Wednesday, January 25, 2012

To be a person is to have a story to tell.” - Isak Dinesen


Kamu, lelaki Cina asing yang merayau-rayau di kawasan makanan beku, memegang sebungkus mi segera, pada jam enam petang tatkala kaum kamu yang lain sedang makan besar. Tersisih dari keluargakah kamu? Tanpa sahabat handai kah kamu? Keseorangan di bumi asingkah kamu? Atau memangnya kamu lebih senang sendirian? Apa cerita kamu?

Kamu, makcik Indonesia pencuci tandas yang setiap petang tanpa gagal akan bertukar dari pakaian rasmi kerja kepada sepasang kebaya labuh, selalunya memang warna yang terang-terang ceria, menyarung tudung cantik, menepek gincu merah hati. Apa cerita kamu?

Kamu, gadis cantik yang usianya sedikit lanjut, sopan tutur bahasa, bertudung litup berkurung manis, berkerjaya hebat yang aku kagumi, mengapa belum kamu bertemu cinta? Atau kamu pernah kecewa? Atau ada kisah sedih dan takkan mahu mencari ganti si dia? Apa cerita kamu?

Kamu, lelaki tua lemah yang menjaja tisu dari meja ke meja, bila mana hanya satu dua kerat saja yang sudi membeli, berapa sangatlah kamu dapat? Cukupkah untuk beli makanan malam nanti? Di mana kamu tinggal? Mana anak-anak kamu? Meninggalkan kamu? Atau kamu sendiri yang pernah cukup jahat satu ketika dahulu dan meninggalkan mereka? Apa cerita kamu?

Kamu, blogger terkenal, seorang Muslim yang berfikiran bebas, selamba memperlekehkan hukum Allah, sambil lewa mempermainkan sirah. Apa yang buatkan kamu begitu bongkak? Kamu belum pernah diujiNya? Kamu belum pernah terdesak memerlukan Dia? Apa cerita kamu?

Kamu yang belum ada naskhah ini, kamu tahu kan kamu dalam kerugian? Apa cerita kamu?

16 comments:

amy mieza said...

Adakah itu petikan kamu Marliza atau dari buku Wani Ardy?

Marliza Radzi said...

Oleh saya. Jika oleh beliau, tentu sekali saya memberi kredit ;)

amy mieza said...

Sangat hebat. Patut terus menulis begini, nnt boleh ada buku sendiri. Insyaallah saya beli. Tapi sekarang kena beli buku Wani Ardy dulu ;)

Marliza Radzi said...

Segannya! Haha. Baca nukilan Perempuan oleh Wani Ardy itu terus rasa mahu seluruh buku kan? Go & buy! Facebook Langit Vanilla & you can find the details.

baini said...

Betul marliza,aku pun fikir yang sama. You can even write your own book!

Marliza Radzi said...

You're too kind babe. Picisan sangat tulisan aku, sekadar di blog layaknya ;)

Yan said...

Nice one!

Anonymous said...

Kamu peguam wanita yang handal menulis, ramai yang menanti buku tulisan kamu, mulakan sekarang. tidak tahun ini, delapan tahun nanti bisa usai. Apa cerita kamu?

~ Izka ~ said...

sy sokong 200% sila la menulis :), kerana setiap cerita kamu ada impaknya kpd insan lain - ur silent reader-

Karamah said...

Yup, Marliza. Saya sokong dengan mereka2 semua (pengomen2) di atas:)

SITI said...

Saya juga menyokong untuk penghasilan sebuah buku!

Anonymous said...

Me either.. Saya juga turut menyokong agar anda menulis suatu buku :)

Sincerely
Yr silent reader!

Marliza Radzi said...

Ya Allah, thanks guys! Penulisan saya layak di sini saja!

Y A T T said...

kalau ada buku kau keluar nanti, aku janji aku mesti beli. bukan sebab aku sayang kau. tapi sebab memang best baca apa kau tulis. go, girl!

Moose said...

kamu, dengan nukilan bernas yang sentiasa dinanti-nantikan. apa cerita kamu?

:)

Anonymous said...

kamu mmg pandai menulis!

:)