Tuesday, December 14, 2010

Pleasure is spread through the earth in stray gifts
to be claimed by whoever shall find
.” - William Wordsworth, 1806


Tahu tak perasaan terlalu asyik dengan sesuatu hingga tak sedar apa yang berlaku di sekeliling? Semalam pergi McDonalds dengan suami dan anak kecil lalu berbual-bual, bergosip dan bergelak ketawa dan mengetawakan gelagat anak kecil, berkongsi impian dan anekdot hari, sambil menikmati Prosperity hangat, ayam goreng pedas dan milo ais tanpa ais, tiba-tiba tersedar, eh eh, aku tak sedarpun tentang semua orang sekeliling. Asyik. Content. Syukur.

Tahu tak perasaan gembira yang sayu? Adik akan kahwin hujung bulan ini. Gembira sebab dia jumpa orang yang boleh berkongsi duka dan bahagia. Gembira untuk dia sebab kahwin itu adalah nikmat dunia, yang boleh wujudkan perasaan content yang aku cerita tadi. Tapi sayu. Sayu sebab dia seoranglah adik aku. Adik kecil aku yang rupanya telah dewasa dan sedia untuk bina keluarga sendiri. Sayu tapi cukup gembira. Semoga Allah permudahkan semuanya.

Tahu tak perasaan seronok berkongsi lawak dalaman? Ramai-ramai naik kereta pergi ke restoran nasi padang, tiba-tiba seorang buat sindiran comel lalu semua orang faham dan gelak-gelak bersama. Lalu tiba-tiba terfikir, eh eh, ini kawan-kawan kerja aku. Ada orang bergaduh semedang dengan orang sepejabat. Tapi aku ada kawan-kawan kerja yang ada lawak dalaman. Bukankah wajib bersyukur untuk nikmat kecil yang menggembirakan ini?

Tahu tak perasaan sayang dan kasih yang tak terperi yang tak perlukan balasan tapi hanya mahu beri dan beri dan beri? Semua emak-emak tahu perasaan ini. Anak buat kita sedar kapasiti hati kita untuk mengasihi adalah sangat luas. Maher Zain pun ada nyanyi, “We pray that He will fill your life with happiness and blessings and grants your kids who make your home filled with laughter.” Anak itu memang rahmat Allah, yang menguatkan kasih ibu bapa dan memenuhkan hati semua orang yang sayang dia dengan rasa gembira.

INI GAMBAR SEMALAM. ANAK MAMA & PAPA SUDAH 7 BULAN.
ANAK GEMBIRA YANG MENERBITKAN GEMBIRA. NGAP PIPI.



Tahu tak perasaan tiba-tiba dapat balasan baik atas sesuatu yang kita hasilkan dari hati? Masakan yang suami puji sedap. Kerja bagus yang majikan balas dengan bonus. Pertolongan kecil yang kita beri tapi dikenang-kenang. Penulisan picisan yang rupanya ada impak positif. Tapi yalah, yang terbit dari hati, selalunya memang akan memberi kesan.

Antara benda-benda yang memberi gembira :’)

Nota tambahan: Hey kamu! Berhenti merungut dan menempik-nempik betapa teruknya hidup kamu! Pergi sana, kutiplah sikit-sikit bahagia yang ada. Ada kerja? Itu kebahagiaan! Duit? Ibu bapa? Pandai solat? Ada kawan-kawan? Baju tak muat almari? Pendidikan taraf universiti? Ada adik beradik? Hah. Kutip semua itu. Itu semua benda-benda yang boleh memberi gembira.

Mari kita semua kutip gembira yang Dia tabur di sini sana.

21 comments:

AyinEmran said...

Kan? Bila ada anak aku baru sedar byk benda aku tak bersyukur sblm ni. Like having a simple lunch. Syukur. Dapat mandi, syukur. :)

nadmin said...

gembira dapat baca entry ni :)

Marliza Radzi said...

