Tuesday, March 27, 2007

You electrify my life
Let's conspire to re-ignite
All the souls that would die just to feel alive






My Kindred: Ko ingat tak ****?
Me: Ingat. Yang kena dismissed sebab meniru tu?
My Kindred: Kesian dia, semua orang ingat yang tu pasal dia.

Meniru was never an option for me in uni. Toyol. Tulis atas meja. Tulis dalam statute. Jenguk jawapan rakan. No no. Melainkan dalam test yang memang lecturers 'membenarkan' diskusi. Heheh. Tapi aku tak ada masalah dengan mereka yang memilih untuk meniru. Hidup mereka. Hak mereka.

Tapi aku ada masalah dengan orang yang nak meniru tapi tak pandai meniru. Come on lah, ko nak meniru dalam exam, di mana natijahnya if caught, you will be dismissed from law school, and yet, ko tak fikir masak2 cara2 nak meniru. 2 contoh yang berlaku di fac aku: (1) Seorang gadis, bawa buku dan sorokkan dalam blouse dia. Buku! Boleh? Maka seorang lecturer bila lalu, terlihatlah buku itu. Tak kisahlah lecturer itu pervert atau observant (sebab dia nampak buku dalam blouse?) tapi gadis itu! Buku! Apakah?! (2) Seorang lagi, bawa toyol dalam bentuk kertas. Okaylah tu kan kertas. Selamat dah sepanjang exam. Tapi dia terhantar kertas toyol itu sekali dengan answer sheets dia. Pandai kan?

Apa moralnya? Jangan meniru. Tahu kan hukum, halal dan haram. Tapi, jika mahu and/or terpaksa meniru sekalipun, menirulah dengan bijaksana
.

No comments: