Friday, May 11, 2007

Sleep 'til you're hungry, eat 'til you're sleepy


Kenapa saya rasa sungguh gembira pada hari ini?

Kerana saya baru lepas menikmati sushi diselangi air kegemaran saya, Fruit Tree Blackcurrant & Aloe Vera. Saya mengidam untuk makan sushi, lalu tepat jam 1, saya terus bergegas ke Sogo untuk ke Sushi King lalu mendapatkan beberapa peket sushi. The minute the first Futomaki entered my mouth, saya senyum sorang-sorang. That’s how happy I am :-)

Kerana saya menerima SMS dari Yatt yang berbunyi, “Cik Marliza, saya telah ada tiket ke konsert final AF di tangan saya ini. Sudikah kiranya Cik pergi bersama? Jika sudi, sila sengih.” Maka tersengih lebarlah saya :-D

Kerana esok saya akan ber-family day di PD bersama-sama rakan se-department, yang akan juga diikuti oleh ex-officemates/sahabat, Kano dan Su. Jadi, gembiralah kerana can’t wait untuk bergumbira :-)

No comments: