Bandung, Sunday, 5th April 2009.
1- Perjalanan pergi costs us Rp50,000.00 per pax dan perjalanan balik berharga Rp60,000.00 per pax (mengapa lebih mahal, itu kita tidak tahu ya).
2- That's my beloved iPod Touch. Saya kini sedang obses dengan Scramble. Oh juga ada tangan beloved Husband. Irrelevant.
3- The coach was nice and clean, malah ada plasma TV yang selang-seli tayang video klip dan movie grade C. Heh.
4- We had our breakfast in the train, Mee Goreng for me and Nasi Goreng for him. Sebenarnya the train did provide some snacks; mineral water, bun and cake, which I think is quite impressive for the ticket price we paid.
The pemandangan along the way adalah berselang-seli antara rumah kampung yang menyedihkan dan alam semula jadi yang menenangkan. Tidak terlalu banyak gambar sebab kami lebih banyak tidur. Ngeee.
Tiba di Stesyen Bandung, seorang tourist guide bernama Pak Herry approached us and offered to show us around Bandung for Rp400,000.00. Mulanya ingin naik beca, tapi cuaca panas sangat lalu setuju sajalah.
But first, Aiskrim Durian satu! Sangat sedap okay. Siap dapat seulas durian.
Our first stop was the famous Tangkuban Perahu. Agak jauh juga perjalanannya dari Stesyen Bandung. The Husband was quite hesitant to go sebab jauh but I told him that kunjungan ke Bandung tak akan lengkap jika tak ke sana. Ke Bandung tanpa ke Tangkuban Perahu bukankah seperti ke Paris without going to the Eiffel Tower?
Dari panas melampau tadi, tiba-tiba it rained heavily on our way there. Thank goodness the rain stopped setibanya kami di kawah gunung berapi yang masih aktif itu. Ya, masih aktif. Kali terakhir it erupted was back in 1983. Kenapa namanya Tangkuban Perahu ialah kerana gunungnya menyerupai perahu yang terbalik. Tidaklah sangat sebenarnya, kena guna imaginasi sedikit. Then again, dengan imaginasi, kepulan awan pun boleh kelihatan macam seekor arnab.
Kalau ada duit lebih, masa dan kerajinan, sebenarnya banyak aktiviti boleh buat di sini. Sebab ramai kakitangan kerajaan Indonesia yang menunggu untuk jadi guide. Boleh hiking, aktiviti masak telur atas larva, ada urutan belerang, boleh mandi di hot spring. Tapi kami tak mahu buat semua itu sebab tak cukup masa, malas bersenam serta harga pakejnya is quite expensive; Rp250,000.00 per pax. Pandai betul kerajaan Indonesia buat duit. Oh alhamdulillah, kami selamat, gunung berapi tak meletus. Ngeee.
Cuaca di Tangkuban Perahu adalah sangat nyaman! It would be a more pleasureable experience sekiranya tidak terlalu ramai penjaja yang mengerumuni kami to the point of menyesakkan. Sakit jiwa tau! Rugilah, tak sempat mahu enjoy the view and all.
Then we stopped for Sundanese lunch at the Karamba Restaurant. Masyarakat Bandung rata-ratanya adalah berbangsa Sunda dan beragama Islam. Hanya minoriti kecil berbangsa Cina dan beragama Kristian. Mulanya saya teringin mahu makan Sate Kelinci (sebab ramai yang beritahu tempoh hari bahawa Sate Arnab adalah sedap) dan memandangkan ia adalah local dish yang popular. Banyak betul gerai sepanjang perjalanan. Tapi kebanyakan Gerai Sate Kelinci di sebelah Kandang Kelinci. Jadi kasihanlah, kan? Comel sangatlah arnab. Huhu. Lagipun datang ke bandar masyarakat Sunda, tentulah wajib makan makanan Sunda, kan?
1- Itu Jus Alpukat. Adalah avocado. Saya tak suka. Suami saya suka sangat.
2, 3, 4, 5 - Masakan kangkung, ikan bakar, ayam goreng, tempe goreng. Eh mana gambar sambal belacan dan ulam? Tak ada pula. Tak apalah. Subhanallah lazatnya sambal belacan mereka! Lihatlah seseorang itu telah kekenyangan. Makanan panas yang lazat ketika hari hujan dan perut berkeroncong, nothing beats that. Heheh.
Woohoo, brace yourself, shopaholics! Sila dengki. Saya sangat amat sangat syorkan kota Bandung untuk anda yang suka branded goods. Factory Outlets di sini sangat banyak dan tidaklah terpergi dalam tempoh yang sekejap itu. Kami hanya pergi tiga FO dan itupun telah membakar poket saya. Ngeee. Murah-murahlah. Geram. Saya tak adalah beli apa sangatpun untuk diri sendiri. Ya, saya memang ada self control yang baik. Ngeh ngeh. Beli souvenirs untuk ibu, bapa dan adik saya di sini. Memang murahlah.
1- Nightie comel itu hanya Rp30,000.00, okay? Lihat saya teruja.
2- Itu di cashier. Lihat saya pegang pen. Tekalah untuk apa. Ya betul! Tentulah untuk tandatangan kertas bil kad kredit. Ngeee.
Kami tiba di Stesyen Gambir semula lebih kurang jam 10 malam. Contrary to popular belief, saya rasa Jakarta sebenarnya kota yang sangat selamat. Terasa seperti di Kuala Lumpur sebenarnya. KL yang lebih besar dan lebih sarat. I could see myself living there. Anda tahu saya suka bandar yang modern, canggih dan fast-paced, kan? Jakarta is all that.
Went back to the hotel, freshen up, watched some TV, bersiap-siap lalu keluar semula for the Hard Rock Cafe! HRC di Jakarta terletak di Plaza EX, bersebelahan Plaza Indonesia, sebuah mall mewah, equivalent to our Pavillion I guess. And yes Ayin sayang, tiada halangan untuk wanita bertudung memasuki HRC kerana ia simply adalah sebuah restoran yang ada live bands. Dan juga ada pekerja-pekerja cool yang menari-nari sambil buat kerja. Best betul kerja mereka. Saya dengki tau.
1- We had our dinner there sebab we were starving. Their kitchen telah tutup when we arrived but the snacks were good though. HRC Jakarta tak perlu bayar cover charge ya. Bayar untuk apa yang makan/minum saja.
2- The band was awesome! Awesome awesome awesome! Berbakat, energetic dan sungguh entertaining. Saya sungguh puas hatilah.
3- Itu Suami saya di hadapan merchandise store. Suami saya beli HR T-Shirt for Rp300,000.00. Saya tak mahu beli sebab mahal sangat saya rasa. Heh.
Sekian untuk hari kedua yang memenatkan tapi menyeronokkan. I slept like a baby that night. Haha. Hari ketiga sebenarnya tiada apa sangatpun aktiviti kami but anyway, I'll save that for another entry, boleh?
Disclaimer: Entri ini telah saya siapkan dari semalam sebenarnya (semalam Johor bercuti hari lahir Tuanku Sultan) Kenapa saya beritahu? Bimbang majikan saya terjumpa blog saya lalu tuduh saya siapkan entri panjang penuh gambar ini pada waktu bekerja. Ngeee. Sampai nanti, ya!
No comments:
Post a Comment