Thursday, September 03, 2009

People often say that motivation doesn’t last. Well, neither does bathing, that’s why we recommend it daily.” — Zig Ziglar


“Tuhan menguji orang yang baik tetapi tidak melupakannya. Tuhan membantu orang yang jahat tapi akan dihukumnya juga.” Itu kata-kata Rajnikanth dalam filem Baasha. Kah kah. Bocor rahsia saya tonton filem Tamil. Sila faham fakta bahawa filem Tamil sebenarnya sangat best. Dramatic. Although sometimes boleh jadi overly dramatic. Pening. Tapi nak juga buat justification kenapa saya tonton Baasha. Saya sebenarnya penggemar filem Padaiyappa. Sila gelak. In fact, my girls and I used to be obsessed with Padaiyappa signature move, the tabik. Lalu sahabat saya Mardzia arahkan saya tonton Baasha. Lalu saya menurut perintah. Cool habislah Rajnikanth. His body movements adalah sangat bergaya. Who else can make smoking in the Court looks so damn cool? Kah kah.

Well anyways, I wanted to use those lines of his as the mukadimah to this entry but I got sidetracked there. Tema kali ini ialah Jangan Putus Harap Dengan Allah. Memang ada orang jahat yang kaya-raya lagi bahagia dan orang baik yang papa-kedana malah berpenyakit pula. Memang, memang. Tapi Allah tak lupa itu semua. Allah tak lupa siapa baik, siapa jahat. Kita yang lupa. Kita yang lupa perhitungan sebenar ialah di akhirat kelak.

Syekih Ibn Athai’llah Al-Sakandari dalam Kitab Hikam pesan, “Janganlah kelewatan masa pemberian Tuhan kepadamu, padahal engkau bersungguh-sungguh dalam berdoa menyebabkan putus harapan, sebab Allah telah menjamin akan menerima semua doa dalam bentuk apa yang dia kehendaki untukmu, bukan menurut kehendakmu, dan pada waktu yang ditentukanNya dan bukan pada waktu yang engkau tentukan.” Baiklah mengaku. Saya tak pernah baca Kitab tersebut. Saya baca tentangnya dari satu blog yang sungguh bagus.

Perenggan seterusnya. Pernah tak dapat emel tentang kisah fiksyen Raja Zalim vs Raja Baik? Just in case you guys tak pernah, saya ceritakan sedikit kisah itu di sini. Abridged version ya.

Raja Zalim sakit. Ubatnya ikan yang jarang dan susah ditemui. Tapi dengan kuasa Allah, dengan mudah, ikan ditemui. Lalu Raja Zalimpun sembuh. Di suatu tempat dan waktu lain, Raja Baik sakit. Ubatnya mudah sangat, ikan yang memang sentiasa ada sepanjang tahun. Tapi ketika itulah tiba-tiba tak dapat temui ikan itu lalu Raja Baik mangkat. Kenapa, kawan-kawan, kenapa? Kenapa yang zalim dibantu Tuhan dan bukan yang baik itu?

Pengkarya (yang anonymous) senaraikan 4 Pengajaran Utama. Saya ingin reiterate di sini secara mudah dan dengan sedikit penambahan peribadi. Macam pandailah konon? Ngeee. Anyways.

(1) Kita perlu yakin bahawa ada kesalahan yang Allah beri hukuman di dunia, atau fondly known among anak-anak muda as balasan cash. Dengan demikian, di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkanNya lagi. Kalau kita yakin, ini dapat kuatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah.

(2) Kalau tiada musibah yang menimpa kita, jangan pula kita lalai. Kalau kita sedar hakikat ini, kita tak akan terbuai dengan kelazatan duniawi sehingga terlupa tentang perhitungan sebenar di akhirat.

(3) Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan. Ia mungkin adalah ujian dari Tuhan.

(4) Siapalah kita untuk tahu maksud Allah? Barangkali kamu membenci sesuatu, tetapi itu baik bagi kamu. Dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan itu buruk bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.” [Al-Baqarah (2): 216]

Sekianlah di sini perkongsian ringkas dengan tujuan utama mengingatkan diri sendiri. Sudah, sudah, kawan-kawan. Janganlah ditenung gambar Rajnikanth yang cool itu, sila jaga puasa anda. Ngeh ngeh.

No comments: