"You must be the change you wish to see in the world"
- Mohandas Karamchand 'Mahatma' Gandhi
- Mohandas Karamchand 'Mahatma' Gandhi
Saya suka guna komputer sambil menonton televisyen. Kalau saya baca bukupun selalunya saya buka televisyen. Saya hanya kitar semula kadang-kadang sahaja. Saya tak pernah bawa bekas makanan saya ke kedai untuk elakkan guna polystyrene. Saya suka nyalakan banyak lampu kalau saya seorang diri sebab suasana terang buat saya rasa selamat. Saya masih belum pernah bawa beg sendiri ketika groceries shopping; ia kerana saya takut security guard sangka saya mencuri dan saya suka ada banyak beg plastik supaya saya tak perlu beli beg sampah.
Saya masih gunakan sangat banyak kertas di tempat kerja; it’s inevitable, Malaysian Courts belum secanggih Singapore Courts. Saya suka basuh tangan banyak-banyak kali maka saya rasa saya sebenarnya membazir air. Saya belum mampu beli Oprah’s favourite gadget yang boleh store buku-buku terkini yang boleh dibeli secara online; ia kerana saya tidak mampu dan hanya mampu beli paperback books.
Secara kesimpulannya, saya bukanlah boleh dikategorikan sebagai seorang environmentalist walaupun saya pernah jadi Ahli Kelab Pencinta Alam ketika sekolah rendah dan telah ambil kelas Environmental Law ketika di universiti.
Tapi untuk malam ini, saya mahu cuba. Marilah cuba bersama saya. Mari kita padamkan lampu dan matikan semua suis elektrik selama 60 minit. Saya tidak tahu sama ada kami mampu bertahan dalam panas selama 60 minit (let’s just hope malam ini hujan atau saya terpaksa buka satu suis untuk kipas). Sayangnya nak bakar vanilla candles saya. Dan saya berdebar saya tidak sabar lalu mahu buka TV setengah jam lebih awal untuk tonton rancangan bodoh yang saya ikuti di Channel Ria itu. Ngeee.
Oh well, anyways, marilah ya. Sign up HERE. Marilah kita bergelap dan berpanas 8.30 hingga 9.30 malam ini! Berusahalah!
No comments:
Post a Comment