Friday, October 26, 2007

Filem Kita, Wajah Kita?


Dialog dalam siri baru Graduan (9 malam, Astro Ria) yang gua tengok 2 minit secara tidak sengaja ketika waktu iklan Jelatang bikin gua berang. Watak Diana Rafar mengamuk kepada watak Anding kerana kononnya watak Anding sebarkan yang watak Diana tidur dengan Bani, “Eh ko ni kan, mulut ko ni, macam mulut perempuan, tau!” Apakah?! Bad generalization mengenai perempuan oleh perempuan? Syabas!


This later reminds me of beberapa dialog drama/filem Melayu yang malar segar dalam minda gua dan Far, iaitu seperti:

“Tembak je dia, ayah” – Dialog Faizal Hussein di dalam filem Sembilu atau drama Sembilu Kasih. Tidak pasti. Seperti sama dan tak ada anjakan paradigma. Tapi dialog ini, is a classic, kerana dilontar oleh Faizal Husein yang merupakan seorang pelakon yang baik (sebenarnya).

“Tapi I baru je lepas makan udang” – Oleh Ogy Ahmad Daud dalam (salah satu) filem melayu kegemaranku, Ali Setan. Sering digunapakai semula di setiap keraian yang menyajikan udang.

“… lah, Syaiton” (sila tambah perkataan sendiri di hadapan) – Di dalam filem P. Ramlee. Sering digunapakai semula dalam keadaan geram.

“Tapi, Fendi…” bagi lelaki dan “Tapi, Zetty…” bagi perempuan. Dialog ini adalah cue bagi pelakon lagi satu untuk jump into the conversation dengan laju dan menyampuk/menepis. Tapi senario di kalangan pelakon amatur/tidak berbakat, akan ada pause 20 saat yang menjadikan dialog itu sangat dibuat-buat. Bak kata Bapak gua, “Memang pandai berlakon. Nampak sangat berlakon”.


Banyak lagi dialog drama/filem Melayu yang ingin kukongsi tapi di lain harilah ya. Ya, gua tonton drama/filem Melayu (yang terpilih). Karya Rashid Sibir, arahan Hitler Zami, garapan Shuhaimi Baba, Afdlin dan Yasmin adalah contoh penerbitan yang gua cuba sokong.

Sembilu Kasih and its lots, gua tonton bila terpaksa (baca: tak tahu nak buat apa/tiada perkara lain di TV) atau ketika gua in need of some good laugh (baca: gelakkan orang) Terkini, gua ingin menonton 1957: Hati Malaya!

Penulisan hari ini adalah in support of local production. Woot!


Updated: Read our Angkasawan's post-space entry here. Ain't he inspiring?

No comments: