Tuesday, March 03, 2009

Kamu seperti hantu terus menghantuiku
Ke manapun tubuhku pergi kau terus membayangi aku
Salahku biarkan kamu bermain dengan hatiku
Aku tak bisa memusnahkan kau dari fikiranku ini


Sebetulnya saya kecewa kerana terlupa transfer gambar-gambar indah dari kamera hebat Adinda saya, but pictures from my camera will do lah kot, sekadar untuk berkongsi memori. So here goes, our trip to Medan, Indonesia; part by part. Oh untuk pengetahuan (Cik Arin), kami ke Medan menaiki Air Asia, menerusi pakej Go Holiday, kosnya lebih kurang RM600 saja seorang, all-inclusive termasuk penginapan 3 hari 2 malam.


Medan Day 1, Friday 27th February 2009.


Arrived in Polonia Airport jam 0830 pagi waktu Indonesia. Ya, saya dan Ibu saya memakai long cardigan yang sama. Cumanya cardigan Ibu tidak berjenama tetapi berharga RM100++ dan cardigan saya berjenama Nichi tetapi hanya berharga RM60++. Fakta tidak menarik serta tidak relevan.


(1) Saya yang gembira turun dari Kijang, the national car of Indonesia.
(2) Kami makan pagi di Restoran Garuda. Amat memuaskan hati. Ada 8 cawangan semuanya di Medan yang kesemuanya cantik dan berhawa dingin. Tapi mungkin kosnya lebih sedikit dari kedai-kedai jalanan. Di sini juga we had authentic Nasi Padang for lunch. Ya ampun, lazat bangat!
(3) Adinda saya mengamalkan sikap Ambil Gambar Dahulu Baru Makan. Saya juga ada sikap kiasu ini; nantikan kemas kini foodie blog saya.
(4) Makanan pagi saya. Mee Goreng beserta Ayam Bumbu.


Selepas makan, kerana belum boleh check in di hotel, kami terus dibawa ke Pasar Ikan. Namanya saja Pasar Ikan, tapi di situ tempat jualan kain-kain, telekung, tudung dan seumpamanya. Seperti Jalan TAR kita, tapi saya yakin anda akan lebih menggila di sini kerana kesemuanya murah-murah belaka.

Tapi berhati-hati di sini, terlalu ramai kanak-kanak dan OKU yang meminta sedekah. Jika anda ingin berzakat, berikan secara sembunyi-sembunyi sebab kalau ramai yang melihat, bersedialah untuk dikerumuni. Seriously scary.


(1) Saya cuba ingin jadi salah seorang patung bertudung tetapi muka saya bulat sedangkan muka patung-patung bujur comel. Maka jelas sangatlah saya tidak layak di situ. Sob sob.
(2) Adinda saya agak kebosanan menanti Ibu saya menggila melihat-lihat dan memborong kain-kain fesyen terkini.
(3) Telekung memang murah dan halus buatannya. Banyak juga saya beli. Murah sangatlah. Terasa ingin beli banyak-banyak dan buat business di Malaysia. But I’m too lazy for that. Ngeee.
(4) Adinda saya berlagak menunjuk gambar cantik dari kamera hebat.


(1) Kenderaan rasmi di sana, beca bermotor atau namanya di sana, Becak.
(2) Ibu saya sedang tawar-menawar. Di kedai ini, kami borong telekung. Kami syak kedai ini jampi kami. Ngeee.
(3) Saya masih mahu jadi salah seorang patung bertudung. Masih gagal.
(4) Saya dan Ibu teruja. Sungguh. Hehehe.


Kemudian kami check in di Hotel Best Western Asean International. Lokasinya tidak betul-betul di tengah Bandar Medan, which is good jika anda tidak suka hiruk-pikuk bandar. Tapi jika anda tiada tourist guide, saya cadangkan cari hotel di tengah bandar, to eliminate transport cost.

Petang hari pertama, kami dibawa ke Fashion Outlet, which is a factory outlet store. Dicadangkan pergi jika suka F.O.S atau Reject Shop dan seumpamanya. Kemudiannya kami ke Pasar Petisah. Saya suka Pasar Petisah! You can find almost everything under one roof. Leather goods, telekung, kain, knock off branded goods dan tolonglah pergi jika anda mahu beli busana Muslimah. Cantik-cantik belaka dan boleh ditawar-tawar.

Selepas penat berjalan-jalan, kami ke Heritage Spa. Bapa saya belanja. Ngeee. Sungguh seronok. Saya dan Suami opted for Couple Massage yang sungguh menenangkan. Cantik betul tempatnya. Sayang sekali, gambar hanya dalam kamera Adinda saya. Huhuhu.

Malamnya kami makan malam di tempat paling happening di Medan, Merdeka Walk, which is similar to our Bintang Walk I guess, but with more pilihan makanan. Jika pagi-pagi dapat lihat golongan miskin/sederhana masyarakat Medan, di Merdeka Walk ini, golongannya adalah the upper end of the society lah. Suami saya malah noticed that almost everybody yang sedang makan/minum di situ menggunakan Blackberry. Cool. Oh we had Dim Sum for dinner by the way. Enak sekali dong!

Sekian dulu laporan hari pertama. Buat Arin, anggaran kerugian hari pertama ini sebenarnya bergantung kepada kesungguhan anda membeli-belah. Hehehe. Eh saya baru sedar yang kami tidak begitu banyak ketik foto di hari pertama. Mungkin saya banyak bergantung pada kamera Adinda saya pada hari pertama itu. Tunggukan laporan hari kedua dan ketiga, ya dong!

No comments: