Thursday, March 22, 2007

We never know the worth of water till the well is dry



It is World Water Day today. ERA was celebrating the day by appreciating kewujudan air with its topik pagi: Kenangan Tak Ada Air. Paling best was this guy who cerita zaman dia kecik2 kat kampung, ada satu punca air saja, boleh jadi berebut tahap bergaduh berparang. Macam cerita Sikit Punya Gila! How exciting his childhood must be! Hehe.

My kenangan tak ada air mostly revolves around my life as a boarding school student lah. Kalau tak ada air, alahai seksanya. Kalau weekends takpe lagi, ko bau aku, aku bau ko, settle situlah. Bukan ada aktiviti berbaupun. Tapi kalau kena tengah letih2 balik dari sekolah panas2 lepas lunch makan ayam masak lemak cicah sambal kicap *drool* okay, *double drool (nafsu berpuasa)*, nak kena pegi prep, tiba2 takde air. Ya Allah. Betapa sakitnya jiwa. Takpun lepas balik block practice. Adus!

Masa nilah semua orang berlari ke astaka. Ya berduyun2 gadis STF tanpa sifat ‘control ayu’ serbu astaka untuk mencari beberapa titis air. Atau ke tangki blok di mana gadis2 mandi di kolah beramai2 tanpa mempedulikan katak2 atau haiwan2 lain yang mandi bersama. Atau ke surau, di mana toiletnya jarang putus air. Kalau tragic sangat, sekolah akan keluarkan notice, boleh balik rumah! Siapa duduk area JB/ada kawan, okaylah, kalau tak? Satu lagi option ialah tandas sekolah, iaitu option paling dekat tapi ada risk of terserempak dengan cikgu lelaki seperti Pak Zul yang comel. Hahaha. Bila semua ni dah berlalu, tinggallah suatu kenangan. Good old times.

Apa kenangan tak ada air anda?

No comments: