Tuesday, April 07, 2009

"Kalau anda ingin melihat muslim, demokrasi dan
kemajuan perempuan, datanglah ke Indonesia
"
- Hillary Clinton, Februari 2009


Selamat malam, semua! Nama saya Yanti and I'll be your tourist guide for today. Ngeee. Saya dan Suami telah selamat pulang dari the Big Durian, ibu kota Indonesia yang sesak dan moden itu. Kami juga ke kota Bandung yang nyaman juga syurga shopaholics. Saya titipkan entri ini buat diri saya sendiri serta untuk berkongsi dengan kalian. Oh juga kerana sebelum saya ke suatu tempat, saya suka google tempat itu to read real stories from real people who have been there, jadi I hope that this might be useful to someone someday. Berhati-hati. Long entry ahead. Heh.


We stayed at Ibis Arcadia, di Jalan KH Wahid Hasyim. I'd strongly recommend this place for anyone looking for a budget stay di tengah-tengah bandar. The room is pretty small but very cosy. And what it lacks in space, it makes up in location. And location is very important ya, untuk meminimakan kos transportation. Oh Ibis Tamarin yang popular di kalangan Malaysians itu juga sangat hampir, di jalan yang sama. The 3 days 3 nights stay cost us Rp1,379,400.00 or approximately RM437.00. Anyways, Jumaat 3rd April itu kami tiba lewat malam di Jakarta and were pretty exhausted so I'll start this laporan with our 4th April activities.


Jakarta, Saturday, 4th April 2009.

It's the day of our anniversary! Hehe. Alhamdulillah. The day before, we made a deal with the driver yang membawa kami dari airport ke hotel, Pak Sonny; he'd pick us up for a day tour at 9 a.m, jadi sebelum itu kami telah berjalan-jalan kaki berdekatan hotel lalu terjumpa this charming little place lalu telah makan pagi di situ. Tajuknya Warung Ngalam.

Nice, huh? Very minimal yet very adorable. Mahu buka satu restoran kecil comel begini di Malaysia, please? We had Sup Buntut (that's Sup Ekor to us), Bakso and Bebek Goreng. Bebek ialah itik. Pertama kali saya cuba. Rasa itik seperti ayam yang liat rupa-rupanya. Sedap juga.

Kekenyangan, kami mulakan tour kami dan tempat pertama yang kami tuju was Taman Mini Indonesia Indah. I read somewhere that the place is sunyi dan membosankan tapi saya rasa sebaliknya. Ramai sungguh pengunjungnya dan banyak sungguh aktiviti yang boleh dibuat di sana. It's quite far from Jakarta Central though, because it's located in East Jakarta. The entrance fee is reasonable; Rp9,000.00 per pax and Rp10,000.00 per car. Oh dan anda sangat perlu menaiki kereta melainkan anda ingin bersenam, sebab kawasannya teramat besar! Ada semua rumah contoh suku kaum Indonesia, ada muzium, ada theme park, ada cable car, ada water park, ada gardens, ada macam-macamlah.

Oh ya, perjalanan bersama Pak Sonny seharian sampai ke malam cost us Rp300,000.00. Belum termasuk minyak, parking charge dan tol, which is not much. We paid a few thousand Rp for toll and Rp75,000.00 for minyak.



1 - Itu ialah seekor (patung) khinzir. Tidak boleh pegang kerana tak mahu mengalami Peristiwa Kebabian seperti Ayin. Ngeh ngeh.

2 - Sebetulnya ada gambar lompat di sini tapi saya nampak gemuk (walaupun sememangnya) jadi saya tak bolehlah kongsi. Tapi saya bukan in denial. Saya telah lepas phase itu; it's acceptance now. Teruk kan accept? Sepatutnya exercise dan diet-lah? Ngeee. Cantik kan kehijauan?

Percubaan imitasi yoga poses di rumah Bali. Saya gagal sebab sibuk mahu pegang botol Teh Botol itu. Suami saya nampaknya peaceful? Berjayalah?


Seronok naik cable car. Tinggi dan nyaman. Bercinta di angkasa sambil minum Fruit Tea (juga keluaran Sosro) yang enak. Ngeee. Yang nampak macam tompok-tompok hijau atas air itu ialah pulau-pulau buatan yang dibina atas tasik, yang membentuk peta seluruh negara Indonesia. Memang cantik. Dari atas ini saya nampak satu Pekan Buku yang kelihatannya seperti jual buku-buku terpakai, garage sale-style. Tapi bila kami tiba di bawah dan cuba cari, tak jumpa-jumpa sehingga saya gave up. Suami saya tak nampakpun tapinya. Was I imagining it? Huhu.

Ini ialah seekor monyet bijak berbaju merah. Di sini ramai monkey trainers mencari makan bersama monyet bijak mereka. Monyet ini in particular pandai main tembak-tembak, menari kuda kepang, tarik kereta sorong, duduk atas kerusi dan telek wajah dalam cermin, pandai pose for camera dan pandai kutip duit tentunya. Saya beri duit Malaysia 2 kali sebab kagum sangat. Lalu teringat cerita Planet of the Apes. Takutnya saya, di Planet Monyet, manusia yang ditambat dan kena buat aksi-aksi begini dan monyet yang tepuk-tepuk tangan dan beri duit. Scary seh!

Lama juga kami di TMII. Later on we had lunch at Warung Desa. Their tagline was quite catchy; 'Harga Murah Meriah, Makanan Bintang Lima'. The foods were okay; I had Pecel Lele, the Husband had Soto Bakso and we shared Rib Soup (lupa nama Indonesianya). Yang menarik adalah nama-nama minumannya. Ada satunya bernama Jangan Biarkan Aku Sendiri! So comel! I had Berry D'Eiffel and he had Pink Delight and Jus Pisang. Lazat.


MONAS or Monumen Nasional is a must-visit I guess, memandangkan ia adalah Indonesia landmark, just like our Twin Tower. Di sini dapat kita lihat aksi lompat dan aksi mencuba kelihatan seperti memegang MONAS. Saya sampai gelak terduduk-duduk nak dapatkan shot itu. Ada satu pasangan yang tiru gaya kami. Sungguh tak original, tapi silalah.

Oh, yang di atas itu, warna kuning itu, emas ya. Kata Pak Sonny, ia adalah lambang bahawa negara Indonesia itu kaya dengan hasil buminya. Just about right-lah, emasnya sikit saja dan batu-batanya di bawah itu lebih banyak; saya anggap ia melambangkan golongan kaya di Jakarta memang sedikit berbanding golongan rakyat biasa. Teringat kata Pak Shamsul di Medan tempoh hari, "Di Indonesia ini, semua orang pandai cari wang, sebab kalau tak pandai, matilah." Ya, literally mati ya.

Wajiblah kan ke Mangga 2? Personally I did not find the mall impressive. Bosanlah. But I had reflexology there for merely Rp32,000.00 for satu jam setengah. Lama kan? For RM10? Murah ke tak murah tu? Kagum. The Husband had full body massage, tak ingat harganya tapi juga murah. The service was good, the place was very nice dan paling syok, semua orang dapat TV sendiri untuk ditonton ketika reflexology itu. Nice.

Oh di sini juga kami bertemu banyak kedai menjual pirated DVDs lalu dengan gembiranya telah memborong beberapa movies, the latest season of Entourage and complete Season 5 of Grey's Anatomy! How syok is that?

Juga telah menikmati minum petang di J.Co di tempat asal J.Co, Indonesia. Saya memang lebih gemar varieties di J.Co daripada Big Apple. Kenapa J.Co pandai sangat buat donut lembut dan enak, eh?

I promised the Husband that we'd go out to the Hard Rock later the night tapi saya telah tersembam keletihan once we got back to the hotel, lalu telah tidur tanpa mempedulikan segalanya. He went there with Pak Sonny berdua saja. Tapi saya juga telah pergi the next day; tak mungkin mahu lepaskan peluang menonton live bands di Indonesia, negara yang penuh dengan aspiring, passionate, talented musicians. Tapi itu cerita 5 April dan saya telah tidak larat untuk terus menulis. Nanti-nanti saja ya. Sampai nanti!