Tuesday, May 05, 2009

"Choose a job you love, and you will never have
to work a day in your life
" - Confucius



Menurut Your Name Dictates Your Job yang dihantar oleh Farah Laily, saya sepatutnya ialah seorang SUPERHERO. Wow. I’d be one very lazy, very unreliable superhero, jika benar. Bersyukurlah saya hanya seorang peguam.

Dulu juru latih silat saya pernah beritahu bahawa nama saya bermaksud BERANI. Saya tak tahu mana dia dapat idea itu, sebab saya tahu nama saya tiada makna dalam apa jua bahasa. Maybe he was just flirting with me. Hah! Correct me if I’m wrong, ya, fellow Marliza(s). Tapi kalau juru latih saya itu betul, then I’d make one very brave superhero. Sungguh coolness.

Muka Buku yang addictive itu pernah beritahu bahawa Pekerjaan Yang Sesuai dengan saya ialah DOKTOR. Ia kata begitu sebab ia tak pernah tengok result Biologi dan Kimia saya ketika SPM. Kalau tidak, Muka Buku pasti akan beriaksi seperti guru Kimia saya, Puan Lim, “Marliza, awak mahu ambil apa selepas ini?” “Mungkin Law, Cikgu”. "Oh baguslah”, kata beliau sambil membuat wajah lega. Kekejaman. Tapi keputusan Biologi saya sebenarnya agak baik (for my standard, that is) dan Fizik saya paling baik antara ketiga-tiganya sebab kelas Pak Zul adalah fun! (Bodek Cikgu sedikit sebab tahu kadang-kadang Cikgu membaca blog picisan ini. Ngeee)

Seorang senior lawyer pernah tanya kenapa saya mahu jadi peguam. The honest answer would be, because it seems like the most natural thing to do sebab saya ada Law Degree. Ngeee. Lalu, mengapakah saya took up Law? Senior lawyer itu tuduh sebab saya dulu seorang school debater (sebab secara stereotaip, kata beliau, ramai debater yang rasa mampu jadi peguam). Saya kata tidak (saya sebenarnya tak tahu mengapa). The most credible reason could be kerana saya dilahirkan dalam keluarga yang hampir dengan Undang-Undang; bapa saya dan kedua-dua datuk saya ialah pegawai polis. Mungkinlah kerana itu. Bila saya jawab begitu, senior lawyer itu tiba-tiba teruja sebab rupanya bapa dia juga pegawai polis. Nice.

Adik-adik, jangan jadi peguam sebab anda pandai Sejarah. Sebab tak ada kena mengena langsung. Undang-Undang bukan satu kursus menghafal ya. Kalau anda pandai hafal, anda mungkin akan lulus, but you won’t be the kind of law student/lawyer you should be. Kalau anda pandai languages, ini mungkin membantu. Kalau anda pandai berdebat, ini juga mungkin membantu di Mahkamah nanti. Mungkin ya, mungkin.

Tiba-tiba beri career talk di sini. Sebenarnya mahu cakap, sesiapa ada kerja kosong yang bergaji lumayan, silalah offer pada saya. Saya tahu di KL/Selangor itu banyak; hari-hari Jobstreet menyakitkan hati saya dengan menghantar e-mail memberitahu. Tapi saya tak mahu tinggalkan suami yang saya cintai itu di Johor yang permai ini, saya cuma mahu cuba kerja baru. Saya sudah bosan dan sedikit letih (tapi saya sesungguhnya bersyukur masih bekerja di zaman gawat ini, alhamdulillah). Kalau jawatan SUPERHERO juga boleh. Saya akan jadi superhero yang berani, saya janji!

1 comment:

Unknown said...

enjoy reading your blog :)
encourage me to keep study in Law. hu~
3 years to go.