Sunday, April 02, 2006

Learn to be what you are, and learn to resign with a good grace all that you are not.


+ Kenapa pada hari aku menjadi 24 terlalu banyak ucapan-ucapan yang mendorong dan mengharapkan agar aku lekas-lekas berkahwin? Sebagai contoh yang apparent, boleh lihat kepada blogs dua sahabat karibku: Anis dan Mazia. Apakah? Excited pula rasanya. Eheh.

+ Dan walaupun begitu, mengapakah aku tiba2 amat suka melakukan grocery shopping, mengemas dapur dan bilik, (tetapi memasak masih belum rajin), menunjukkan minat yang lebih terhadap rekaan2 baru berkaitan perkahwinan, dan amat lebih suka terhadap kanak2? Biology clock? Betapa concious dan menepati masanya jam ku itu. Eheh.

+ Kenapa jika aku sedang berjalan sorang2 dengan tenang, terlalu selalu aku disuruh agar "janganlah masam sangat" atau "senyumlah sikit dek" oleh lelaki2 menyibuk di tepi2 jalan. Ikut suka muka aku lah nak masam ke, nak menyerongen ke. Kalau ko nak sengih sorang2, sila sila, jangan melibatkan wajah aku. Masalahnya, aku tak rasa mamat2 macam ni, yang suka menyibuk, yang suka meludah, alaah, yang aku selalu complain about lah, membaca blog aku. Problem betul lah.

+ Kenapa walaupun aku tahu aku akan sangat suka berada di office ku itu, setiap hari Ahad, aku akan sedih Isnin bakal tiba, dan setiap working morning, aku akan sangat malas nak bangun. Alahaai dreadful nya.

+ Kenapa John the Gardener itu perlu jogging secara topless. Tidaklah obscene. Sungguh memang TIDAK obscene. Tetapi mengapa?

+ Dan mengapa Eva Longoria itu konon2nya amat sexy dan jelita? Aku seorang kah, atau memang benar dia tidaklah secantik atau sehangat mana. Atau mataku memang lain sedikit? Aku rasa Natalie Portman lebih cantik daripada Keira. Aku lebih gemar kecantikan Bree dari Gabby. Aku berpendapat Ashley Judd lebih hot dari Jennifer Lopez. I have different taste in women? Is that a disturbing sentence I just typed? Memang tidak. Memuji keindahan adalah subjektif.

+ Kenapa cerita seperti Desperate Housewives, FRIENDS, Gilmore Girls, Ally McBeal, dan banyak lagi lah cerita2 Barat, seperti mana cerita2 P. Ramlee, boleh ditonton berulang-ulang kali tanpa jemu? Apakah ramuan nya?

+ Dan kenapakah Rosham Nor itu tak habis-habis berlagak mahu berhenti dari menyertai ABP untuk memberi peluang kepada wajah2 baru? (Sila jenguk akhbar hari ini). Tuhanku, perasannya dia itu. Like Afdlin said (view
here), dah menang tu, menanglah graciously, mamat. Castello makan biskut Julie's? Yes you are worthy of a praise as an actor, tapi belajarlah lebih banyak dari BPC untuk hasilkan filem yang lebih baik sebelum memberlagakkan diri sebegitu. Okeh?

No comments: