Friday, January 14, 2011

I like living. I have sometimes been wildly, despairingly, acutely miserable, racked with sorrow, but through it all I still know quite certainly that just to be alive is a grand thing.” - Agatha Christie



Hari ini aku merasa down. Malaslah nak kongsi. Ayin tahu kenapa. Sebab dia caring. Tapi diapun tak tahu kenapa secara penuh. Sebabnya, aku sendiri tak tahu kenapa. Orang lelaki akan terus buat assumption, “Must be her time of the month.” To that, aku jawab, saya sudah lebih setahun tak alami ‘time of the month’, gara-gara mengandung dan menyusu badan. TMI? Nasiblah.

Ayin suruh aku makan aiskrim untuk gembirakan hati tapi aku sebenarnya masih selesema sikit dan sakit tekak. Juga, aku suka makan dessert bersama suami aku tapi dia tak ada di sini jadi rasa tak gembira mahu makan aiskrim seorang diri. Ini bukan dependency. Ini marriage. Kau mahu buat benda gembira dengan orang yang kau suka. Aku suka anak aku juga tapi dia baru 8 bulan tak boleh makan aiskrim. Aku suka Ayin dan Far tapi seorang di Sarawak dan seorang di Terengganu. Apalah nasib aku kawan baik aku jauh sangat.

Mungkin perlu pergi Baskin Robbins seorang diri dan beli satu cawan aiskrim dan makan sambil baca majalah. Sedih. Bertambah down mungkin. Tak boleh dilakukan ketika hujung minggu. Sebab nanti nampak orang lain bersama pasangan / anak / geng masing-masing menjeling-jeling pada kau yang seorang diri. Orang high self esteem tak kisah. Aku selalunya tak kisahpun. Tapi sebab aku tengah down, nanti aku sedih pula. Aaah jangan judgelah. Penat nak explain.

Tiba-tiba teringat antara hari yang aku paling kenang sebagai hari yang sungguh gembira. Suatu hari Sabtu yang bosan ketika aku mengandung; bangun pagi dan buat kerja rumah, pergi kenduri akad nikah, kemudian rasa down dan rindu mahu berjalan-jalan dengan kawan perempuan lalu suami buat lawak, “Pergilah shopping dengan Far” kemudian menangis sikit sebab lawak itu sungguh keji sebab Far di Terengganu. Tiba-tiba balik rumah, rumah penuh dengan kawan-kawan perempuan yang dirindui, rumah terhias comel, suatu kejutan Baby Shower. Sumpah, sumpah rasa terlalu gembira ketika itu.

Terima kasih, kawan-kawan. Akan aku kenang rasa gembira itu sampai mati.

Aku rasa antara benda yang boleh buat aku gembira hari ini ialah:

1. Suami yang patut pulang esok tiba-tiba muncul malam ini dan bawa pulang red velvet cupcake dari ibu kota. Amboi, macamlah tinggal di pedalaman Ulu Tiram, sedih sangat tak pernah makan RVC. Tengok isteri ini, mahu RVC saja, bukannya suruh bawa pulang seketul Coach handbag (tapi kalau dapat, bersinaran bintanglah mata).

2. Kalau tiba-tiba dapat ke Pulau Pinang bersama-sama keluarga. Ya, hari ini, ibu bapa, adik dan adik ipar semuanya akan pergi ke negeri kegemaran aku itu untuk berjalan-jalan dan bawa adik ipar bertandang ke rumah saudara. Dan aku keseorangan di Selatan ini. Sedih.

3. Kalau dapat pergi bercuti. Berlibur. Menenangkan jiwa. Tinggal di hotel. Makan makanan enak. Tak perlu fikir tentang kerja dan kerja rumah; tentang affidavit yang perlu didraf, lantai yang perlu dimop, baju yang perlu dibasuh, tentang bicara minggu hadapan, tentang hutang yang perlu dilangsaikan. Mahu jalan-jalan, cuci mata, kirai wang, tengok orang, ambil gambar.

29hb, cepatlah sampai, aku mahu bergembira di Universal Studios dan Night Safari bersama Wahida, kawan perempuan yang aku suka, dengan keluarga mini dia. Mahu shopping di Orchard Road walaupun duit tak ada. Beli fridge magnet pun seronok walaupun dah penuh fridge magnets Singapura di fridge aku. Jadilah. Ke Singapura pun bercuti juga.

4. Kalau tiba-tiba ada orang hadiahkan seorang maid untuk aku. Aku bukanlah pemalas sangat but it’d be nice to have a help. Tak perlu pening pasal kerja rumah. Tak perlu susahkan emak mertua, maid boleh tolong jaga anak aku sambil dipantau emak mertua. Atau buatkan kerja rumah aku supaya aku dapat main dengan anak. Boleh aku buat maraton Grey’s Anatomy atau mandi lama atau baca buku cerita atau pergi tengok wayang, while the maid look after the baby. Bukanlah aku tak suka jaga anak aku, aku sukalah! But some help from the help pasti akan memberi kualiti yang lebih dalam kehidupan.


Aku senaraikan benda logic. Kalau benda tak logic tentu lagi banyak.

