You and me will be lying side by side forever
Underneath this adolescent sky together
And you will hold my heart inside your hand
Underneath this adolescent sky together
And you will hold my heart inside your hand
Tidak berlari-lari anak di taman bunga hujung minggu lalu. Alasan yang diberikan ialah kedua-dua pagi Sabtu dan Ahad telah hujan. Alasan orang gemuk. Orang tak gemuk, akan pergi gym atau berjoging di petang hari. Tapi ini alasan orang gemuk. Sila terima saja dan beri sokongan.
Tapi hujung minggu memang seronok. Hati rasa riang. Otak rasa tenang. Pagi Sabtu yang hujan itu, masyaAllah sungguh blissful. Saya tulis di Twitter, “Aaaah to laze at home on a rainy Saturday morning. What a bliss.” Sesuatu yang indah sebegitu, kalau dinikmati hari-hari, mungkin hilang nikmatnya. Bila sekali-sekala dapat berehat dengan riang, subhanallah, nikmat tak terhingga. Saya memang dramatik. Saya kan anak Ibu saya?
Saya tulis lagi di Twitter pada hari Ahad, “Had fun jamming to Yuna's Deeper Convesation with Hubby on the guitar” (Mini blogging is fun!) Suami saya main-main gitar lagu-lagu Yuna. Sayapun menyanyi-nyanyi lalu Suami saya merakam. Suara saya macam Darjah Dua di dalam rakaman.
The other day, my client terkejut that I’m a Puan because she said I sound like a Cik. Is that just a polite way to say I sound like a child? Huh. Do I sound like a Darjah Dua all the time? Man, that sucks!
Telah tonton Public Enemies. Durasinya agak panjang. Dan kadang-kadang ada babak yang a bit dragging. Tetapi Johnny Depp itu terlalu kacak. Memainkan watak John Dillinger, a notorious, successful bank robber yang sungguh dilamun cinta. How more balak can a robber be? Even if you’re not a fan of such flick, Johnny Depp looking all pretty and bad should be enough to keep you glued to the screen, trust me.
Kuku saya cantik berkilat sekarang sebab saya pergi manicure hari Ahad. Begitu seronok dimanjakan. Sebenarnya saya mahu buat foot reflexology sebab kaki saya penat berjalan-jalan di Mahkamah setiap hari. Konon. Tapi entah, membuang wang di pusat kuku pula. Kali terakhir saya pergi, mungkin 3 bulan lalu. Kuku saya malu nak tunjuk dirinya pada manicurist; chipped here and there, cuticle and what not. Ngeh. Patutlah seronok jadi orang kaya, kukupun ada orang tolong bela. Perenggan ini sungguh vain.
More and more people leaving the Firm. More and more work yang terbeban di bahu kecil ini. Bahu saja kecil. Perut besar. Jangan tanya, “Dah berisi ke?” sebab saya memang berisi lemak dan air, terima kasih. Tangan masih kecil sebab memang berketurunan tangan kecil. Eh kembali - more people leaving and perhaps others will leave soon, melihat keadaan ini. Pecah kepala. Ya Tuhan Yang Maha Penyayang, berilah hambaMu ini kekuatan.
Before the Boss left, dia pesan pada saya dan sahabat saya seorang lagi, untuk sabar dan persevere. Dia suruh baca tafsir Ayat 11 Surah Yunus. “You’re a smart girl, you’d get it,” dia kata. Saya tak pasti saya nampak connection yang dia cuba beri pada saya. I guess I’m not that smart? Tapi saya suka sebab dia kata saya smart. Cuma, saya terganggu sebab dia gunakan perkataan smart girl. Saya rasa macam Darjah Dua.
Masa saya Darjah Dua, saya suka bertocang dua. Saya kanak-kanak yang sangat yakin dan merupakan seorang attention seeker. Saya ketuai semua persatuan yang saya masuk. Saya suka naik pentas. Saya masuk semua pertandingan. Pertandingan koir, bercerita, melukis, mewarna, menulis cerpen – you name it, semua itu saya sertai. Saya kanak-kanak gila kuasa. Saya yakin saya seorang yang cukup annoying suatu masa dahulu.
Telah tonton Syurga Cinta. Keseluruhannya boleh tahanlah. Gambar boleh tahan cantik. Dialog boleh tahan cerdik. Dan lakonan boleh tahan baik, terutamanya dari Awal. Cuma ceritanya kurang depth. Kurang selongkar tentang perubahan watak Awal menghayati gaya hidup Muslim. Tapi saya paling suka satu babak di kelab towards the end, bila dia sudah mula solat, mula belajar tentang Islam; he couldn’t bring himself to drink. Kemudian, dia paksa diri, untuk remain cool mungkin, tapi dia terbaca Bismillah sebelum meneguk arak. Baru dia sedar dia sebenarnya sudah tak boleh terima itu semua. Betullah, solat itu kan mencegah dari maksiat. Comel sangat.
Hari ini hari lahir sahabat kesayangan saya, Puan Ayin kita. Pergilah beri ucapan dan doa buat dia. Saya sudah beri mungkin 67 kali. Dia sudah muak dengar ucapan saya. Ngeee. Saya tak sabar mahu tunggu dia terima hadiah saya yang mungkin sedang dalam kapal terbang menuju ke bumi Bintulu. Saya rasa ia comel. Kenyit mata. Semoga Ayin suka juga.
Tiba-tiba telah jam 5.20. Semenjak dua menjak ini, tak sempatpun nak Monday Blues and what not, kerja kerja kerja sampai pecah kepala, tiba-tiba sudah hampir waktu pulang. Kerja kerja kerja, bila nak kaya? Pengsan.
*Updated on Tuesday night, after my weekly positive dosage of Betty!
Saya ingin berkongsi what I got for my darling Ayin, memandangkan beliau telahpun mendapat hadiah beliau (Sungguh kagum dengan kecepatan Pos Ekspres! JB-Bintulu dalam hanya sehari?! Wow!)
Dan tentunya a copy of The Last Lecture! With an inscription in it!
No comments:
Post a Comment