Friday, March 20, 2009

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha



Apa sebenarnya jati diri Melayu? Enlighten me, please. Saya nak tahulah. Sebab ramai yang kata, PPSMI boleh jadikan anak-anak Melayu hilang jati diri sebagai seorang Melayu. Ada yang salahkan kemasukan artis-artis barat melalui konsert/muzik/filem; kononnya boleh menyebabkan anak-anak Melayu terikut-ikut lalu hilang jati diri. Apa jati diri Melayu sebenarnya?

Memakai baju kebangsaan? Perempuan berbaju kurung sopan yang saya jumpa pagi tadi, berjati diri Melayu? Walaupun ketika saya nampak dia tadi, dia sedang asyik merokok?

Dan lelaki berbaju Melayu lengkap di hari Jumaat tapi berpeleseran di Plaza Pelangi pada waktu solat Jumaat; berjati diri Melayu lah dia?

Bertutur/menulis dalam Bahasa Melayu? Budak-budak punk yang berambut cacak dan berpakaian a la kumpulan KISS itu, Bahasa Inggeris yang mereka tahu cuma KILL KILL F**K F**K DIE DIE lalu mereka lebih selesa berkomunikasi dalam Bahasa Melayu; berjati diri Melayu lah mereka?

Memelihara adat-adat melayu? Biar mati anak, jangan mati adat, walaupun bercanggahan dengan Islam? Marilah kita mengaku, adat Melayu memang terlalu banyak yang menyerupai agama Hindu dan/atau bersalahan dengan agama Islam. Even the fact yang orang tua-tua lebih rela anak mereka mati dari adat mereka hilang – that fact alone ialah bercanggahan di sisi Islam. And morality tentunya. Ya, ya, saya tahu ia hanya metafora. Tapi apa yang mereka nak katakan di sebalik metafora itu? Tak perlulah saya kupas. Anda semua cukup tahu rasanya. Ini bukan kelas Kesusateraan Melayu.

Kalau saya hanya pakai baju kurung pada hari Jumaat, adakah saya kurang jati diri sebagai seorang Melayu? Kalau saya selesa guna Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara dalam kerja harian saya, adakah saya kurang jati diri sebagai seorang Melayu? Kalau saya lebih suka tonton Ugly Betty, adakah saya akan kurang Melayu berbanding Melayu yang tonton Kasanova XXL? Kalau saya setuju anak saya nanti belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, adakah saya tak punya jati diri sebagai seorang Melayu?

Kalau saya panggil Suami saya Hubby dan bukan Abang seperti kebanyakan gadis Melayu, adakah saya kurang jati diri sebagai seorang Melayu? Kalau saya tak tahu cara betul buka tudung saji dan hentam keromo saja, adakah saya bukan gadis Melayu sejati? Kalau saya suruh anak saya tonton Sesame Street dan bukan TV Pendidikan, anak saya akan jadi kurang Melayu?

The truth is, I couldn’t care less pendapat anda tentang jati diri saya sebagai seorang Melayu. Mungkin akan ada Melayu fanatik yang akan katakan saya bodoh dan tak berjati diri dan bebal dan lupa diri atau whatever nonsense yang mereka terfikir. Seriously. Saya tak peduli.

Yang saya peduli ialah tentang jati diri saya sebagai seorang Muslim. MUSLIM. Bukan MELAYU, adik-adik. MUSLIM. Sebab saya percaya Islam itu sudah cukup lengkap. Embracing and practicing Islam secara total, maka terbentuklah jati diri yang sempurna.

Tentang PPSMI, nantilah saya bebel lagi. In the meantime, sila baca his POV on this issue here and here. Sebab saya suka. A bit harsh, tapi memang sampai ke hati dan minda. Saya nak katakan di sini, kalau Bahasa Melayu yang kalian semua risaukan; tak perlulah risau kerana ia tetap satu mata pelajaran wajib di sekolah. Saya janji pada diri saya, anak saya nanti akan fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Tak mengapa, kan?

Saya nak hasilkan generasi world-class yang berjati diri Muslim; bukan generasi pemalas yang hanya tahu berbahasa Melayu dan suka hentam orang yang nak ajar anak mereka berbahasa dunia. Cukup-cukuplah dengan argument, “Orang Jepun tak pandai cakap English pun berjaya”. It’s about time-lah we realize that we Malays and Japanese macam langit dengan bumi. Sila google sikit kemajuan di negara matahari terbit itu dan anda akan faham maksud saya. Bangkitlah ya, semua. Oh, and peace! Ngeee.

3 comments:

s p a k a l i said...

i like this quote of urs
"Embracing and practicing Islam secara total, maka terbentuklah jati diri yang sempurna"
nice :)

nechet said...

newsdescription find thisVisit Your URL Get More Infopop over here

Anonymous said...

kyrie 6
yeezy 350 v2
fear of god outlet
bape official
hermes outlet
supreme hoodie
supreme clothing
yeezy gap
hermes bag
jordan 1