Hadapi dengan tenang jiwa
Semuakan baik-baik saja
Semuakan baik-baik saja
Saya ingin kongsi ini. Menurut Ibnu Abbas, ada 7 indikator kebahagiaan dunia: (1) Qalbun syakirun, iaitu hati yang selalu bersyukur; (2) Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh; (3) Al auladun abra, iaitu anak yang soleh; (4) Al biatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman; (5) Al malul halal, iaitu harta yang halal; (6) Tafakuh fi dien, iaitu semangat untuk memahami agama; dan (7) umur yang baroqah.
Semalam ada satu berita buat saya terduduk. Untuk cerita secara terperinci, agak teknikal. Suffice to say, berkaitan yuran Majlis Peguam untuk 2008 dan polisi kedekut firma lama yang mengakibatkan saya kini terbeban. Yuran, taklah banyak sangat, kerana firma baru sudi berkongsi. Tapi aduhai, denda lewat bayar itu beratnya, kerana firma baru belum pasti akan membantu atau tak. Dan memandangkan ia bukan salah firma ini, saya fahamlah.
Automatik kering bibir saya bila melihat jumlah yang terpaksa saya keluarkan semata-mata untuk terus dibenarkan beramal sebagai peguam pada tahun 2009. Lemah juga sekejap. Tapi selepas mengadu pada Allah dan dipujuk oleh suami yang berjanji akan membantu (dan jika tidakpun, I know I can always go to my parents for any help), saya telah tenang kini. Saya masih menanti jawapan kepada rayuan saya terhadap Majlis Peguam mengenai denda, tetapi dengan tenang kini. Alah lagipun, bak kata Suami saya, “Duit boleh cari lagi. Tenang-tenang sajalah.”

[Terima kasih Savage Chickens,
kartun ayam comel di atas Sticky Notes oleh Doug Savage]
Alah apalah sangat ujian kecil ini, kan? Berbanding Aishah yang difitnah dengan keji? Imam Ghazali yang diuji kesabarannya dengan tidak boleh membuang air? Nabi Nuh A.S yang dakwahnya dimusuhi isteri sendiri? Nabi Ayyub yang diuji dengan penyakit yang berat? Apalah sangat, apalah sangat.
Bukankah telah Rasulullah SAW bersabda: “Menakjubkan urusan seorang mu’min, jika ia mendapatkan ni’mat maka ia bersyukur dan syukur itu sangat baik baginya. Dan jika ia ditimpa musibah maka ia bersabar dan sabar itu sangat baik baginya.” (HR Muslim & Tirmidzi) Lalu tenanglah, tenanglah :)
No comments:
Post a Comment