Thursday, February 15, 2007

Let us be grateful to the mirror
for revealing to us our appearance only



Scene 1: Keesokan hari selepas majlis pertunangan, mahu mengemas rumah.

My makcik: Eh eh anak dara ni. Pakai skirt pulak dia, macam mana nak kemas rumah dengan skirt macam ni?!

Me: Err, kenapa pulak tak boleh? Tengoklah Ibu pakai macam mana.

(My Ibu was wearing a pretty linen blouse matching with linen pants dan boleh je kami mengemas rumah dengan attire yang elok)


Scene 2: Hari raya pertama, tengah hari, membantu di dapur.

My makcik: Anak dara ooi, pergilah tukar baju raya tu, pakai t-shirt, senang sikit nak buat kerja.

(Kami sekeluarga memang jenisnya, pakai baju raya hingga petang kerana jika ada orang datang beraya, kami berada dalam keadaan presentable, dan sesungguhnya, boleh je kami buat kerja dengan attire yang elok)

Me: Senang je?!


Sememangnya terdapat jenisnya wanita yang gemar berpakaian too sempoi and by too sempoi I mean, t-shirt/ shirt lusuh with kain batik/ slack lusuh/ track bottom. Tidak mengapa, tiada salahnya jika anda begitu.

Yang salah ialah apabila you try to impose it on other people, people yang telah dilatih oleh Ibunya untuk berpakaian kemas dan presentable selalu, yang tidak merasa restricted untuk membuat kerja dalam pakaian yang elok.

That makcik of mine memang too sempoi dan telah menurun kepada anak daranya yang berumur 13 tahun. Ibu on the other hand is the type of wanita yang bangunnya dia dari tidur, dia lantas bersiap cantik, berblouse, berskirt/slack, berbedak, bergincu. Lantas, biarlah makcik ooi, biarlah aku ingin mengikut jejak langkah Ibuku.

Entry ini wujud kerana aku teringat bahawa aku merasa geram selepas berlakunya Scene 1 sebab makcik itu berkata2 di hadapan ramai orang, seolah2 aku ni tak nak buat kerja, lantas orang ketawa. Ha ha ha kelakarnya. Ha ha ha.

Selepas aku (dan tentunya Ibu) berjaya membuktikan kerja boleh je dibuat dengan attire yang sebegitu, see who’s laughing now. Huh *nada geram*


Dan Rasulullah telah bersabda:

“Wahai Siti Fatimah, kalau engkau mati dalam keadaan Ali tidak ridha padamu, niscaya aku ayahandamu tidak akan menyolatkanmu. Jadilah engkau perhiasan yang tinggi nilainya di dalam rumah tangga, sumber penyejuk dan kebahagiaan hati suami, berhiaslah engkau untuk menyenangkan suami, jagalah hatinya agar engkau tak menyakiti dia. Walaupun dengan hal-hal yang kecil."

No comments: