"The closest to perfection a person ever comes is when
he fills out a job application form" - Stanley J. Randall

Saya selalu teruja selesai marathon Entourage. Saya percaya Presiden Obama juga kongsi sentimen yang sama sebab apparently it is his favourite show as well. Ia fast-paced dengan dialog bijak yang sharp, memang menariklah. Seronok betul jadi pelakon. Saya memang tak ada bakat berlakon. Saya pernah berlakon sekali saja untuk Pertandingan Drama Antara Blok di sekolah saya. Watak sampingan. Macam kayu.
Then again, saya rasa saya memang manusia yang tak berbakatlah. Sahabat kesayangan saya, Ayin itu memang banyak bakat. Semalam saya mahu kemas kini resume saya di Jobstreet, ada ruangan Special Skills. Ruang saya kosong. Saya tak ada any special skills! Oh my.
Saya tak ada bakat menyanyi sedangkan ibubapa saya memang penyanyi yang baik. Mereka adalah pasangan yang menyanyi di setiap majlis yang mereka pergi, sekiranya ada permintaan dari hos. Lagu wajib mereka ialah Jangan Ada Dusta Antara Kita. Ibu saya, masa anak dara, juara semua singing competition di Penang. Kenapa bakat mereka tak menurun?
Saya juga tak pandai bersukan. Kaki bangku, itulah saya. Di sekolah rendah, rajin juga masuk badminton, ping-pong, hoki, bola tampar (di zaman Maero Attack tentunya) tapi di sekolah menengah, gagal. Saya hanya ada tali pingang biru dalam Tae Kwando dan tidak pernah selesai belajar Silat Cekak. Sedangkan ibubapa saya boleh main hampir semua jenis sukan. I hope their talents skip one generation. Janganlah tak menurun langsung. Rugi.
Melukis? Saya pernahlah menang pertandingan melukis masa kecil-kecil but I don’t consider that as a talent, kalau dibandingkan dengan orang-orang yang memang pandai melukis. Luck, perhaps.
Menulis? Saya cuma suka dan bukanlah berbakat menulis. Dan seperti kebanyakan perkara yang kita suka dalam hidup ini, it will come naturally to us. Macam belajar Undang-Undang. Ramai orang selalu tanya saya, “Susah tak Law?” Jawapan standard saya ialah, “Kalau minat, tak susah.”
Saya tidak berbakat memasak tapi alhamdulillah, apa yang saya cuba, belum pernah tidak menjadi. Saya juga pernah memasak secara solo beberapa kali untuk raikan kawan-kawan. Tapi untuk kata saya berbakat memasak, memang tidak layak malah jauh sekali.
Main alat muzik, tak pandai. Bercakap bahasa asing selain Bahasa Inggeris, tak pandai. Baiki komputer, tak pandai. Baca Al-Quran secara berlagu, tak pandai. Gubah bunga, tak pandai. Jahit baju, tak pandai. Ya Tuhan, I feel like such a loser writing this. Hahaha!
Satu yang saya tahu saya boleh buat ialah berdebat. Sebab itu saya pembahas sekolah dan kini jadi peguam. Tapi saya tak rasa itu bakat. Itu hanya kombinasi keyakinan, persediaan yang mencukupi dan otak yang laju berfikir. Bukan bakat. Sesiapa sahaja, kalau cuba kombinasikan perkara-perkara yang saya sebut itu, pasti boleh.
Pendek kata, saya memang tak berbakatlah. Tapi Tuhan kan Maha Adil? Mesti Dia ada beri saya bakat! Mungkin saya belum sedar? Adakah saya berbakat bermain ski tapi belum boleh sedar akannya sebab di Malaysia tiada salji? (Dream on. Main roller blade pun tak pandai?) Atau mungkin bakat saya bukan klise? Mungkin bakat saya ialah multi-tasking? (Because I’m so good at that). Atau bakat menjadi positif? Atau bakat channeling my OCD into sesuatu yang berguna?
Tak syok betullah. Takkanlah saya mahu tulis di ruang Special Skills saya, ‘Like most women, I have the ability to multi-task, which I think will be beneficial to the company’. Ish. Tak impressive langsung. Macam imply 'Saya selalu chatting sambil bekerja'. Which is true. Ngeee.

No comments:
Post a Comment