Tuesday, October 27, 2009

Sesungguhnya tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah (beribadah) kepadaKu” - Adz Dzaariyaat: 56


Rumah saya sudah langgan pakej ASTRO Tayangan Hebat. Tempoh hari saya tonton Indonesian horror movie bertajuk Tiren: Mati Kemaren. Comel kan Indonesians, suka betul buat abbreviations. Mati Kemaren pun boleh jadi Tiren. Bodoh betullah ceritanya. 0.01% pun tidak seram. Cuma mungkin hype sebab ada ratu gelek Dewi Persik yang comel itu. Dan banyak adegan gadis kekurangan baju. Kah kah. Bagus lagi horror movie kita, Histeria. Tapi tak boleh komen banyak-banyak sebab tonton sedikit-sedikit saja. Yang pasti, jalan ceritanya lebih baguslah.

Seperti biasa, intro panjang lebar. Sebenarnya mahu berkongsi beberapa cerita hantu yang tergolong dalam kelompok old wives tales; tapi cerita-cerita ini dekat betullah dengan hati saya. Tapi tidak, tidak, saya tak pernah jumpa hantu dan tak ingin langsunglah nak jumpa. Jadi tak perlu ajak saya main ouija board untuk seru-seru hantu ya.

1. Hantu Susu

Ini adalah hantu yang paling menyentuh hidup saya sebab saya memang diselubungi kebimbangan ketika cerita tentang beliau berleluasa (Beliau? Hantu? Sopannya?) Kalau tak tahu, mari saya kenalkan Hantu Susu. Beliau ialah seorang perempuan beriman yang dibunuh ketika sedang mengandung. Ada satu lagi versi cerita, beliau dirogol dan dibunuh dan anak beliau yang masih bayi turut dibunuh. Roh beliau tak aman sebab pembunuh beliau masih bebas. Lalu beliau berjalan sana-sini, ketuk-ketuk pintu rumah orang dan minta susu untuk bayi beliau. Lepas dah dapat susu, nanti beliau tunjukkan bayinya yang rupanya batu nisan. Mwahahahaha.

Kemudian kalau rumah itu ada bayi atau budak kecil, beliau akan culik dan masukkan dalam tudung labuh dan bawa lari. Mwahahahaha. Masih belum gentar? Well, the tale is, ayat-ayat Al-Quran atau azan dan seumpamanya doesn’t work on her sebab beliau hantu beriman, remember? Kalau kita baca ayat Al-Quran untuk halau beliau, beliau akan sambung baca. Mwahahahaha. Scary seh. I used to be so scared that she’d culik my brother who was still small at the time. Nasib baik kawasan rumah saya tak dijejaki Hantu Susu.

2. Hantu Cermin

Hantu Cermin ialah hantu yang muncul di cermin ketika kita sedang gosok gigi. Nanti dia muncul tersengih sambil gosok gigi dengan pisau lalu berdarah-darah. Beliau sangat popular di tandas-tandas sekolah berasrama. Saya tak pernah jumpa, tapi sejak dengar cerita tentang beliau, memang meremang jugalah mahu gosok gigi malam-malam sambil pandang cermin.

Nyorq, masih kah kau ingat? Selepas kita dengar cerita ini dari senior mana entah, kita pergi toilet beramai-ramai dan tak pandang cermin bila gosok gigi? Kah kah. Sungguh kelakar. Tingkatan 2 lah masa itu. Masih kecil dan murni. Heh. Good old times. Oh kemudian saya tertinggal di toilet subang silver berbentuk bintang yang comel yang saya beli di Chamelon tapi tak berani mahu pergi ambil sebab semua orang sudah tidur dan esoknya ia hilang. Sedih. Gara-gara Hantu Cermin lah!

3. The Green Lady

Beliau ialah hantu yang paling popular di sekolah asrama. Tapi saya rasa ia seperti tak relevan untuk sekolah asrama lain dan paling sesuai untuk STF. Mari saya terangkan kenapa. Beliau ialah hantu yang mati dirogol. Dan baju beliau berwarna hijau. Ini sesuai dengan STF kerana baju outing kami warna hjau. Ceritanya ialah beliau keluar outing dan balik lewat malam. Lalu beliau takut nak lalu guard house dan mahu panjat pagar. Ketika itu, beliau dirogol dan dibunuh. Sejak itu beliau berkeliaran mahu cari badan budak STF untuk dimasuki supaya beliau boleh kembali belajar dan cari pembunuh beliau.

Pergh scary seh. Tapi cerita Green Lady sangat dekat di hati saya entah mengapa; mungkin sebab beliau kononnya budak STF? Yang punya masa depan yang luas tapi hidup terhenti sebab satu kesilapan kecil? Entahlah. Emosi betullah kalau fikir kasihan Green Lady. Yeah, I’m weird like that.

Kalau jumpa hantu comel macam Casper tak apa juga. Kemudian boleh bertukar jadi budak lelaki kacak seperti Devon Sawa itu;
boleh juga buat adik angkat. Kah kah kah.


Tiga cerita cukuplah. Nanti ada yang tak tidur malam terganggu dengan imej Hantu Susu bertudung labuh serba hitam atau Green Lady in our hideous outing outfit. Kah kah. Siapa tak pernah masuk sekolah asrama, just be thankful that you never had to don any sort of outing uniform yang huduh okay. Ngeh. Kesimpulan yang tiada kena-mengena dengan cerita hantu.

No comments: