Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga;
Yang elok itu budi, yang indah itu bahasa.
Yang elok itu budi, yang indah itu bahasa.

Indahnya penulisan Pak HAMKA. Selesai membacanya, merasa cinta sungguh pada bahasa Ibunda. Terkenang pada satu buku yang saya curi-curi baca di toko MPH suatu masa dulu, tentang keindahan budaya dan bahasa kita. Menarik sungguh. Apa yang paling saya kenangkan ialah penulis buku itu ada menyentuh tentang perkataan MANJA dan PUJUK, dua perkataan yang sangat sinonim dengan perasaan kasih. Kata penulis, tiada satu perkataan Bahasa Inggeris yang dapat menterjemahkan terus MANJA dan PUJUK.
Manja: indulging a person’s wishes too freely, kind, lenient, pampered.
Pujuk: persuade, coax, manipulate carefully or slowly, attract by offering something pleasant, induce, soothe the anger of.
Kan? Tiada satu perkataan yang benar-benar sampai maksudnya. Semalam mendengar lagu dendangan Nelly Furtado, Promiscuous Girl, terfikir pula, apalah terjemahan promiscuous di dalam kamus? Pasti menarik.
Promiscuous: Sembarangan, melakukan hubungan jenis dengan ramai orang, persetubuhan secara rambang.
Bayangkan jika lagu itu di dalam bahasa kita. "Gadis yang melakukan hubungan jenis dengan ramai orang. Di mana sahaja anda berada. Saya keseorangan. Saya mahukan awak. Lelaki yang melakukan hubungan jenis dengan ramai orang. Awakkan sudah tahu saya kepunyaan awak. Apa lagi yang awak tunggu?" Pasti digam.
(Sumber Terjemahan: Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Ketiga)
No comments:
Post a Comment