“Women complain about PMS, but I think of it as the only time of the month when I can be myself” - Roseanne Barr
1. Aku tak faham kenapa wujud racism. Aku tak faham keperluan column BANGSA dalam apa-apa jenis borang. Benda-benda macam inilah yang buat sentimen keakuan itu jadi kuat. Aku Melayu, kau apa? Tolonglah. Sedangkan kad pengenalan pun tak ada tulis bangsa. Tulis agama tak apalah, itu penting. Bangsa? Apalah sangat? Bukannya dalam kubur nanti Malaikat tanya, “Kamu Bumiputera ke?”
2. Aku tak faham kenapa ada pengikut parti politik yang obsess melampau. Sokong sudahlah. Pergi undi. Kalau rasa nak buat bigger change, pergi bertanding; be a real agent of change. Tak perlulah baring-baring atas jalan. Tak perlulah agung-agungkan membuta tuli. Tak perlulah mengamuk-ngamuk tak tentu pasal sondol-sondol polis. Kau ingat polis tu suka ke kerja macam tu? Jadi human shield, tembak-tembak gas kat orang, tolak-tolak perempuan bertudung labuh. Polis tak sukalah. Lagi seronok dia balik tengok Raja Lawak dengan anak-anak dia tau.
3. Aku tak faham kenapa ada pekerja yang tak faham status dia sebagai pekerja? Kenapa dia rasa dia layak kutuk peguam lain kepada aku? Kau pekerja, peguam itu bos kau. Sila ada sedikit perasaan hormat; aku tak suka dengar kau kutuk colleague aku, mempersoalkan kebijaksanaan dia, walaupun aku bukannya suka sangat colleague aku tu, faham? Adakah aku kelihatan macam sukakan gossip liar sebegitu? FYI aku tak suka. Kalau gossip tentang Chris Brown belasah Rihanna, yang itu aku minat.
4. Aku tak faham kenapa masih banyak sign boards yang tak pandai menggunakan KE dan DI. ‘SILA JANGAN LETAK KERETA DISINI’. DI dan SINI perlu dijauhkan, faham? ‘DI LARANG MEMBUANG SAMPAH’. DI dan LARANG perlu didekatkan, faham? Ya Rabbi, bukan susah sangat! Perit mata aku tengok tau. Lagi perit kalau kesalahan dilakukan di bangunan-bangunan kerajaan. Check your grammar, people!
5. Aku tak faham bila orang asyik cakap “menutup aurat itu personal choice”, macam seorang perempuan yang menulis Letter to Editor di dalam NST recently. It’s not, darling. Sebagai seorang Muslim, bila anda kata begitu, samalah macam anda kata, “menunaikan solat itu personal choice”. It’s not kan? Wajib kan? Aku tak pernah ada judgment terhadap sesiapa yang tak menutup aurat. Sebab hanya Allah yang ada hak untuk mengadili iman. Aku tahu akupun bukannya menutup aurat dengan cara sebenar-benar yang dituntut Islam; tapi aku tak pernah kata, “menutup aurat dengan cara sebenar-benar yang dituntut Islam is a personal choice”, because I know it’s not. Percayalah, it’s not a personal choice, darling, it’s not. Ia kewajiban yang akan dituntut oleh Allah di akhirat nanti.
Wallahualam. Maaflah ya, this is the PMS talking. Akupun tak faham kenapa aku tak faham sangat. Biarlah ya. Ngeee.
No comments:
Post a Comment