Monday, September 17, 2007

"Winter must be cold for those with no warm memories"
~ From the movie An Affair to Remember


After almost 8 years of leaving school, terasa ingin reminiscing the good old days during Ramadhan in STF; sungguh precious dan tidak mungkin berganti.

(1) Weekdays outing mengikut kelas/persatuan/dorm di mana air kathira, ayam percik dan otak-otak adalah antara juadah wajib beli;

(2) Berbuka puasa di dining hall beramai-ramai sambil mendengar ucapan2 hari raya yang telah direkod mengikut kelas masing2 dan lagu2 raya yang mensyahdukan (macamlah tak dapat balik raya?!);

(3) And believe it or not, makanan di dining hall kami was yummy, okay! Di bulan puasa terutamanya, adalah extra special;

(4) Kelihatan guru2 yang seksi/free hair akan bertudung litup;

(5) Bagi yang ‘haram berpuasa’, boleh lunch (makanan sahur yang dipanaskan) secara terbuka di dining hall. Teehee itulah among the perks of being in an all girls school;

(6) Ramadhan pasti akan diimarahkan kerana terdapat aktiviti kerohanian yang diwajibkan seperti tadarus, menonton Jejak Rasul dan solat tarawikh;

(7) Prep time was shorter - Thank God for that, I hated prep;

(8) ‘Round compound’ selepas solat tarawikh on weekends;

(9) Dan singgah sebentar di kantin sekolah untuk menikmati teh ais Uncle Joe atau ABC Coklat yang enak (dan wujud di bulan puasa sahaja);

(10) Berpuasa di STF during 1999 SPM weeks was so much fun kerana almost everyday boleh outing dan almost everyday ada guru-guru yang menyedekahkan juadah berbuka kerana mengasihani kami.


Dalam keriangan hati mengenang kenangan lalu, hati hiba dan berdoa kepadaNya agar mencucuri rahmatNya ke atas mangsa-mangsa gempa di Indonesia dan mangsa-mangsa banjir di utara tanahair. Ya Allahu Rabbi, rahmatilah mereka dengan pengampunan dan kasih sayangMu.

No comments: