Tuesday, October 10, 2006

The mind is the most capricious of insects - flitting, fluttering.


Aku mulakan hari dengan berhenti di Stesen KL. Kemudian aku ke mahkamah. Dari mahkamah, aku ke Bar Council dan KL Bar. Dari KL Bar, ke mahkamah semula. Kemudian ke Bar Council dan kemudiannya ke Dayabumi. Dari situ ke mahkamah semula. Kemudian ke KL Bar dan barulah pulang ke firmaku. Aku merasakan seperti telah kehilangan 1-2 kg lemak tepu. Tekak menggerutu dan kulit wajah gatal-gatal, aku percaya akibat kualiti udara yang tercemar. Terasa skema cara penulisan, sebenarnya diinspirasi dari gaya penulisan Suhail, kerana baru sahaja membaca catatan Ramadhannya. Mungkin dia diinspirasi dari catatan Rafique (dan Maisarah yang comel).

Hari ini sedikit terganggu dengan sebuah cerita. Sekadar cerita milik individu lain, tetapi dek kerana terkandung namaku, seakan-akan terkena tempiasnya. Maka emosiku sedikit kacau seketika. Tetapi terkenang what Sweetheart once said, "Janganlah tewas dengan sedikit kesusahan. You're stronger than you think you are". It is all in the mind kan? Maka, di sini, saya mengambil kesempatan mengucapkan kepada kalian, Selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia. Peliharalah mental, emosi (dan iman) kalian! Heh.

No comments: