Wednesday, August 05, 2009

A dream is a wish your heart makes
When you're fast asleep
In dreams you will lose your heartaches
Whatever you wish for you keep



Sedang dengar lagu Rocket dari Yuna. Suara beliau sungguh menikam sukma menenangkan jiwa. Tolonglah pasarkan Yuna ke luar negara. Mungkin selepas itu orang Amerika boleh associate wanita berhijab dengan good taste and awesome talent. Bukan dengan terrorism and prejudice.

Pejabat sungguh sejuk. Tempat paling panas di Menara Pelangi ini ialah di kawasan tandas yang berair itu. Ironi sungguh. Jari-jemari saya sedang redha dengan potensi menghadapi frost bite. Siapa-siapa ada ikan mahu simpan beku, boleh tumpang di pejabat saya. Saya charge murah saja.

Mulai sekarang, saya wajibkan semua orang tonton Nur Kasih. Kalau anda jenis yang tak sokong produk Malaysia, saya beritahu, ia ditayang setiap Jumaat malam di TV3. Saya confess bahawa saya mula-mula tonton sebab heronya Remy Ishak. Kah kah. Juga sebab lagu latarnya sangat lazat lalu buat saya terpikat. Kemudian saya menjadi addicted. What not to like about Nur Kasih? Jalan cerita menarik ala-ala novel Alaf 21? Checked. Elemen Islamik? Checked. Brilliant cinematography? Tentulah! It’s Khabir Bhatia’s baby! Hunky lead actor? You bet! Ngeh. Pergi tonton lusa tau. Wajib.


Sekarang sedang dengar lagu Taubat oleh Opick. Kenapa di Malaysia tak banyak lagu ketuhanan yang hebat seperti lagu-lagu Opick dan Ungu? Yang liriknya menyengat, yang alunannya mendamaikan. Nasyid orang kita kebanyakannya sama saja lenggoknya. Kemudian video clip tepi tasik selang-seli di tangga masjid, pakai baju Melayu sama warna, songkok ada kerongsang untuk theatrical effect. Jangan dilupa choreography sejak sekian lamanya, angkat-angkat tangan a la Karam Singh Walia, dilakukan secara berirama dan berjemaah. Yasin, please lah buat lebih banyak lagu ketuhanan like the one you did for Nur Kasih. Ini rayuan saya.

Saya ada baca bahawa 99% of lawyers are giving the rest a bad name. Kah kah kelakar. Kalau berminat nak tahu apa terjadi antara saya dengan perempuan di pejabat saya itu, dengan sukacita saya beritahu, saya rasa usaha saya annoy beliau dengan menjadi annoyingly nice berhasil. Tak tahulah kalau perasaan saya saja. Tapi saya rasa ada perkembangan baik. Kindness itu betullah seperti boomerang. Atau mungkin sebab saya jauhkan perasaan negatif dari jiwa saya, lalu saya tak nampak perasaan negatif dari dia? Whatever the reason is, saya sungguh lega dan tenang.

Lagu Home oleh Michael Buble berkumandang sekarang. I’ll be going back home this weekend, by flight. My parents will back from Umrah tomorrow insyaAllah. They’re on their way to Jeddah right now. Tadi Ibu SMS beritahu bahawa dia sangat sedih selepas Tawaf Wida’. Saya ingat lagi, masa saya ke sana, sayapun menangis bila mahu ucapkan selamat tinggal pada Kaabah. Memang sedih betullah. Tapi sekarang saya gembira sebab ibu bapa saya akan pulang. Memang selfish. Ngeee.

Kartun Reggie Lee dalam The Star hari ini beritahu, Malaysia mempunyai kadar obesiti tertinggi di Asia, di mana 54% dari Malaysian adults are either overweight or obese. Malaysia boleh! Kah kah! But for real, what a scary statistic! So okay, they say that 43% of all statistics are worthless. But still! Oh my, what’s scarier ialah saya rasa saya termasuk dalam 54% tersebut. Huwaaaa! Saya declare di sini bahawa saya tak mahu kawan dengan siapa-siapa yang beli susu weight gain. Awas!

Gossip Girl is damn addictive. And Leighton Meester is the most adorable creature on planet earth. Ya saya sudah tulis ini di Twitter jadi fellow Twitters boleh buat-buat tak nampak penyalinan semula yang berlaku. Ngeee. Do you know that she was born in a prison to a criminal mother? How pretty is that criminal?! Mestilah kan, to give birth to such a pretty girl! I’m sounding like another Ellen Degeneres now. Heh. Leighton says, she will not let that affect the way she lives her life. Good for you, cutie-pie! Ngeh.

Hari ini rasa bosan nak bekerja. Mungkin sebab rakan sebilik telah cuti untuk berkahwin. Mungkin sebab hari hujan lalu mahu tidur di rumah. Or perhaps it’s the time of the month. Bosan, tapi tentulah masih kerja. I don’t have the luxury untuk tak kerja. Boleh ke tak nak pergi Mahkamah sebab bosan? “Dengan izin Tuan, saya bosan hari ini, mohon tangguh kes ke suatu tarikh lain.” Ingat Hakim peduli kebosanan saya? Boleh ke tak nak layan karenah klien sebab bosan? Klien saya telefon berkali-kali dengan suara yang garang, boleh ke saya nak cakap, “Saya bosan hari ini, esoklah saya layan kes awak”? Tak boleh! Sila menangis!

Saya suka what Lao-Tzu has to say about life. Oh kalau tak tahu, Encik Lao-Tzu ialah the father of Taoism. Fakta menarik tentang beliau ialah kononnya he was conceived when his mother gazed upon a falling star. Maybe I should gaze at the sky tonight. Untung-untung ada falling star dan saya boleh lahirkan philosopher hebat? Hahaha. Lawak berunsur sedih.

Fill your bowl to the brim and it will spill.
Keep sharpening your knife and it will blunt.
Chase after money and security and your heart will never unclench.
Care about other people's approval and you will be their prisoner.
Do your work, then step back. The only path to serenity.


Versi moden sebuah wisdom. Ngeh ngeh.


If your morale fails you, just remember that somewhere out there, ada orang sedang geledah tong sampah untuk beri makan pada anak. Ada orang homeless yang tidur di bus stop. Ada orang yang sedang potong keratan akhbar jawatan kosong dengan harapan dapat nafkah untuk keluarga. Ada orang sedang makan bubur nasi kosong sebab tak mampu beli hatta ikan bilis sekalipun. Ada orang sedang sapu sampah di tengah-tengah panas. Ada orang yang sedang berenang untuk masuk ke negara kita untuk dapatkan kerja lebih baik. Ada orang yang terpaksa jual diri untuk beli susu anak. Ada orang yang gadai cincin kahwin untuk bayar yuran hospital.

Macam Izaak Walton kata, "If you can't be content with what you have received, be thankful for what you have escaped."

No comments: