Adinda bersumpah jikalau kekanda tidak kembali
Adinda akan menyusul kekanda
Memijak pada tanah yang sama
Bernafas pada udara yang sama
Adinda akan menyusul kekanda
Memijak pada tanah yang sama
Bernafas pada udara yang sama
Sepulangnya adinda dari bumi bertuah (tetapi tercemar) Port Dickson, adinda merasakan bahawa adinda telah meninggalkan sebahagian kecil hati adinda di sana. Paling utama, di suatu sanktuari kecil adinda, di balkoni apartment itu, di kerusi selesa itu, tempat di mana adinda mengadap lautan permai (kerana apartment kami tiada pantai, bersambung terus dengan lautan, indah). Hampir setiap masa. Kadangkala untuk membaca. Tetapi selalunya untuk bermenung sahaja. Sungguh indah perasaan itu. Anyways, yours truly a.k.a. adinda is leaving for Kuching this evening, with ma familia. "Kakanda, nantikan adinda!!!!" Relevan? Ngeh ngeh. Dan kalian semua, terutamanya fellowship di pejabat, don't miss me too much!!! Hehehe.
No comments:
Post a Comment