Wednesday, April 30, 2008

La la la hari hari kerja!
La la la bosan dengan kerja!
La la la hidup harus kerja kerja!



Saya telah dingetag oleh sahabat saya Cik Yunik. Sementelah kecomelan soalan-soalannya, saya telah mengenepikan kerja-kerja saya lalu bertindak menjawab TAG ini dahulu. Ayuh! Ngeee.


Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan:



(1) Sebuah Plasma TV untuk (mungkin bakal) rumah kami. Ya, melampau, saya tahu. Tapi bukankah namanya impian? Ngeee.

(2) Sebuah laptop canggih. Sementelah laptop saya kurang menarik dan laptop Encik Suami pula terlibat dalam rompakan.

(3) Robe comel itu dari
La Senza. Sukalah.

(4) Perfume kegemaran saya DKNY Apple yang terlibat dalam rompakan. Juga terlibat ialah perfume terkini saya hadiah hantaran, Vera Wang Princess. Belum setitikpun diguna. Saya kini hanya ada Tommy Hilfiger True Star yang tinggal 1/3 saja. Maafkan saya jika saya tidak harum.

(5)
Sebuah briefcase bag yang baru kerana bagasi Alain Delon saya, hadiah hari lahir dari ayahanda pada tahun lepas, juga terlibat dalam rompakan. Saya mahu
beg ini. Melampau kan, Braun Buffel? Tapi namanya impian?

Senaraikan alasan atas pilihan anda itu:

(1)
TV Plasma – Perlukan alasan? Kerana saya penggila idiot box itu? Mengapa Plasma? Kerana rekaan ruang tamu (mungkin bakal) rumah kami itu seolah-olah hanya sesuai untuk Plasma TV. Boleh?
(2) Laptop - Rompakan. Laptop itu keperluan.
(3) Robe - Saya suka sekali.
(4) Perfume - Rompakan. Dan keinginan seharum epal seperti biasa.
(5) Briefcase bag - Rompakan. Briefcase bag itu keperluan.

5 impresi terhadap orang yang diminati:

(1) Walaupun terlalu berkuasa ketika berkuasa (absolute power corrupts absolutely bukankah?) tetapi beliau terlalu banyak jasanya.
(2) Otak yang hebat kerana berotak sains tetapi mampu mengarang dengan begitu baik. Berkebolehan sains dan sastera! Bukankah hebat?
(3) Kesukaan beliau membaca menyebabkan ucapan dan penulisan beliau menjadi begitu baik dan tidak jemu langsung mendengar/membacanya.
(4) Ramai sungguh orang Utara yang menjadi pemimpin hebat. Boleh?
(5) Seperti memakai cermin mata bergaya sama dari awalnya sehingga kini.

Perkara yang paling hebat pernah dilakukannya untuk anda:
Memperkasa dirgahayu saya. Teka siapa dia? Ngeee.

5 ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi yang maju)

(1) Internet. Perkara seronok yang mengkagumkan.
(2) Idiot Box. Tidak boleh hidup tanpanya.
(3) Kereta. Oh mudahnya punya kereta.
(4) Kamera. Tanpanya bagaimana membekukan kenangan?
(5) Kipas. Saya jadi marah jika terlalu panas.

Apakah perkara yang paling dibenci?

(1) Orang jahat.
(2) Orang bodoh yang tidak tahu diri bodoh.
(3) Orang biadab.
(4) Kepanasan/kesejukan melampau.
(5) Keadaan yang tidak seindah biasa.

5 orang yang mahu anda ngetag:

(1)
Nijoh - Pasti kelakar!
(2)
Kimi - Saya jamin kelakar.
(3)
Naem - Mengemaskinilah ruang mayamu, sahabat!
(4)
AnakMami - Out of curiousity :D
(5)
Reena - Teringin tahu tentang orang yang diminati itu ;)

Bergembiralah! Owh! Dan Selamat Labour Day (in advance) untuk semua labours! Saya dedikasi
lagu ini! Enjoice!

4 comments:

Anonymous said...

Hi, I ԁo believе this is an excellent blog. Ι stumbledupon it
;) I mау reѵisіt oncе again sinсе I ѕaved as a favorite it.
Monеy anԁ freedom іs the greаtest way
to сhange, may уou be rich and continue to guіԁe οtherѕ.
Here is my site :: loans for bad credit

Anonymous said...

It's enormous that you are getting ideas from this piece of writing as well as from our dialogue made at this time.

Also visit my web-site :: payday loans

Anonymous said...

Thіѕ webѕite was... hoω do I sаy it?
Relevant!! Finаllу I havе found somethіng that helpеd me.
Kudos!

Hеrе iѕ my pаge Payday Loans

Anonymous said...

We're a group of volunteers and opening a new scheme in our community. Your website offered us with valuable info to work on. You have done an impressive job and our whole community will be grateful to you.

my site: best payday loans