Tuesday, December 08, 2009

If you carry your childhood with you,
you never become older
. “ - Tom Stoppard


Hampir setiap pagi sekarang, bila turun lif, mesti saing dengan kanak-kanak riang dalam pakaian renang dalam perjalanan bersuka ria ke pool. Sampai bawah mereka terus campak towels dan lompat ke dalam air dengan bahagia dan carefree. How good it is to have no care in the world.

Selalu saya kata pada Suami, “Tengoklah budak-budak tu, belum tahu nasib diorang. Banyak lagi exams nak kena lalui.” Kah kah. Ya, saya orang dewasa yang mendengki kegembiraan kanak-kanak di musim cuti sekolah.

Seronok betullah zaman cuti sekolah dulu-dulu. Saya tak tahu apa aktiviti budak-budak zaman sekarang sebab saya tak ada adik kecil juga belum punya anak, tapi saya pasti, cuti sekolah di zaman manapun, hatta zaman pre-history sekalipun, pasti menggembirakan. No school! Woohoo!

Aktiviti kegemaran zaman cuti sekolah dulu ialah bercuti dengan sepupu-sepupu. Selalunya parents kami akan bergabung usaha bawa kami bercuti di pantai mana-mana. Balik dari bercuti malu nak pergi sekolah sebab hitam legam kulit mengelupas sebab berjemur mandi laut. Ya, kecil-kecil lagi sudah pandai ada rasa vain malu bila kulit jadi hitam mengelupas.

Masa Darjah 6 selepas UPSR, ada lawatan pergi Langkawi. Rasa seronok sangat dapat melancong dengan kawan-kawan. Melancong dalam school uniform pun seronok sangat rasanya. Naik bas ramai-ramai, bayar makanan sendiri, jalan-jalan sana sini tanpa ibu bapa (tapi ada gurulah, bosan) - rasa konon-konon macam adult. Seronok sangat dapat berlagak jadi adult. Sekarang dah jadi adult, dengki dengan kanak-kanak pula. Kah kah.

Cuti sekolah mesti ada family day sana sini. Family day office bapa saya selalunya di PD lah. Kemudian ada sukaneka. Kemudian saya mahu masuk semua pertandingan. Saya bukankah kanak-kanak gila kuasa?

Ada satu gambar saya dalam bikini merah (belum baligh, maka ambil kesempatan sexy sesuka hati) dan menangis sebab kalah pertandingan tiup tepung. Kononnya kalah sebab ada budak gemuk langgar lalu jatuh. Mengadalah saya ini, kalah pertandingan tiup tepung pun mahu menangis.

Gambar ketika Family Day firma saya tahun lepas. Gambar atas ialah saya yang tak menangis apabila terkeluar dari pertandingan rebut kerusi. Gambar bawah ialah saya embracing my inner child (never gone, never will).

Wajiblah balik kampung kan? Kesian Tok Wan, Maktok, Atuk, Opah rindu nak tengok cucu menakal depan mata. Kadang-kadang malas balik kampung sebab rindu katil empuk dan penghawa dingin di rumah. Mengada. Kemudian Ibu akan kata, “Nanti anak-anak Yanti tak nak balik jumpa ibubapak nanti, Yanti sedih tak?” Akan terus jadi takut dengar ayat keramat itu. Lalu akur dan ikut balik kampung and always ended up having great times.

Kemudian ada kem cuti sekolah ala-ala summer camp. Saya without fail akan hadiri program seperti ini. Saya memang kanak-kanak yang gemar beraktiviti. Cuba ajak saya jadi fasilitator sekarang, cubalah kalau nak kena tempelak. Haha. Membesar menjadi pemalas. Si pemalas yang berjiwa positif, boleh? Anyways, antara banyak-banyak, kem paling saya sukai ialah kem bersama Dato Hassan Ali. Memang meninggalkan kesan positif. Tapi saya sedih tak dapat anugerah Peserta Perempuan Terbaik walaupun telah dinominasi. Fasilitator kata sebab saya tak cukup banyak hafal doa. Kah kah sedih kononnya. Kanak-kanak gila kuasalah katakan.

Kem paling saya tak suka ialah Kem Minda Anak-Anak Polis. Balik dari kem itu saya merayu tak mahu pergi lagi. Sebab cultural shock. Kem itu gabungkan anak-anak polis dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Saya budak baik. Tiba-tiba jumpa kakak-kakak yang kena tangkap khalwat, kakak merokok, kakak yang suruh saya dengar lagu Sweet Child of Mine di walkman dia sambil ajar saya menari ikut gaya dia menari dengan boyfriend dia – ish takut! Memang cultural shock.

Juga menarik ialah rancangan Alam Ria Cuti Sekolah di TV3. Dulu-dulu belum ada ASTRO, jadi tak adalah Nickelodeon yang 24 jam ada show menarik untuk kanak-kanak. Lalu bila ada Alam Ria itu, memang seronoklah.

Cerita kegemaran semua anak gadis mestilah The Girl From Tomorrow; yang kemudiannya menyebabkan semua anak gadis menggedik mahu pakai cekak. Satu scene yang paling saya ingat ialah Alana masuk dalam satu bilik kecil dan dibersihkan dengan laser beam. I remember thinking, “How convenient.” (Tak pastilah fikir dalam English atau Malay. Mungkin dalam Malay sebab unlike kanak-kanak beruntung zaman sekarang, saya produk pembelajaran dalam Bahasa Melayu. Ngeh)

Masa yang lepas memang sudah lepas, tapi jangan sampai kita terlupa anak kecil dalam diri kita yang sering kali meronta untuk keluar berjimba.

No comments: