Sunday, April 16, 2006

The luck of having talent is not enough; one must also have a talent for luck.



I know many people are going to write about this but I just couldn’t resist myself. Kenapalah perlu buat suatu forum bertajuk: ‘Mawi Tidak Berpotensi Sebagai Penyanyi?’ ? Kononnya suatu intellectually stimulating discussion. Yang boleh memperbaiki mutu industri seni Malaysia. Tetapi jika mahu suatu diskusi yang lebih telus, pada pendapat aku, tajuk suatu diskusi itu perlulah lebih neutral, seperti ‘Bintang Realiti: Bakat atau Sekadar Populariti?’ Ini tidak, tajuk itu sendiri telah seolah2 ingin menjatuhkan mamat ini. Bukan, aku bukan peminat Mawi. Tidak pernah, dan belum lagi. Tapi aku rasa, mengapa perlu diskusi2 seperti mahu menjatuhkan, when Malaysian fans have finally kembali memberi peluang dan menyokong industri seni negara. Budus betullah. Biar jelah mamat tu. Hmm. Mungkin juga kerana aku telah kurang gemar terhadap perantara diskusi itu, selepas statements berlagak yang dibuat olehnya. Ngee.


And now, Gubra Gubra Gubra. Where shall I begin? As someone who gave bad review for Sepet, I think Gubra is the better one antara 2 karya Yasmin ini. Seperti sebelumnya, ia jujur. Memang jujur. Walaupun kadangkala ada kejujuran yang berlebihan, secara positifnya aku katakan, tak semestinya kalau aku dan kelompok aku tak sebegitu, orang lain tidak juga. Mungkin memang wujud. Tapi tapi tapi. Bagi aku, masih terlalu banyak TAPI. Terlalu banyak KENAPA.

Antaranya: 1) Kenapa Bilal itu memegang anjing, dan tanpa samak/berwudhu’ semula, dia mengetuk beduk dan melaungkan azan yang mulia. Ya, boleh pegang anjing dlm keadaan kering, tapi itu waktu Subuh, embun, kelembapan tangan dsb, tidak mungkin kering. 2) Kenapa terlalu banyak aksi (dan dialog) daring yang berlebihan tetapi tidak relevan? Cinta punya banyak gaya lain untuk ditonjolkan. 3) Kenapa the Chinese guy’s butt (yang tidak relevan langsung) diluluskan? Tapi tidak Izi Yahya’s butt dalam Embun, di mana ia lebih relevan? 4) Kenapa Mas isteri Bilal tidak pernah cuba membawa rakan2 pelacurnya ke jalan yang lebih baik? Ya, Islam itu tiada paksaan, tetapi preaching is a way. Selain hanya berdoa. Sebab Kiah itu boleh jadi salesgirl, dan Temah itu boleh jual karipap (kata Ayin). 5) Kenapa terlalu banyak generalisation terhadap lelaki Melayu? Bukan semua begitu. Bukan semua.

Banyaklah lagi KENAPA sebenarnya. Maybe I am going to watch it again next week (Daud itu mahu menonton denganku juga). Mungkin aku boleh lebih banyak menganalisa cerita ini. Anyways, konklusiku: 1) Gubra succeeded in provoking pemikiran dan perbincangan (at least di kalangan kami beberapa rakan2 wanita yang menonton bersama dan berbincang tentangnya sehingga ke dalam toilet). 2) Memang sarat dengan adegan (dan dialog) yang daring. (Atau mungkin aku yang konservatif). 3) Tetapi juga sarat dengan lakonan2 yang mantap dan penulisan yang jujur. Kudos. 4) “Lampu mungkin berbeza, yang penting cahayanya tetap sama.” Coolness. 5) Ooh dan yang ini penting: Gubra inspires touchy feely PDA di kalangan couples yang menonton. Itu teori aku dan Ayin, dan teori itu benar (kami ada exhibits ok). Teehee.

No comments: