Friday, August 28, 2009

"If you can't feed a hundred people,
then feed just one
” - Mother Teresa


Saya sudah pindah ke bilik baru. Lebih besar but it needs a little getting used to. Bilik lama saya diberi kepada seorang junior lawyer. I miss my old room, albeit smaller, ia fun kerana saya ada rakan sebilik yang saya sukai. Boleh borak-borak sambil bekerja, taklah bosan. Sekarang bila saya bosan, saya perlu jalan ke sana untuk borak. Kan dah membazir masa?

Bilik baru saya bertempat di kutub utara, harap maklum. Saya sudah berstokin tebal, berblazer dan malah buka kedua-dua tingkap bilik, tapi saya masih membeku. Menara Pelangi management pun agak-agaklah, kan musim puasa, semua orang kurang body heat. Ambillah peluang ini untuk kurangkan bil elektrik dengan kurangkan penggunaan penghawa dingin. Commercial decision sebegitupun tak boleh buat. Ish. Kalian kalau mahu kirim salam pada Pingu, boleh beritahu saya.

Firma saya dengan comelnya telah buat counter-offer. An offer I don’t think I can say no to. Mata saya hampir terkeluar masa Bos beritahu. Kah kah. Kusut saya kusut. Mahu kerja banyak duitpun lebih atau kerja (mungkin) kurang dengan duit yang kurang? Saya masih berfikir-fikir. But yeah, I am thankful to Allah kerana memurahkan rezeki di bulan mulia ini.

Semalam saya ke Putrajaya, ada impromptu case. Dapatlah berehat-rehat di rumah ibubapa kemudian berbuka bersama before catching my 9.15 p.m. flight. Beg saya tak boleh checked-in sebab saya bimbang banyak Court documents. Masa pergi, tak berat sangat. Masa balik, jadi berat sebab saya borong chocolates di airport. Kemudian tak ada pramugara di sekeliling untuk bantu saya angkat ke overhead compartment. Thank God for this elderly Chinese man, who saw me struggling and offered to help. Chivalry is indeed not dead, ladies and gentlemen.

Okay I purposely wrote his bangsa there. Him helping me out dengan ikhlas hati, that could easily be a scene from (Allayharhamah) Yasmin Ahmad’s 1Malaysia advert. Muhibbah habis. Ngeh.



A short film by the late Yasmin Ahmad, entitled Chocolate.
A quiet tale that reminds us that, despite the multifaceted contradiction of Malaysia, life goes on – even if not all of it is sweet.


Tapi kelakar. Sebab saya nampak seorang wanita minta tolong from a steward, same case as mine. Tapi steward itu suruh wanita itu angkat sebelah sebab steward itu tak larat. Kah kah. Lemah sungguh. This is MAS steward I’m talking about, MAS yang kononnya terkenal dengan hospitality and won various prestigious awards for it. Kalaupun dia tak larat, he should have called up another steward to help him, bukan paksa wanita genit untuk angkat sebelah. I don’t know. Didn’t seem right-lah.

Saya belum announce di sini. Kindred Spirit saya, Far sudah selamat lahirkan bayi lelaki pada 18.08.2009, on their 2nd wedding anniversary; how more sweet can it be? Kalau mahu lihat gambarnya, boleh ke laman Liya. Mungkin saya bias, tapi saya rasa Umar Iskandar adalah bayi lelaki paling kacak yang pernah saya lihat. And with Far as his mother, I am sure he will grow up to be a very good Muslim with the best attitude. Lucky you, Umar! Siapa ada anak perempuan, boleh mula place booking untuk jadi menantu Far.

Berbuka puasa memang satu nikmat. Saya yakin hari ini akan lebih nikmat lagi kerana saya dan Suami terlepas sahur. Mungkin saya letih sangat agaknya, tak tersedar jam bunyi. Sedar-sedar, sudah jam 6. Maka bangun Subuh sajalah dengan hati yang sayu. Ngeh. Malam ini ada jamuan berbuka di rumah sepupu Suami. Selalunya jika di rumah sepupu yang ini, jamuannya Nasi Briyani. Yummeh! We shall hope and see. Ngeh. Buruk perangai.

Alhamdulillah puasa dipermudah setakat ini. Semalam yang travel ke sana ke maripun, mudah. Semoga terus diberi kekuatan dariNya.

Bulan puasa ini memang elok sangatlah bersedekah. Ibu saya banyak anjurkan program bersedekah untuk anak-anak yatim, jadi kalau rasa mahu turut serta, boleh hubungi Ibu. Ngeee. Kalau tak kenal Ibu saya, ada cara yang lebih mudah. Islamic Relief Malaysia ada anjurkan program Ramadhan: Feed the Fasting untuk beri sumbangan makanan kepada anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan sebagainya. Mudah sangat, just go and transfer your sedekah to the following accounts: Maybank: 5621 4270 8704 and CIMB: 1259 0000 804 058. Mari mari mari.

Until next babblings, selamat mengimarahkan Ramadhan, kawan-kawan!

Monday, August 24, 2009

Ayah dan ibu, ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan ibu lah mesti dihormati
Ayah dan ibu, ayah dan Ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat


Rindulah. Rindu nak berbuka dengan keluarga nun jauh beratus kilometer di sana. Rindu nak bersembang-sembang sambil makan. Rindu Teh Tarik Ibu. Rindu Kuih Lopes Ibu yang tak ada siapa berjaya tandingi setakat ini. Rindu masakan-masakan Ibu yang hebat-hebat dan penuh meja. Semalam Ibu masak Kari Tulang, Sambal Ikan Pari, Udang Bakar dan Kuey Teow Goreng, permintaan Adik manja saya. Saya begitu cemburu. Saya rindu.


Rindu nak pergi berterawikh dengan ibubapa. Seronoknya dulu-dulu ada geng pergi terawikh. Sekarang, seorang diri saja. Yalah, yalah, memanglah Suami saya ada. Tapi dia kan solat di bahagian lelaki. Saya sayu saja tengok orang lain bersama ibu mereka. Isk. Rindu nak makan moreh sama-sama dengan Ibu; minum teh, makan bubur. Kadang-kadang singgah kedai mamak untuk supper minum teh tarik sebelum balik rumah. Rindulah.

Kadang-kadang rasa rindu juga puasa zaman universiti. Buka puasa ramai-ramai dengan kawan-kawan. Makan tidaklah mewah, sebab student kan, tapi memang seronok betullah. Kadang-kadang bungkus nasi campur kedai mamak dan makan dengan rakan-rakan serumah depan TV; itupun sudah seronok. Pergi Bazaar Ramadhan pun seronok betullah ramai-ramai.

Berpuasa di sekolah memang paling seronok. Sayu, tapi seronok dengan cara sendiri. Lagi sayu, masa berbuka puasa di dining hall, akan pasang lagu-lagu raya. Sayu betul. Macamlah tak dapat balik raya? Tapi yalah, syahdu tak puasa bersama keluarga. Tapi bab makanan, alhamdulillah, makanan sekolah saya sedap-sedaplah. Banyak kali dah saya tulis tentang kelazatan makanan dining hall sekolah saya. Yang special, bulan Ramadhan, ialah ABC di kantin. Lazat tak terperi. Saya tak pasti memang lazat atau sebab itu saja pilihan yang kami ada. Ngeh.

Kemudian boleh outing pergi bazaar. Beli makanan-makanan wajib Johor macam Otak-Otak dan Air Kathira. Kalau tak dapat outing, mesti mahu pesan Ayam Percik dari orang yang outing. Ibupun, without fail, akan hantar serunding daging dan sambal ikan bilis kering, untuk buat makanan masa sahur. Jadi bab makanan, memang tak deprived langsunglah alhamdulillah.

Petang sebelum berbuka, semua orang wajib bertadarus dan kemudian tonton Jejak Rasul di surau. Sebelum saya insaf, masa Tingkatan 2 (saya insaf sejak Tingkatan 3. Ngeee) saya pernah ponteng tadarus. Saya malas betul petang itu, kebetulan petang itu jugalah semua AJK Persatuan Ugama Islam (PUI) melancarkan gerakan membanteras pemontengan. Malunya Tuhan saja yang tahu bila ditangkap oleh Presiden PUI ketika itu, Kak Anis Solehah (Subhanallah bagus betul namanya, sesuai peribadinya)

Berterawikh di sekolah sangat seronok sebab sesama kami yang jadi imam. Maka, ehem, agak lajulah. Tapi kalau Ustaz Isubarek tiba-tiba rajin menjenguk untuk jadi imam, berpeluhlah kami semua. Tak tahulah, mungkin Ayin suka bila Ustaz Isubarek yang imamkan. Ehem.

Minggu SPM 1999 adalah ketika bulan Ramadhan. Hari-hari, pengetua baru akan hantar makanan pada kami semua. Bukanlah ramai sangat, seratus lebih saja. Jadi selain makanan dining hall yang sedap, kami dapat outing ke bazaar dan dapat pula makanan percuma lazat-lazat dari pengetua.

Macam mana dari entri sayu Rindu Pada Keluarga boleh jadi entri Seronoknya Berpuasa di STF? Ngeh. InsyaAllah saya dan Suami akan pulang untuk bersama keluarga pada hujung minggu Merdeka nanti, God bless Malaysia. Tak sabar rasanya.

Ayahanda Bonda, Yanti rindu tau. Isk.

Saturday, August 22, 2009

"Oh you who believe! Fasting is prescribed to you as it was prescribed to those before you; that you may learn
piety and rightousness
" - Al-Baqarah [2:183]


Sungguh kurang sopan apabila sudah tiba 1 Ramadhan dan masih belum mohon maaf dan ucap Selamat Menyambut Ramadhan dan lebih teruk pula, penulisan terakhir ialah suatu percubaan melepaskan aura negatif. Ngeh.

Tiba sudah Ramadhan. Alhamdulillah berkesempatan bertemunya lagi. Sahur apa hari ini, kawan-kawan? Kami bersahur Bubur Nasi dengan Sambal Ikan Bilis, Ikan Masin dan Telur Masin. Ya, segala yang boleh buka selera sebelum Subuh. Cadangan asal mahu guna resipi Ayin, tapi terlupa mahu salin, lalu masak Sambal Ikan Bilis resipi Arwah Opah. Kelakar betul siang ikan bilis pukul 4 pagi. Kalau sahur di rumah ibubapa, saya paling suka nasi goreng dengan Sambal Ikan Sardin dan telur mata kerbau. MasyaAllah lazatnya.

Masa sekolah rendah, berbuka puasa wajib ada 2 perkara: Ayam percik dan air gas. Preferably Fruitale. Yummeh! Kemudian perut jadi buncit terus tertidur lepas berbuka. Kena paksa bangun solat Maghrib dan siap untuk berterawikh. Berpuasa di STF suatu pengalaman yang sungguh menarik, tapi itu nanti saya cerita dalam penulisan akan datanglah.

Saya mahu pergi tonton Nur Kasih di TV3 dan kemudian mahu kukus caramel pudding untuk berbuka puasa di rumah mertua malam ini.

Selamat memeriahkan Ramadhan, semua! Maaf zahir batin, ya!

Oh sebelum terlupa, saya tinggalkan semua dengan salah satu video dari projek 15Malaysia, entitled The Tree, produced by Pete Teo and directed by Amir Muhammad. Suatu temuramah yang ringkas dan menenangkan jiwa dengan Tok Guru Nik Aziz kesayangan semua.



“Satu masalah yang timbul di seluruh dunia Islam, ditimbulkan oleh musuh Islam, ialah mengasingkan hidup dari peraturan Allah”
- Yang Amat Berhormat Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tuesday, August 18, 2009

"Woman are meant to be loved,
not to be understood
" - Oscar Wilde


Annoyed betullah rasa hari ini. Annoyed dengan demanding clients. Annoyed dengan rude opponents. Annoyed dengan incompetent staffs. Dengan kerja, apalah lagi, tentulah annoyed. Annoyed serba-serbi. Even annoyed dengan Maggi Goreng Mamak yang sedap tapi tak pedas sedangkan dah pesan, “Bos, kasi pedas tau!” Syaitan apa entahlah yang merasuk.

