Thursday, February 05, 2009

He who knows others is learned;
He who knows himself is wise.

~ Lao-tzu, Tao te Ching



A colleague asked me yesterday, “Are you expecting?” Hahaha! Thanks, that is just what I need to confirm my weight-gain-anxiety. I was about to answer, “I was” but that would make dia merasa bersalah, kan? So I geleng kepala dan senyum instead. Tapi saya rasa, lagilah dia rasa bersalah this way sebab dia terus gelabah dan minta maaf. Ngeee. Reminds me of Dr. Elliot in Scrubs, when she asked the fat lady, “How many months are we?” Hahaha!

I’m babbling. My point is, I am fat. Okay, not fat. Bertambah berat badan. As a matter of fact, I gained 4 kg! Most seluar tidak memberi keselesaan and for the sake of decency, some of my blouses tidak boleh dipakai buat sementara waktu. Huhu. Ya, di sebelah ini ialah gambar terkini. Sengaja tidak letakkan gambar penuh kerana bimbang lebih ramai yang mahu bertanya “Are you expecting?” Tapi as you can see, muka saya penuh macam bulan. My Husband loves it when saya buat muka (konon-konon) comel dan cakap “Saya bulan”. Nampak sangat memang saya bulat macam bulan. Huh.

There you have it,
Miss Angel. One out of 16 Random Facts About Me. Saya selalu rasa susah nak senaraikan random facts tentang saya sebab dalam 6 tahun saya berblog, too much about me have been revealed; have you not known me already? But for the fun of it, saya lakukan jugalah TAG ini dengan apa-apa fakta yang saya terfikir ketika ini, boleh?

[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this]


1. As has been established earlier, saya (kini) gemuk.

2. Saya suka makan ayam. Bila saya makan ayam, akan tinggal sehingga tulang kering yang tak boleh dipepak lagi. Tanya Far kalau tak percaya. Tapi saya (cuba untuk) tidak makan kulit ayam.

3. Saya rasa Marble Cake dari kedai kek Season adalah antara kek paling sedap di dunia, selain Chocolate Indulgence oleh Secret Recipe.

4. Saya kini sedang membaca buku The Broker oleh John Grisham. Ya, saya suka membaca. Saya tahu saya belum review tentang buku The Last Lecture seperti yang
Zaza minta. Suffice to say lah, Zaza, I keep the book in my car dan baca berulang-ulang kali tanpa jemu (ketika terperangkap dalam kereta); that’s how good I think it is.

5. Saya tidak pernah ada beg tangan LV atau Coach atau yang seharga dengannya. Saya rasa beg tangan yang termahal yang pernah saya belipun tidak ada yang lebih RM500. I’m cheap I know but I just don’t see the point in spending thousands on merely handbags! (Check with me again bila saya dah kaya, okay? Ngeee)

6. Saya amat cinta dan amat suka Suami saya, boleh tak? Silalah roll eyes.

7. Ibu saya adalah role model saya kerana dia sungguh positive. Semua orang yang kenal ibu saya akan find an instant liking for her; she’s just full of life dan menggembirakan!

8. Saya selalu rasa nak create an anonymous blog bagi tujuan mengomel tanpa segan silu tentang pejabat atau orang-orang sekeliling yang memenyampahkan. Itu menunjukkan sifat mazmumah memang tebal dalam diri saya. Ia belum terlaksana kerana saya takut banyak sangat dosa. Oh judge lah me all you want, see if I care. Ngeee.

9. Adik lelaki saya adalah seorang yang fun. Saya bersyukur sebab Tuhan beri saya adik yang boleh jadi kawan baik saya.

10. Bapa saya yang cool itu pula selalu muncul dalam rancangan 999. Hahaha. Tidak, Mazidul bukan bapa saya.

11. Hari ini saya rasa mahu makan malam di Uda, mahu makan Sup Tulang Aliff yang teramat sedap itu. Sudah 2 malam makan di rumah, saya kepingin mahu ngedet dengan Suami di luar.

12. Saya rasa yogurt kelihatan / bau / rasa seperti vomit. Maaf.

13. Saya malas pakai mekap. I read in NST today a spread about make up bertajuk The Bare-Faced Truth dan terasa bila penulis kata, ‘I have always thought that women who greet the world barefaced are mistakenly overconfident and lazy’. I’m guilty as charged. Lazy, bukan over-confident.

14. Saya teramat suka one liner jokes yang mantap.

15. Saya benci orang kurang pandai berlagak pandai. Case in point: S*hamsul G*hau G*hau in Raja Lawak Musim 3. Dia patut ingat pesan orang tua-tua, jangan cakap banyak-banyak sangat, nanti orang tahu level otak kita (ada kan pesan orang tua-tua begini?)

16. Saya kini rasa laparlah, which explains Fact Numero Uno *sigh*

I am done. So now I have to TAG 16 people!
Ayin. Ayuni. Zaza. Arin. Yatt. Hakimi. Farah Laily. Reena. Ila. Wahida. Tuan Zul. Zul lagi seorang. Sis Sasha. Wafaa. Anak Mami. Dan Mazia, an angel of mine :) Have fun, ya!

No comments: