Thursday, September 13, 2007

Memohon pada Tuhan diberikan kekuatan


Alhamdulillah, diberi lagi peluang untuk bertemu Ramadhan. Aah Ramadhan tiba lagi, suatu bulan di mana:

(a) Rumah-rumah ibadah dipenuhi jemaah (the main Masjid in my kariah was flooded with jemaah last night, melimpah ruah hingga ke luar);

(b) Kitab suci digunakan dengan lebih kerap dan bukan sekadar hanya untuk bacaan Yassin/Ar-Rahman/Waqiah (bacaan standard pemalas seperti gua);

(c) Pelbagai jenis variasi jenis/warna/rasa kuih-muih mudah didapati;

(d) Jubah-jubah Mekah gua yang berfungsi sebagai my official tarawikh uniform mula dikeluarkan dan digunakan selepas setahun berlalu;

(e) Traffic jams start earlier as most offices close earlier (mine - 4.30);

(f) Lagu Jejak Rasul mula berkumandang;

(g) Jualan hebat Raya akan bermula di situ sana sini. Yihaaa;

(h) Syaitan dipagar maka jika ada perasaan jahat yang bersangkar atau ada perilaku mazmumah, itu bukan external problem, itu internal. Ngeee;

dan yang paling utama

(i) Pahala berganda dan maghfirahNya dikurnia.

Tapi sesungguhnya, gua ni lemah dan hangat-hangat tahi ayam. Ngeee. Memetik words of Raihan & Man Bai, “Tuhan pimpinlah daku yang lemah, mengharungi segalanya dengan sabar, kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan, ku merayu pada Tuhan diterima amalan”. Ameen.

No comments: