Wednesday, April 25, 2007

Love all, trust a few, do wrong to none
~ William Shakespeare


(A) Rentetan peristiwa geram:

1) 10 a.m: Ke Court Jalan Duta (membantu lawyer lain). Hakim tiada.

2) 3 p.m: Ke Court Jalan Duta (tujuan di atas). Selesai.

3) 3.30 p.m: Mahu pulang ke office. Masalah-masalah yang dihadapi – (a) Tiada taxi; (b) Telefon mati kerana kehabisan bateri; (c) Pinjam charger Pak Gad untuk mengecas telefon dan menghubungi taxi; (d) Terpaksa borak sikit2 dengan para Pak Gad sementara tunggu taxi sebab terhutang budi – biasalah, yang muda2 tu memanglah miang & memenyampahkan; (e) Taxi silap ambil orang – waited for ½ hour.

4) Silver lining di awan yang gelap itu? (a) Tiba2 macam angel, Bart muncul, hadir untuk melawat Mahkamah baru yang tersergam indah – menjanjikan tumpangan jika taxi tidak hadir; (b) Dapat memberi free legal advise kepada Pakcik Taxi yang tiba2 mengecas murah sahaja, kerana, “Takpelah, awak baik, tak marahpun, siap dapat nasihat guaman. Time kasih ya”.


(B) Persoalan nilai:

AS: Berapa ringgit naik taxi dari office?
AM: RM5.
AS: Oh claimlah RM10.
AM: Boleh ke? Tak dosa?
AS: (Ketawa) Tak apalah.

Mungkin AM itu kedengaran naif bila bertanya “Tak dosa?” Tapi AM itu memang merasakan ia satu dosa. Lebih RM5 itu, bukankah haram? Lainlah jika office telah tetapkan RM10 sebagai claim, dan AM itu naik bas, kos RM2, jadi AM dapat RM8 – itu tajuknya pandai melipatgandakan untung. Ini claim belum ditetapkan (kerana new Court) dan itu sahaja jumlah yang dibelanjakan AM. Tak dosakah jika AM pandai2 mark up? AM itu jadi confused! Naifkah AM itu? Atau benarkah nilai dalam diri AM itu?


(C) Kesimpulannya:

Sentiasalah berbuat baik dan mengikut kata hati yang telah dibentuk oleh nilai peribadi (Pergh!) As the French put it, "There is no pillow so soft as a clear conscience." Happy hol!

No comments: