Thursday, March 31, 2011

A parent's love is whole no matter how many times divided.” - Robert Brault


Eh eh hari ketiga puluh satu ada cabarankah? Adakah aku ketagih untuk menulis setiap hari? Wany Ardy kata dia tulis untuk bernafas. Aku tulis untuk keluarkan apa di benak aku. Lebih kuranglah, sebab kalau tak keluarkan, rasa sesak nafas juga. Sengajalah mahu tulis tentang Wany Ardy, sebab semalam dia tinggalkan ucapan hari lahir di sini. Merasa bongkak. Kah kah.

Semalam suamiku Tan Sri Daud itu sedikit sibuk dengan kes. Lalu aku sebagai isteri penyayang yang memahami bahawa nyawa klien suami menjadi pertaruhan, bersetuju untuk tangguh upacara makan-makan hari lahir secara romantis ke esok hari. Lalu makan tengahari di Nandos. Kelihatan bayi duduk diam bermain stroller buddy dia. Ini jarang berlaku. Selalunya, dia menjerit-jerit mahu makan sesuatu juga. Suami kemudiannya berkata pada bayi:

“Good boy lah anak Papa. Papa nak order satu lagi macam ni dari Mama. But a girl version. Eh tak naklah, nak boy. Eh girl lah. Tak naklah, I want another boy.”

Terbeliak luaslah mata Mama bayi. Tarik nafas. Hembus nafas. Tarik nafas. Hembus nafas. Bawa bertenang, Papa bayi. Bila orang nampak bayi sudah mula merangkak dan berdiri, ramai yang kata bayi sudah bersedia nak dapat adik. Bila orang tahu aku sudah hampir 30, ramai suruh cepat sikit tambah anak. Alah, biasalah orang. Macamlah senang.

Wow begitu senang?!

Masa gugur kandungan pertama, doktor hospital kerajaan tanya, pelan mahu berapa anak. Aku jawab, “Tak ada pelan. Satupun belum dapat.” Kemudian aku disyarahinya, wajib pelan, kata dia. Sekarang aku sudah ada satu, aku boleh jawab soalan kamu, doctor. Aku rasa aku mahu lagi tiga. Tiga lelaki, seorang perempuan. Itupun kalau Dia mahu bagi.

Jadi bila lagi, kau tanya? Bila lagi, bila lagi! Satu: Bayi itu lahir keluar tingkap. Aku mahu seterusnya keluar ikut pintu. Jadi aku perlu tunggu dua tahun sebaiknya. Dua: Aku mahu beri bayi itu susu badan sekurangnya sehingga setahun lebih. Aku bimbang jika mengandung nanti, aku akan jadi letih dan malas untuk istiqamah mengepam. Tiga: Aku mahu manja-manjakan sikit bayi itu sebelum dia terpaksa pikul tanggungjawab abang sulung. Heheh. Empat: Aku mahu tunggu ada pembantu rumah untuk bantu ibu mertua tengokkan anak dan selesaikan kerja remeh yang mengundang penat. Lima: Eh eh, ikut suka rahim akulah. Kah kah kah.

Pengakuan berani: Betul, memang kadangkala ada rasa rindu untuk ada ketulan di perut yang bukan lemak tepu T____T

Tetapi, ya, bawa bertenang, Papa bayi. Tarik nafas. Hembus nafas. Tarik nafas. Hembus.


Gambar dari Weheartit.com

17 comments:

kazumakiryu said...

Kah kah kah Daud & Am kena rajin 'overtime' la mcm tu, best of luck! :p

twayblade said...

ketulan yg bergerak2 buat gymnastic tgh2 mlm.

Marliza Radzi said...

Kazumakiryu: Belum lagi, belum.

Ida: Nanti ketulan dalam perut dengan ketulan yang dah keluar sama-sama bangun malam = pengsan!

AyinEmran said...

Hahaha tak sangka Daud suka order. Aku tunggu Kasih dah pandai tolong kat dapur, cukuplah. Hahaha.

Marliza Radzi said...

Hahaha Daud buat lawak. Kasih pandai tolong kat dapur lambat sangat lagi tu, beb. Kasih pandai tengokkan adik sudahlah. Heh.

baini said...

haha,aku pun sama,orang asyik tanya bila maryam nak dapat adik..yang sekarang ni pun terkejar-kejar,tunggu2 lah bila dah settle down sikit,:D

mrsdjones said...

Ada rezeki x ke mana. 4 org kira ramai juga tu! Biarkan org ckp, bkn mereka yg nak tolong mengasuh anak nnt

reena said...

Nak aminkan yang 'Tan Sri Daud' tu skalilah :p

Marliza Radzi said...

Mrsdjones: Betul tu.

Reena: Terima kasih. Nanti boleh tukar nama blog jadi The Neurotic Puan Sri :P

Imparfait Saint said...

Cakap kat Daud 3 years gap ok. By then they r independent sikit. Oh yes a maid...is a must

nadmin said...

Bila anak 1st dah pandai jalan dan berlari, dah pandai cium dan peluk baby, kami (saya dan isteri) juga merindui untuk ada sorang lagi baby..

Marliza Radzi said...

Baini: Kasi tenang dulu kan?

Jas: Kan kan!

Nadmin: Anak dah umur berapa eh?

nadmin said...

Am,
anak umur 20 bulan

Ahsuez said...

Yeap baybeh, it takes time.

1) We are moms with full determination to fully-breastfeed her child

2) Anak pertama keluar ikut tingkap. And my incision adalah sepanjang 15 cm (mungkin lebih panjang sedikit dari normal), kerana ada 2 ketul cysts masing-masing terlekat pada kedua-dua ovari yang gynae buang sekali during the c-section procedure.

3) I lost 5 kg during the first trimester due to around-the-clock sickness yang sangat hebat.

4) Juggling between work, family and very very seldom me time. Penat. Yang. Amat. Fahamilah!

And now my big baby is 2 and I will start taking folic acid (as preparation) anytime soon. I also had miscarriage (once), so yeah. I understand you!

Anonymous said...

I really love the way you write. You're totally different from other bloggers.

Apple

Wafaa said...

Yes, true. One friend is pregnant her 2nd child, but another friend(s) pulak yang sibuk tanya "Wafaa, Iman bila nak dapat adik" or "Iman dah nak dapat adik ke?". 2nd Q tu agak sentap. Perut buncit tidak semestinya pregnant. Sigh.

Marliza Radzi said...

Nadmin: Oh sudah hampir menjengah 2 tahun :)

Ahsuez: Yeay!

Anon: I think you're a spam, but thanks? Haha.

Wafaa: Kamu sangat kecil, tak mungkin buncit. Hehehe.