There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle
Sometimes you going to have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle
Sometimes you going to have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
Blog bersawang (bersawang for my standard-lah) lalu ingin kemas kini dengan sepuluh butir-butir ringkas (ringkas for my standard-lah).
1. Saya sakit jiwa dengan kerja. Kerja sangat banyak tapi man-power sangat sedikit. Seorang peguam telah pergi dan seorang lagi akan pergi tidak lama lagi. Yeah, that was the upsetting news I wrote about on Friday. Since the news was already out sekarang, I guess I could write openly about it. To make it worse, the lawyer leaving is the Boss. Mati ke tak mati? Siapa nak buat semua kerja Boss? Siapa? Siapa lagi!
2. Saya menyampah dengan Julia Roberts. She was quoted to say bahawa duit dia sangat banyak, malah tak akan habis kalau guna dalam 10 kelahiran sekalipun. Menyampah, kan? Saya suka dia sebab dia ada wajah tersengih yang sungguh mesra, tapi saya menyampah sebab dia ada duit berlebih-lebihan. Derma sini sikit, please, pretty Julia please?
3. Saya kagum dengan kemurahan tiket MAS. Saya telah mendapatkan tiket pulang ke KL pada Jumaat depan dengan harga RM79 saja (all inclusive)! Tiket murah sebab semua orang bimbangkan kemerebakan Swine Flu? Me too, but I need to go home to send my parents off to Umrah (my Husband would be in KL earlier untuk berkursus) and the ticket price is too hard to resist-lah. I guess I’d just have to bertawakal kepadaNya.
4. Saya betul-betul rasa batik yang kami jual sangat murah. Sumpah murah. Saya selalu tempted mahu beli untuk diri saya sendiri. RM230 (to RM260) for Batik? That’s freaking cheap, girls. Kerana ia adalah kain sutera/chiffon/crepe gred A yang senang dibasuh/digosok/dijaga. Cuba pergi tengok-tengok di Jalan TAR atau Angsana atau Jakel, boleh tak dapat harga lebih murah? Saya rasa Pasar Payang saja yang boleh beat harga kami, and for that, you’d have to go to KT yourself. Itupun belum tentu tau. Hehe. Maka, marilah beli, kawan-kawan ya. Ngeee.
5. Saya bosanlah lihat rupa blog saya. Selepas saya siapkan blog batik itu dan blog untuk Kano (dalam 5 templates berlainan, rajin kan saya?), saya rasa blog saya kelihatan sangat hambar. Tapi saya suka juga the fact that I use a basic Blogger template; saya rasa ia beri impression bahawa I’m a serious blogger. Serious in the sense that I blog simply because I love to write. Tapi bosanlah. Bosan tak?
6. Saya rasa terharu dengan apa yang Arin tulis tentang saya di blog barunya: Ah! Sudah tentu dia baik. Dia menarik. Dia bijak. Dia ada blog yang mempunyai entri yang penuh inspirasi. Aaaawh! Saya doa pada Allah agar Dia kabulkan doa Arin dan seterusnya saya akan betul-betul jadi baik, menarik, bijak dan memberi inspirasi. Ameen.
7. Saya sangat suka episod Ugly Betty semalam. Pernah ke saya tak suka? Saya malah rasa sangat rugi kalau tertinggal satu episod sebab natijahnya akan terlepas peluang untuk dapat tempias positif dari siri yang sungguh ceria, bertenaga dan positif itu. Saya dengar Betty’s braces are coming off in the 4th Season (gasp!) Comelnya! You’re not a fan? I urge you to be one.
8. Saya berdebar betul mahu daftarkan diri di gym. Saya berdebar mahu berikan komitmen saya. Saya suka berjoging tanpa paksaan di taman bunga sambil dengar suara burung dan rehatkan mata dengan kehijauan rumput. Tapi ada bagusnya saya sertai gym, sebab saya ini jenis sangat sayangkan duit. Bila sudah bayar, tentu saya rasa rugi jika tak pergi. Gym baru di Danga City Mall itu surprisingly affordable dan cantik dan ada trainer dan ada sauna dan ada free classes; in theory, agak tempting-lah. The Husband is pretty excited about it. Should I or should I? Jom, Dod? Boleh tumbuk muka aku masa kick-boxing class nanti? Tempting, yes?
9. Saya rasa bangga sebab Facebook telah tauliahkan saya sebagai A Real F.R.I.E.N.D.S Fan yang malah tahu apakah itu Transponster. Of course I know what Transponster is! That’s one of my favourite episodes ever! Saya yakin semua peminat siri itu tahu. Comel sangatlah. Soalan pertama kuiz itupun saya jawab tanpa fikir panjang. What is Tag's family name? Senang sangatlah soalan, tak mencabar tau (ya, berlagak di sini). Eh you don’t know the answer? Shame on you. Haha. Gurau kasar.
10. Saya mahu lompat-lompat di awan bersama Doraemon. Tak naklah. Saya mahu jadi partikel halus terbang-terbang seperti Arin. Tak naklah. Saya mahu pergi memancing di satu tasik yang tenang sambil baca buku dan dengar lagu-lagu yang soothing dalam iPod saya. Tak naklah. Saya mahu tonton wayang sambil makan Cheezels dan minum Ribena. Tak naklah. Oh oh! Saya tahu! Saya mahu pergi backpacking in Europe seperti dalam lagu Yuna itu and learn to say HELLO in 7 languages and what not. Sigh.
Puan Julia Roberts, belanjalah saya, please pretty please?
No comments:
Post a Comment