1. Kalau ada orang kasi aku seguni RM100 notes dan paksa aku habiskan by today di satu pusat beli belah pilihan aku. Aku pilih City Square. Sebab ada Machines, Sasa, Crocs, Skin Foods, MNG, World of Cartoons. Atau Jusco Tebrau. Sebab ada Jusco, MNG, Toys R Us, Guess, CK, Crocs, Levi’s, Harris. OK aku pilih Tebrau. Delma nak join?

2. Kalau tiba-tiba aku dapat pakej percutian Free & Easy ke Europe yang ditaja penuh siap kasi duit poket. Untuk satu keluarga kecil aku. Kemudian dapat pula duit untuk setiap blog review yang aku buat untuk setiap kontinen yang aku lawat.

3. Kalau tiba-tiba hari ini dapat bonus dan naik gaji. Ini kategori tak logik sebab kedua-dua ini baru berlaku pertengahan tahun lepas. Ia tak mungkin berlaku lagi dalam masa terdekat sebab ini firma melayu dan bukan bank tersohor atau GLC yang murah hati.

4. Kalau Oprah tiba-tiba muncul di pejabat aku nak bawa aku naik private jet dia, pergi ke Chicago dan jadi tetamu khas untuk episod Oprah’s Favourite Things. But first, can we stop by at my in law’s to fetch my baby, Miss Oprah?

Tapi sebab hidup ini tak semeriah mana, today I’ll settle for a cup of McD chocolate sundae.


17 comments:

HW said...

Beb, aku juga tak sabar ke Singapore & bertemu kamu sekeluarga! Ceria lah beb, tak happy tahu kamu berduka ;( Hope wiken memberikan kamu senyuman. Take care bebeh! -Wahida-

Rin said...

entri berbunyi sedih tp tak paham kenapakah rasa mahu ketawa.. maafkan daku.. nnti petang pulang gomol anak akan okay nih..

AyinEmran said...

Singapore happening apa. Fridge magnet Spore pun coolness.

Bestnya McD sundae! Sini takde. Makankan utk aku. Thanks.

reena said...

Alaaa..jangan rasa down lama2 sangat ye kak yanti..tak pa..ais krim pun boleh jadi pegubat lara buat sementara :)

Marliza Radzi said...

Wahida: Tak sabar juga :D

Arin: Boleh, boleh ketawa :D

Ayin: EH BINTULU TAK ADA MCD??!! (huruf besar sebab terkejut)

Reena: Cuba untuk tidak down secara lama :P

Y A T T said...

sedapnyer sundae choc mcd. nak jugak lah.

Am, kalau nak senyum pergi lah FB aku dan lihat video budak dalam perut tengah menggeliat. hehehehe. suka.

Marliza Radzi said...

Yatt: Nanti aku pergi tengok ;D Hadi masa baru lahir, nangis kalau menggeliat. Sekarang lepas menggeliat dia mesti sengih besar. Hehehe.

ayu said...

lahad datu pun takde Mc D....KK jer ada which is 7 hours drive...huhu

Ninie Ahmad said...

Kenapalah Am masih sangat comel walaupun (konon-konon kan?) down.

Everytime baca entry comel Am macam ni lahhhhhhh Ninie malas nak update dengan perkataan sebab - quote Am balik: low self-esteem menulis. Tak akan boleh tulis secomel Am.

Maka update sekadar upload gambar supaya tak hilang pembaca dan income Nuffnang. Ha haaa..

Dan juga secret hope Oprah juga akan panggil masuk set dia bila dia Google untuk 'most flexible girl in Asia (walaupun shortest lebih tinggi probabilitynya).

Janganlah down. Makanlah aiskrim. Dan terima kasih kerana memperkenalkan initial yang best - RVC!

Marliza Radzi said...

Ayu: McD, tolonglah munculkan diri di Bintulu & Lahad Datu!!! (tolong jeritkan)

Ninie: Tolonglah Ninie, konon takkan boleh menulis secara comel. Your writings adalah way waaaaaaay better than mine! Hehehe.

Cepat letak betul-betul gambar kahwin. Teasers adalah jahat :P

Ahsuez said...

Yup. God's servant, mom, wife, career woman, house-maker, daughter and all our other peranan in this world could sometimes be super-challenging that we just want to have at least 1 day off with ourselves.

With perhaps some shopping money.

Marliza Radzi said...

Ahsuez: Hear, hear!

paghoh said...

sudah lama tidak ceria kerana suami will be away until may..huhu..cheer up dear. miss u so much.

Anna Banana said...

"Ini marriage. Kau mahu buat benda gembira dengan orang yang kau suka"

setuju!

peluk2 anak mungkin jadi gembira semula :)

Marliza Radzi said...

Kindy: Miss you more!

Anna: Peluk anak adalah instant chill fix :)

kutak jinggong said...

Salam. Nak menyibuk kongsi impian. Salah satu impian saya adalah dijemput menjadi tetamu dalam talkshow. Tapi kalo Oprah saya xberani.Mau terkencing. Saya nak masuk Malaysia Hari Ini and ditemuramah oleh ally and fitri.. hehe..

Jgn sedih2. Hidup ini terlalu banyak indahnya..

Marliza Radzi said...

Kutak Jinggong: Eh sayapun tak nak ditemuramah Oprah. Mahu jadi penonton & dapat hadiah saja :D