Thursday, March 12, 2009

All of these lines across my face
Tell you the story of who I am
So many stories of where I've been
And how I got to where I am



Kalau saya boleh jadi sekuntum bunga, saya mahu jadi Gerbera Daisy warna merah jambu. Bunga yang comel, kegemaran saya juga Betty Suarez. Atau bunga Mawar merah darah juga boleh, tapi mawar merah is too dramatic rasanya untuk saya.


Kalau saya boleh jadi sejenis serangga, saya mahu jadi Lady Bug sebab namanya sedap dan warnanya sungguh cantik and lively. Kecil lalu boleh menyelinap. Juga boleh terbang-terbang tanpa ganggu sesiapa. Paling tak mahu jadi lalat sebab kotor dan adalah musuh utama Ibu saya. Atau lipas yang menggelikan dan tak berguna langsung kepada masyarakat.

Kalau saya boleh jadi sejenis genre filem, saya mahu jadi chick flick yang memuaskan hati seperti Serendipity. Indahnya jodoh dan takdir the way it is portrayed in Serendipity, tanpa sesakkan kepala tapi cukup untuk warm our heart. Siapa suka Serendipity dan tonton lebih 7 kali seperti saya? Sila mengaku, kawan-kawan.

Kalau saya boleh jadi sejenis binatang peliharaan, saya mungkin mahu jadi Kucing. Saya suka arnab sebenarnya tapi arnab itu walaupun comel, wajahnya terlalu pasif seolah-olah otaknya kosong. Kucing itu matanya bersinar lalu nampak bijak. Jadi kucing boleh dimanjai. Bukankah pepatah orang putih ada kata, “If you want to learn to be a good master, get a dog. If you want to learn to be a good servant, get a cat.” Betul kan?

Kalau saya boleh jadi sejenis dessert, saya mahu jadi the good old Pisang Goreng; manis, lemak, masin, masam, lengkap betul rasanya. Atau sekeping Jco Donut lemak manis yang ada hirisan nipis kacang hazel di atasnya. Atau Kek Marble Season. Atau Blueberry Muffin dari Coffee Bean. Atau Chocolate Chip Ice Cream. Atau Kuih Lopes yang Ibu saya buat. Oh oh atau Brownies with Vanila Ice Cream dari Secret Recipe! Baik, bertenanglah. Jelas kan bahawa saya berpuasa? If I have to decide on one, Pisang Goreng it is. Preferably from Gerai Mawar, Johor Bahru, terima kasih.

No comments: