Monday, March 01, 2010

A traveler without observation is a bird without wings” – Moslih Eddin Saadi


TIPS-TIPS UNTUK MENGHARUNGI JALAN ORCHARD DI TEMASEK:

(1) Sila bawa air mineral atau seumpamanya ke tandas-tandas awam di sana jika anda bukan pengamal istinjak. Ini perkara penting tau. Tapi jangan bimbang, tandas mereka bersih dan tak perlu bayar. Cuma mahal jugalah jadinya bila perlu beli sebotol air untuk tujuan pemurnian diri.

(2) Kalau anda peminat buku, jangan lupa berkunjung ke Lucky Plaza di tingkat bawah untuk kedai buku murah. Bukan, ia bukan kedai buku terpakai seperti Pay Less Books atau di Chow Rosta itu. Ia cuma sebuah kedai yang jual buku pada harga rendah. Buku-buku baru juga banyak. Kali ini saya dapat 3 buku untuk harga SGD20 sahaja. Merasa bangga.


(3) Cuaca sekarang panas jadi memang akan sangat panas untuk melompat-lompat dari satu pusat membeli-belah ke pusat yang lain. Jadi bawalah kipas berkuasa bateri. Tapi syukurlah hari Sabtu lepas tidak begitu panas. Kalau terik macam biasa, pasti ada seorang perempuan mengandung berbaju merah jambu yang mencair di Jalan Orchard.

(4) Jangan suka-suka mahu lari melintas jalan ya. Kebanyakan jalan tak boleh dilintas. Jadi perlu gunakan Underpass. Saya rakyat Malaysia yang jakun ini rasa Underpass itu antara inovasi yang paling cemerlang. Turun ke bawah tanah untuk melintas jalan; yang istimewanya sebab bawah tanah itu berhawa dingin dan padat terisi kedai-kedai menarik.

(5) Wahai orang Johor Bahru yang ketandusan kedai buku, di sana ada Borders!


(6) Para ibu dan bakal-bakal ibu tentu sekali akan suka pusat beli-belah bertajuk Paragon kerana di situ, di tingkat 5 dan 6, adalah syurga barangan bayi dan kanak-kanak. Ada Mothercare, Toys R Us, butik-butik pereka terkenal untuk kanak-kanak dan macam-macamlah. Saya beli set barangan penjagaan kesihatan bayi (alah, termometer, picagari dan sebagainya) di Toys R Us pada harga SGD16 sahaja. Sekali lagi merasa bangga.

(7) Oh berdekatan Paragon itulah Al-Falah Mosque.

(8) Para ibu juga tak perlu bimbang untuk menukar lampin dan/atau menyusu bayi sebab kebanyakan pusat beli-belah ada sediakan bilik-bilik untuk tujuan itu. Tapi kata Zimah, ketika dia tukar lampin, orang-orang lain yang tukar lampin di sekeliling dia ialah lelaki. Apa?! Lelaki?! Budayakah di sana? Sila ambil perhatian, lelaki Malaysia.


(9) Makanan halal mudah ditemui di Lucky Plaza sebab ada banyak restoran Indonesia dan restoran India Muslim. Tapi perlulah lihat dengan berhati-hati juga ya. Kami selalu teringin mahu makan di Restoran Ayam Ria sebab dia penyetkan semua jenis haiwan. Ayam penyet, ikan penyet, udang, sotong, bakso, semua ada. Tapi tak pernah bernasib baik sebab selalu sangat penuh. Akhirnya Sabtu lalu ada rezeki untuk makan di situ dan memanglah sedap.

(10) Saya mungkin kelihatan seperti menggilai Lucky Plaza (mungkin kerana pusat beli-belah lain di Jalan Orchard itu tak sesuai untuk orang kebanyakan macam saya ngeh) = Saya mahu sarankan Lucky Plaza untuk penggemar barangan elektronik. PSP 3000 pada harga SGD250 saja? Blackberry Storm pada SGD690 saja? PS3 games pada SGD60 saja? Bukankah murah!

(11) Oh di situ juga sesuai jika mahu beli pewangi. Terutamanya yang versi mini. Seronok beli yang mini. Kalau tak berkenan baunya pun tak akan rasa rugi sebab mini dan harganya lebih kurang SGD10 saja. Baiklah, memang peminat Lucky Plaza nampaknya. Sebenarnya ia pusat beli-belah yang busuk seperti Sungei Wang saja. Ngeh.

(12) Kalau mahu makan sate Singapura dan ketam bercili yang dikatakan berasal dari sana, boleh pandu sikit kiri kanan kiri kanan (konon macam senang - kalau ada GPS tentu senanglah) lalu boleh sampai di Lau Pa Sat Food Centre. Makanan gerai digemari ramai.



Sudahlah. Sudah malas mahu beri tips. Siapa mahu magnet peti ais, mahu tak mahu tak? Ini adalah suatu PERADUAN. Siapa boleh jawab soalan ini dengan betul, saya hantarkan seketul magnet peti ais Singapura! Soalan: Siapakah kawan saya yang tidak setuju bahawa ketam bercili berasal dari Singapura? Kah kah. Syarat penyertaan: Semua orang boleh menyertai peraduan ini kecuali kawan saya itu (anda tahu siapa anda) Cepat! Jawapan tepat yang pertama akan memenangi seketul magnet peti ais, cepat cepat! Ngeh.

28 comments:

reena said...

Kek itu nampak lazat sekali! Tu la, orang cakap gadget murah di sana especially gadget Apple.

madame blossom said...

Am, yang I like about the underpass, is the fact that, kadang2 terasa macam mondok :p can get from 1 shopping mall to another, without even having to see the sunlight.. semua lalu bawah tanah. (Tangs -> Shaw -> Borders -> Ion Orchard -> Wisma -> Ngee Ann City.. i don't know ada sambung lagi tak..)

Marliza Radzi said...

Reena: kek itu sungguh heavenly!

Madame blossom: haha mondok! Memang cool lah underpass!

ska said...

sy nak teka!

sy teka ayin, sbb kawan anda yg lain sy tak kenal. :D

Marliza Radzi said...

ska: ya betul! Hahaha! Sila emelkan alamat & nama anda ke jumjumatun@yahoo.com :D

AyinEmran said...

haha cepat betul ada pemenang.

nanti satu hari yang sesuai kita gi jln spore sama eh? most probably after bersalinlah, eh eh?

AyinEmran said...
This comment has been removed by the author.
Marliza Radzi said...

Ayinemran: hahaha! Mahu!

azu said...

salin lampin bayi? suami k.azu pernah... keluar dr situ, dia tersengih2, bila dia kata mcm masuk tandas wanita daaa... ada yg tengah menyusu dsb... next time dia kata 'no more'...jaga aurat mothers n his mata.. HAHA :))

madulebah said...

huk huk huk.. akak pun nak jawab ayin, tiba-tiba baca dah ada winner..

Dear, your books masih ada dengan akak. Dah makan tahun lorh.. bagi address lah nanti akak poskan

Dan lagi satu thanks for the info.. akak sedang plan mau ke Singapore juga sebab asyik baca review yang menarik di sini.. ahaks

wahida said...

Nak pergi! Nak pergi! Bawa kami, please? Heheh.

Marliza Radzi said...

Azu: yalah, betul juga, sebab kat sini memang kaum ibu yang setelkan.

Madulebah: OK nanti AM YM akak, eh, bagi alamat.

Wahida: tentu boleh! Nanti kami apply cuti :D

ska said...

hahahhaha..

okay2 nnt sy email. :D

Marliza Radzi said...

Ska, emel ya! Magnet peti ais akan menyusul :D

rezaradzi said...

berjalan tiada mengajak, selamat uwang sudah dikirimkan.. hahahahaha.. weh.. link ah blog gua keyh.. mwah.. luv ya sista..

Marliza Radzi said...

adinda: hahaha ngeks. berjalan ke sebelah saja. marilah ke sini, ajak Aimi sekali, kita jalan ke sebelah. sudah di-link blog dan flickr kamu.

~maiefa said...

JB yg besar dan maju tu ketandusan kedai buku Am? taiping ni lg la hampeh. takde tempat nk lepak2 blk keje browse buku. isk2.

btw, x pegi movie world kt sentosa? cam best.

Marliza Radzi said...

maiefa: movie world tu dah buka kah? belum kan? JB tak ada Borders atau Kinokuniya. huhu.

nyorq said...

plan aku,insya Allah dok msia,kalo g jb leh singgah umah ko jmpe baby nnti ;D..spore best laahh..aku suke..x ingat aritu ade masuk ke x Lucky Plaza..

Marliza Radzi said...

nyorq, nanti balik malaysia datang rumah tau!

nyorq said...

insya Allah.. ;D

nor'aini said...

x aci, akak mn kenal kwn u kecuali yg senarai dak stf seblah.tu pun i guess bukan semua kwn u kan? hehhehehe

Marliza Radzi said...

nyorq: yeay!

nor'aini: hehe. kawan saya itu (AYIN) blogger dan rakyat twitter juga, jadi kami berkongsi banyak kenalan bloggers & rakyat twitter yang sama.

King said...

Comel anak Bon..

thehealthinspector: said...

aku pun rasa nak melawat jiran sebelah bila baca blog kamu ini. sekarang masa yang baik, tapi petronas tu plant shut down dah 3 bulan, tak start up lagi.. jadi suamiku tak dapat nak amik cuti untuk berpoya-poya. lambat betul nak tunggu keja dia abis, sheeshhh..

Serr said...

wahhh perut semakin membesar!

marliza, nak tanya ur opinion please. kalau nak beli digicam, which is better in terms of variety and price.. kat singapore or KL?

Marliza Radzi said...

king: comel :)

thehealthinspector: alaa ye ke? takpe, bila-bilapun boleh, Singapore ada je kat sebelah ni. hehe.

serr: tak pernah pula check harga digicam. next time, I'll check for you, ok?

Anonymous said...

Samename, u shd go to Far East Plaza next time u come..
okie?..

-SameName-