Friday, January 04, 2008

Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup selamanya,
dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok hari.


Hari ini genap dua tahun saya berada di Firma ini. Sebagaimana kebanyakan perkara, ada yang digemari dan ada yang tidak tentangnya.

Saya tidak gemari:

(a) kesejukannya yang teramat sangat;
(b) beberapa individu di sini;
(c) masalah “I’m young and I’m underpaid” yang dialami oleh kebanyakan practicing lawyers di Kuala Lumpur;
(d) kejauhannya dari rumah saya;
(e) satu demi satu sahabat yang saya gemari meninggalkan Firma ini;
(f) sesetengah kes yang terpaksa saya tangani. Tapi semua itu perlu ditepis kerana seperti yang tunang saya selalu ingatkan saya, “Kerja itu ibadah”.


Tetapi disebabkan saya telahpun setia selama dua tahun, jelas sekali bahawa terdapat perkara yang saya benar-benar gemari tentangnya seperti:

(a) kawasan di mana Firma ini terletak;
(b) sesetengah kes yang perlu saya tangani kerana ia mencabar dan saya rasa saya dapat menyumbang kepada masyarakat;
(c) immediate superiors saya yang tergolong dalam golongan majikan yang boleh dan wajar digemari serta dihormati;
(d) Jabatan saya di Firma ini; di mana terdapat ikatan kekeluargaan yang sungguh menyelesakan dan semangat saling tolong-menolong yang kuat di antara (kebanyakan daripada) kami.

[Photo Credit: Suhail]

Gambar ini menunjukkan sebahagian dari masyarakat di Jabatan saya di Firma di mana saya bekerja.


Terdapat Hadith yang berbunyi "Sesungguhnya Allah sangat cinta kepada orang mu'min yang berkerja." Sesungguhnya saya sentiasa perlu diingatkan tentangnya. Selamat hari Jumaat, semua!

No comments: