Wednesday, April 09, 2008

These are the moments I know heaven must exist
These are the moments I know all I need is this
I have all I've waited for and I could not ask for more



I know it is cliché when people tell you that married life is much much much better than they thought it would be, but really! It is true :)

Mahu berkongsilah sedikit rentetan majlis saya. Dibantu gambar-gambar yang dirakam melalui lensa adinda kesayangan saya. Aduh kepingin sekali menatap gambar-gambar oleh Green Apple team. Perlulah bersabar.


Saya diinaikan oleh ibu-ibu saudara yang dikasihi.
Saya sukalah bau inai di jari. Bagai rumput segar.



Saya suka kemeriahan pada hari perkahwinan saya. Lihatlah trio ini, pengapit saya, ibu saya dan kakak (angkat) saya, begitu gembira.
Kata Encik Jurunikah, kemeriahan dan keramaian pada satu-satu majlis perlu amat disyukuri. Lantas saya bersyukur.




Saya seorang pengantin yang sungguhlah suka bersembang dan tidak pandai mengawal keayuan. Tidak mengapalah ya, asalkan saya bahagia.

Ini di malam pernikahan, banyak sungguh gambar kandid sedang bersembang dengan Ayin dan Yunik.

Ini pula di hari resepsi, lihatlah mulut sehingga herot-berot bersembang.


Manjalah konon? Ini gambar malam potong kek/karaoke/buka hadiah.



My mom's friends surprised her and my dad; menyambut ulang tahun perkahwinan ibubapa saya. They'll turn 27 this 17th. 27 good years, terlalu banyak perkara baik yang saya boleh contohi dari mereka. Terlalu.

Saya sungguh selebet dalam gambar ini tetapi saya suka gambar ini.


Oh saya suka amat pelamin kami!



Juga kek perkahwinan kami.



Sebenarnya saya suka suka suka segalanya tentang majlis perkahwinan saya dan saya berterima kasih terutamanya kepada ibubapa saya for giving me a beautiful wedding, more than I ever dreamed of. Juga kepada adinda dan gadisnya, saudara mara terdekat, handai taulan, kenalan, rakan-rakan sama belajar dari kecil hingga dewasa, teman-teman sepejabat juga bos-bos saya, serta tentunya sahabat-sahabat tersayang; atas bantuan, sokongan, pemberian dan terutama sekali, atas kehadiran kalian.

Terima kasih ya semua, kerana sudi berkongsi hari bahagia kami. Oh saya kini teramat sungguh bahagia :)

No comments: