Monday, April 05, 2010

It was the tiniest thing I ever decided to put my whole life into.” - Terri Guillemets

Eh eh budak ini. Berat sungguh sejak akhir-akhir ini. Oh sudah 36 minggu rupanya kamu. Memanglah sepatutnya sudah semakin berat. Memanglah sepatutnya kamu sudah perlahan-lahan menjatuhkan diri ke bawah, bersedia untuk perlahan-lahan keluar melihat dunia. Berdebar, gentar, tidak sabar; rasa yang sungguh bercampur-baur, tak dapat terkata.

36 minggu itu bersamaan dengan 9 bulan. 9 bulan itu bersamaan dengan bayi hampir matang. Bayi matang itu bersamaan dengan kesaratan kandungan. Kesaratan kandungan itu bersamaan dengan masa yang hampir tiba untuk bayi melihat dunia. Masa yang hampir tiba itu bersamaan dengan merangkul bayi di dalam pelukan akhirnya.

Alhamdulillah, besar sungguh kuasa Yang Esa. We’ve made it this far, Little One. Tidak sabar mahu merangkul kamu dalam pelukan :)



NOTA: Gambar oleh Reza Afandy (Fotografi Jujur), iaitu adik saya yang baru selesai belajar untuk jadi arkitek, juga merupakan pemain gitar untuk kugiran indie Objek Bulat, juga merupakan jurugambar upahan. Macam mana dia bahagikan masa, itu saya tidak tahu. Sekian.

Ada beberapa lagi gambar di sini ya, tuan-tuan dan puan-puan :)

32 comments:

amy mieza said...

Marliza,
Goodluck utk deliver nnt. I'm 37weeks now and sooo nervous plus xsabar jgk. 1st baby la katakan.
All the best tau.

reena said...

Sudah hampir dengan masanya eh? Moga segalanya berjalan lancar dan selamat semuanya :)

anis said...

anis rs anis lg excited dr am..haha..tak sabar nak tgk baby am..moga mudah bersalin ya!

kano said...

semoga dipermudahkan segala untuk kita semua!ameen!

Ayaq masak said...

Congrats dan semoga semua selamat!! :*

Marliza Radzi said...

amy mieza: 37 weeks! Lebih hampir! Semoga semuanya selamat sahaja :D

reena: ameen! Doakan ya!

anis: hahaha. AM pun tak sabar. Doakan ya!

kano: ameen! semoga kita sama-sama selamat semuanya (eh, boleh pula tengok blog? tak faham aku HSBC ni. haha)

Marliza Radzi said...

ayaqmasak: thank you!

naem said...

Hai baby...

madulebah said...

semoga semuanya dipermudahkan.. akak pun rasa tak sabar!! ahaks

Marliza Radzi said...

naem: Aunty Naem tegur baby? hehe.

madulebah: ameen :D

:: vErde+hAzizi :: said...

how time flies kan :)
soon u both gonna be a parent...so embrace the last month of ur pregnancy doll :D

chika said...

tak sabar.
tak sabar!

kan kan?

D.N.A.S said...

Saya biasanya deliver on the 38th week sebab kena Caesar...
Good luck dan bersabarlah sebab time camni malam-malam memang tak cukup tido.

Marliza Radzi said...

verde: itulah, tiba-tiba dah 36 weeks. tapi minggu-minggu terakhir ini pasti akan terasa lama. hehe.

chika: tak sabar tapi berdebar :D normallah kan?

DNAS: wah kalau 38th week, tinggal 2 minggu saja! berdebar. hehe.

Wafaa said...

Dah 36 ye? Me deliver my Iman on 37th :)

Along said...

semoga dipermudahkan semuanya, buat ibu dan anak :)

Marliza Radzi said...

wafaa: terus jantungku berdegup kencang! hahaha!

along: ameen :)

Superfluous_Babe said...

dear ... insyaALLAH, kami semua doakan yg baik2 saja. take care nah. bykkan berjalan2 (i mean walking heheh) time sekarang.

baini said...

marliza,sikit je lagi,;).your entry basically sums up what I felt right now..rasa macam takut tapi tak sabar nak tengok bayi sendiri..believe it or not, kat Aussie ni, ultrasound scan cuma 2 kali je which is at 12 and 20 weeks..haruslah aku terlalu excited dan berdebar nak tengok rupa baby nanti,:)

Marliza Radzi said...

superflous_babe: berjalan-jalan memang banyak dilakukan walaupun memengahkan :D

baini: kan kan kan? berdebar tapi tak sabar :D

SITI said...

Good luck n all the best! :)

Marliza Radzi said...

thank you :)

mia@zuryn said...

semoga selamat semuanyer...ameeen....

Marliza Radzi said...

ameen :)

sharel said...

kudos to photographer jujur! lighting yang cantik!

mak bunting,
may the force be with you..

Marliza Radzi said...

sharel: kah kah kah mak bunting. Thanks!

Mama Ayra Ariana said...

mmm.. mesti tak sabar kan? skang ni amik kesempatan tido puas2... makan puas2... klu masih larat gi enjoy puas2 like tgk wayang etc etc.. nanti suda ada baby kena spend sepanjang masa dgn baby... :D

Marliza Radzi said...

baiklah :D thanks for the advice!

twayblade said...

bukan takat hidup berubah, tapi berubah keseluruhannya!!! kepala hanya pikir pasal anak, anak, anak. org yg takde anak takkan paham perasaan yg satu ni. tapi tu la, naluri keibuan tu kan breaks all barriers.

my advice? tidur la puas2 sekarang. nanti tau laa apa maksud nikmat tidur tu. hahaha. yawwnnn!!!

Marliza Radzi said...

ida: hahaha! baiklah, nasihat diterima! :D

Anis Liyana said...

kak am! comel sangat gambar love dekat tummy ^_^ !

Marliza Radzi said...

liya: hehe Kak AM pun suka :D