Wednesday, May 09, 2007

Who is wise? He that learns from everyone.
Who is powerful? He that governs his passions.
Who is rich? He that is content.
Who is that? Nobody.
~ Benjamin Franklin


Random observation (Jika...)

1. Jika buang sampah ke dalam tong sampah dapur yang ada bahan2 buangan haiwan selepas disiang, sila jangan bernafas, kerana keharuman itu akan berlegar2 dalam hidung sepanjang hari. Wahai diri, bukankah semasa belajar Forensic Science di universiti, kamu telah diberitahu oleh Pakar Forensik, bahawa ketika menonton post mortem ke atas mayat, jangan bernafas guna hidung, nanti melekat bau. The same principle applies here.

2. Jika terlalu ramai peminat tegar fried kuey teow di stall bertajuk Penang di Sogo mempunyai kesanggupan untuk berdiri menanti selama 10-30 minit, itu bermaksud, memang sedap betullah kuey teow itu *Burp* Eskusmis.

3. Jika seorang gadis baru kehilangan RM500 selepas diragut, janganlah ingin bermain2 bermanja2 dengannya dengan cuba merampas wang yang sedang dipegangnya ketika dia beratur membeli makanan kerana “Ko ni kan! Akak dahlah trauma!” Kasihan dia. Aku juga pernah kehilangan handphone yang berada di dalam begku (ketika naik komuter), jadi aku trauma sungguh bila ada sesiapa yang melanggar/menyentuh begku.

4. Jika dalam satu waktu, 2 orang SMS anda ajak menonton konsert akhir AF secara live, nampak sangatlah anda, hmm.. nampak sangatlah. Heh.

Sekian.

No comments: