Thursday, May 11, 2006

“Sham betide your ill-fared face, mortal maid, thus to steal unkindly from me the fairest knight in all my company! And you, Tam-lin, curse your beautiful sea-grey eyes that you should betray me so, who ever loved and cared for you!"


AWAS KECURIAN TELEFON BIMBIT


Kuala Lumpur: Sebuah telefon bimbit milik Marliza, 24 telah dicuri di dalam komuter laluan ________ pada 10.5.2006, jam lebih kurang 8 malam. Pemilik telefon bimbit ini percaya bahawa telefonnya telah dicuri tanpa disedarinya di dalam keadaan komuter yang penuh akibat penumpang yang bersesak-sesak berikutan kerosakan komuter laluan ke ________ semalam.

Pemilik telefon bimbit tersebut yang kepenatan baru pulang dari tempat kerjanya dipetik berkata, “Saya tidak menyedari bila telefon saya dicuri. Mungkin kerana penumpang terlalu ramai dan hampir tiada ruang langsung untuk bergerak. Saya cuma menyedari ketiadaan telefon tersebut di dalam beg galas saya apabila penumpang telah berkurangan dan saya dapat memeriksa beg saya. Saya sedih dan amat kesal dengan kejahatan hati pencuri tersebut. Apakah dia tidak dididik dengan betul oleh ibubapanya? Atau dia sendiri yang membuat kesilapan tersebut. Saya doakan agar dia dapat berubah. Perkataan yang paling sesuai untuk menterjemahkan perasaan saya ketika ini, maaf, kerana di dalam Bahasa Inggeris, ialah FURIOUS.”

Pemilik tersebut juga menyatakan bahawa sekiranya ada sesiapa yang bermurah hati ingin membelikannya telefon bimbit, “Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan”. - MARLIZA. NEUROTICISM.

No comments: