atau neraka sejuk melampau. Sama teruk agaknya. Namapun neraka.

Memang bau roti yang baru dimasak ada beri satu kebahagiaan yang peliklah. Not that I ever make my own bread but yeah, I’ve been to bakeries, terima kasih. Ada satu bakeri di pekan Johor Bahru yang masih masak roti kaedah dapur arang. MasyaAllah lazatnya bau. But somehow, tidak suka roti mereka. Mertua yang suka sangat. Mungkin kenangan?

Sebab kadang-kadang kenangan yang buat kita terus suka sesuatu perkara. Contohnya keropok durian yang dinikmati sejak zaman sekolah rendah. Atau wafer sampul merah berkilat yang selalu beli masa di STF sebab adalah coklat paling murah. Atau pau Tanjung Malim yang mesti ibu bapa bawa singgah setiap kali pulang dari kampung di Tapah. Atau sup mamak di Jalan Dhoraisamy yang dulu dibawa bapa kini dibawa suami. Atau coklat Kiddies petak kecil.

Syukur pula tak pernah ada kenangan berkaitan hantu. Kecuali kisah-kisah takut di sekolah asrama penuh. Itu benda biasalah. Mana-manapun ada. Jangan berlagak tak percaya, tapi jangan pula takut membabi buta. Benda halus wujud. Jangan diganggu. Jangan dipuja. Kita hidup saja dalam alam masing-masing. Alam aku pada jam 5.25 petang ini di pejabat. Hantu tak ada sebab umat kat pejabat bising sangat, hantu yang takut.


Berbalik kepada kedai roti. Antara benda yang aku paling suka di rancangan travel ialah bila travel host pergi kedai roti/pastries. Di Perancis atau Itali. Oh juga kedai kopi di Itali. Semua orang nampak gembira. Nampak sejuk, tapi selesa (dan bergaya) dibaluti baju panas, hirup kopi panas dan makan juadah manis berbau enak. Oh kelihatan sungguh bahagia! Kalau satu hari dapat sampai di Itali dan Perancis, mahu buat itu. Mahu pakai baju panas yang bergaya, hirup kopi susu panas, makan sesuatu yang lemak manis, sambil, yes tentunya, sambil mengetik kamera. Dan tersenyum gembira, doing what Italians do best: Nothing.

Aaah the sweetness of doing nothing. Hampir tak ada dalam vokabulari hidup aku T____T


5 comments:

Wa@Wawek@Siti ;) said...

Am, kedai roti masak gune dapur arang tu yg kat jalan dobi tu ke?

Marliza Radzi said...

Ya yang itu :D

Rin said...

hahaha! Am comel! ;)

sharel said...

Nigella Lawson - aku seorang je ke yang fikir dia "berisi" dan lawa?

Marliza Radzi said...

Arin: Arin stawberry :D

Sharel: Memang cun!