Ayin: Kan! Kadang-kadang pukul 12 tengah malam baru dapat mandi, tapi syukur dapat juga mandi. Haha.

Nadmin: Kutiplah :D

amy mieza said...

Yes sgt bersyukur dan dgn ada anak baru terbuka luas kesusahan menjadi seorg ibu. Susah tapi menggembirakan. Syukur tgk anak ketawa, syukur tgk rambut panjang skit dan dah boleh tocang2.
Syukur dpt makan byk lalu jadi gemok, ;)

Marliza Radzi said...

Amy Mieza: Alaa kita tak nak gemuk.

reena said...

Saya yang belum kahwin dan anak juga pun gembira sebab ada bf yang penyayang dan suka buat lawak, ada bff yang selalu menghiburkan, ada blog Kak Yanti yang selalu memberi inspirasi & impak dan lain lain. Tapi masih banyak lagi yang saya kekurangan. Ok nak pergi kutip sekarang. Bye.

yunik said...

comelnya entri ni. baikla. saya akan cuba!

p/s: rindula kamu & ayin :(

Marliza Radzi said...

Reena: Ada adorable fashion sense juga - kutip itu! ;)

Yunik: Ohmaigod! Rindu kamu! Mana menghilang ni?

Aeryn mummy aiyris zarra said...

beautifully written ;). perasaan sebenar seorang mak. tapi selalu juga sedih baca kisah bayi terbuang sana sini. abes mood satu hari.

neqyan said...

ensem boy sudah besar.he looks so like you!!!

Marliza Radzi said...

Myn: Thanks :)

Neqyan: In certain angles, at certain time, yes. Hehe.

Rin said...

rasa mcm nk cipta 1 anugerah utk blog best sebegini.. alahai, baru lepas merungut td sbb tak tau nk makan kt mana tgh hari ni.. ok. tmpt mkn kat ipoh mmg lah sikit. tp menu berubah.. prosperity musim baru kan belum dicuba! hahaha.. :))

Marliza Radzi said...

Arin: Cepat cepat makan Prosperity lazat bersama onion ring. Nyam nyam.

kutak jinggong said...

wah.. setiap hari cuba lakukan ini. Selalunya kita terlalu pikir tentang ketidakpuasan hati and terlupa menikmati hidup. As for me, kerja tidak akan pernah habis...duit tidak akan pernah cukup...hati tidak akan pernah puas...So jom belajar mensyukuri apa adanya...Baru lah terasa nikmatnya..

p/s: sangat suka entry ini.

Marliza Radzi said...

Kuta Jinggong: "Kerja tidak akan pernah habis...duit tidak akan pernah cukup...hati tidak akan pernah puas" --- Same here! Syukur jom?

Putih Salju said...

first time commenting here..all i want to say is,i love your blog!keep it up!salah satu sumber kegembiraan:)

yatt said...

comelnyer bam bam. happy go lucky lah dia. memang muka ko dlm pic ni..

best tak bila org kata your son looks just like you?

aku taknak baby ikut muka aku. tak comel. aku nak baby ikut muka suri cruise. huahuahua harapann.

Marliza Radzi said...

Putih Salju: Yeay :D

Yatt: Eh muka ko lah best! Comel & ceria. Suri Cruise nanti menimbulkan syak wasangka di kalangan makcik-makcik. Haha.

workingmom said...

sgt bersyukur utk kegembiraan yg telh dikutip dari entri ini;) terima kasih am untuk ingatan yg selalu sy lupakan

CikJa said...

btul tu. rasa cukup dgn apa yang ada, i'allah akan rasa bahagia. penat tak terhingga, tp bila balik tgk anak senyum, hilang dah semua pnat tu kan :))

Marliza Radzi said...

Workingmom: Mengingatkan diri sendiri & berkongsi dengan semua :D

Thehealthinspector: Memang hilang penat tengok anak!