"Kenangan ialah suatu cara kita berpaut pada sesuatu yang kita kasihi, sesuatu yang sebahagian dari diri, sesuatu yang tak mungkin ingin kita hilang selamanya.”
– Diterjemahkan, dari siri The Wonder Years.
– Diterjemahkan, dari siri The Wonder Years.
Tadi saya berkicau tentang betapa kepinginnya untuk ke pusat-pusat mengirai wang di ibu kota sana. Ikea, The Curve, KLCC, Sunway Pyramid. Sebenarnya sebab saya sudah jelak dengan pusat-pusat mengirai wang di sini. Saya sudah hafal kedai apa di mana dan apa yang ada. Apatahlagi jika ditanya tentang Plaza Pelangi dan Metrojaya di sebelah pejabat saya ini. Ya, Puan mahu cari apa? Kedai Poney? Tingkat 4 ya. Kedai kek Season? Tingkat 1 bersebelahan Sony Centre. Apa? Metrojaya bahagian rumah? Tingkat 4 bersebelahan bahagian kanak-kanak. Mahu cari Toy City, Puan? Di sini dah tutup, di City Square ada. Sekian.
Ia juga kerana suami akan ke Kuala Lumpur dan kerana kekangan kerja, saya tentunya ditinggal-tinggal di bumi Selatan ini. Lalu saya merasa cemburu. Dia tentu dapat menjenguk KLCC jika berkelapangan. Dapat makan sup Dhorai. Dapat ke Ikea membeli kerusi tinggi untuk si kenit (oh ini belum dipesan!) Dapat menghirup udara kotor ibu kota yang saya rindui. Tempoh hari saya ada ke Kuala Lumpur seharian untuk mesyuarat, tapi dek kekangan waktu, hanya sempat mencuci mata di Sogo, setengah jam saja mungkin. Tapi udara kotor Kuala Lumpur sempat dihirup dan Kekanda Noor yang dirindui sempat dijenguk. Syukur untuk itu.
Apa ya tujuan asal penulisan ini? Oh ya, kicauan saya itu dibalas oleh Kindred Spirit saya (yang baru mula berkicau hari ini). Katanya mahu ikut, mahu jalan-jalan seperti zaman universiti dahulu. Ya seperti kami yang dahulu. Kami yang seperti belangkas ke sana ke mari bersama. Kami yang bukan isteri orang, bukan emak orang, bukan kuli orang. Kami yang tanpa liabiliti, tanpa wang; kami yang kanak-kanak riang. Oh sungguh rindu.
Lepas kelas, berjalan-jalan tonton wayang (dan orang); kadang-kadang kami beli pretzel dan duduk di kerusi dalam mall; tonton (dan gelakkan) orang. Ada permainan bertajuk 'Semakin Dekat' yang kami cipta. Iaitu kami gelakkan jika dari jauh kacak, tapi bila semakin dekat, semakin kurang kacak. Permainan bodoh. Tapi kami boleh gelak berdekah-dekah di situ. Kejam.
Tonton wayang selepas exam itu wajib. Saya ingat lagi, saya, Kindred Spirit dan Naem (tak ingat sama ada orang lain ada sama. Dod?) tonton Jutawan Fakir selepas exam yang masyaAllah sukarnya. Hilang stres satu badan. Kelakarlah Jutawan Fakir. Kerja terbaik Apek kot.
Kami dan kawan-kawan lain, selalunya seperti Naem dan Dod, berpusing-pusing dalam kedai kasut, cuba semua kasut dan keluar dengan tangan kosong. Selalunya pulang dari mall setelah berjam-jam cuci mata, akhirnya beli Cleo saja. Tanpa wang, kan?
Kemudian kami suka reward diri dengan Sushi King. Tapi sebab tanpa wang yang banyak, kami selalu makan yang murah-murah saja untuk kenyang, dan kongsi satu prawn tempura sebagai reward diri. Kasihan kami. Tidak, kami tak lepak kedai kopi mahal masa belajar. Sedar diri dibiaya JPA bukan Petronas (Baca: Biayaan kecil). Tetap seronok!
Paling gembira bila ada hari jadi kawan-kawan. Berusaha dengan tekad untuk membuat kejutan. Padahal semua dalam geng dah tahu pasti akan ada sambutan. Kadang-kadang kita buat-buat terkejutlah bila masuk Pizza Hut dan nampak kawan-kawan menjerit “Surprise!” dengan kek atas meja dan membaling-baling confetti, sebab kasihan akan usaha kawan-kawan menipu dan merancang. Sayang kamu semua sampai bila-bila. Sungguh.
Aaah kenangan itu. Yang indah memang indah. Yang tak indahpun banyaklah. Semua itu jadikan siapa diri kita pada hari ini. Jadi kita kumpul semua kenangan, simpan rapat-rapat dalam hati; buangkan dari ingatan semua yang tak indah, senyum dan bersyukur bila terbangkit yang membahagiakan. Kemudian kembali ke zaman sekarang, mengadaplah fail berbukit-bukit dan teruskan mengarang Penyata Saksi untuk Bicara Penuh minggu hadapan. Hah!
Terima kasih kenangan, untuk beberapa minit imbasan masa silam yang membahagiakan.
13 comments:
kenangan terindah.. tp dulu masa time exam mesti citer pasal nak kahwin. bestnya bila dh kahwin dn kerja takyah belajar. isn't that NOW? pokoknya harus sentiasa bersyukur kan?
far dah ada twitter?
alahai bestnya zaman kat uni.
Kindy: Indeeeeeeeeeeeed! :D
Ayin: @farlatif ;)
Kenangan waktu belajar mmg sungguh membahagiakan. Tanpa tanggungjawab dan carefree! :) I love your writing, as usual.
Er..aku pun lupa aku tgk movie or dvd..yg pasti byk kali tgk gak la.. hahaha.
Ohh aku tgh kemas2 nak gi kl tetiba jumpa gamba hardcopy konvo itu. Oh sungguh rindu.
Kali ini, aku n naem berjalan2 yang sama..tp kali ini, nak beli lain..terbeli lain. Haha. Sbb dah keja or pernah kerja?
Mishyuu olss!
*jutawan fakir maksud aku....lupa lak letak
Mrsdjones: Thanks :)
Dod: Sebab berduit! From kerja & scholarship :D
am, anis pun br jumpa balik gmbr2 masa kt uni dlu masa balik kg raya aji aritu..anis, nana, miza, asma n an pun ada gmbr konvo kt studio..rindunya zaman muda mudi yg bebas dlu..dlu slalu komplen, tak larat study la, benci study la, tak sabar nak keja la..skang baru tau..
Anis: Haha exactly kan? Eh, happy belated birthday ya!
sesungguhnya, permainan 'Semakin Dekat' adalah satu permainan yang kejam..
Sharel: Kejam sikit tapi kelakar. Kih kih kih.
rindu..memang rindu sgt2 beb. huhu
Rindu kakak!
Post a Comment