Annoyed tak habis-habis. Bak kata Joe Purdy berulang-ulang, “I just can't seem to get it right today, I just can't seem to get it right today, I just can't seem to get it right today, I guess I'm gonna give up.”

Di hari yang penuh perasaan annoyed ini, maka sesuai sangatlah untuk menyenaraikan Pet Peeves aku. Okay, nak bahasakan diri as AKU hari ini sebab perasaan sangat annoyed. Maaf kalau anda gadis sopan dan jejaka pemalu tak suka baca penggunaan AKU. Just let me be. Sebenarnya pet peeves aku depends largely on the kind of mood I am in. Kalau mood okay, tak akan tertanggu sangatpun. Kalau mood macam dirasuk syaitan annoyed tak habis-habis, maka pet peeves itu mulalah ketara.

Ulang semula maksud PET PEEVES mengikut Wikipedia yang bijaksana: Minor annoyance that an individual identifies as particularly annoying to them, to a greater degree than others may find it. So here goes, the 5 Things That Peeve My Pet (nonsensical sungguh ayat):

1. Pertanyaan–pertanyaan menyibuk dari penjaga-jaga kain yang tak cukup kain sendiri untuk dijaga. Soalan paling istimewa dan digemari oleh penjaga kain di sekeliling aku ialah tentang perkembangan dan/atau status sistem peranakan aku. Annoying yang diumpamakan macam Raja Namrud yang annoyed dengan bunyi nyamuk yang mengiang-ngiang di telinga baginda. Tapi nauzubillah. Tak mahu jadi Raja Namrud.

2. Tak sukalah penggunaan font kecil font besar konon-konon comel begini: NaMA sAyA iALaH MarLizA RaDzi. I aM stUcK in tiNGkataN DuA which ExpLaiNs whY sAya MasiH RasA PeNuLiSan maNjA gAyA KanAK-kAnaK iNi ComEL wALauPun ia MenJengKeLkaN baNyaK piHak. Aku tahu ia perkara remeh saja tapi aku annoyed, nak buat macam mana. If I remember correctly, Chics actually wrote an entry about this. Ngeh.

3. Sebenarnya banyak pet peeves aku yang berkaitan dengan penggunaan font, penulisan and what not. Ayin would know. Annoyed betul kalau dapat surat menggunakan Times New Roman. Buruk. Annoyed juga kalau nampak word documents yang tak justified. Annoyed kalau dapat surat formal guna Comic Sans. Annoyed dengan orang yang suka abbreviate perkara-perkara tak perlu dalam SMS serta dalam lain-lain perkara.

Haha tentang ABBREVIATION; kelakar kan? The fact that abbreviation means ‘pemendekan’ tapi perkataannya panjang. Kelakarlah.


4. Aku tak suka orang yang park di disability parking bay. Mungkin tak pernah tengok episod 3R yang Ras Adiba Radzi merayu supaya jangan buat begitu sebab dia selalu tak dapat parking spot itu. Parking spot manusia normal lebih kecil dan tak cukup ruang untuk kerusi roda, harap maklum. Kalau tak pernah tengok episod itupun, fikir-fikirlah. Kalau Tuhan makbulkan keinginan itu, baru tahu. Kalau aku nampak orang sihat park di tempat begitu, aku akan kata pada diri aku, “Cacat otak agaknya.”

5. Macam semua manusia normal yang tahu budi bahasa, aku benci orang yang potong queue. Dia ingat dia raja? Rajapun tak boleh potong queue sebenarnya. Kalau di Padang Mahshar nanti, queue dengan rakyat jelata juga. Tapi yalah, kalau bukan raja, lagilah teruk. Cut queue kemudian buat muka tak rasa bersalah. Rasa macam nak sergah dia cakap, “My God, are you stupid or are you stupid?!” Tapi aku benci konfrontasi yang boleh menyebabkan sakit jantung sendiri lalu bersabar sajalah.


Banyak lagi rasanya. Cukuplah dulu. Entri negatif tak perlu panjang-panjang. Tak elok sebarkan aura hitam secara berlebihan ke sekalian alam. Sudah, keluarlah kalian dari dunia beraura hitam ini. Pergi dapatkan warna pelangi dari dunia lain atau tunggu saja esok, mungkin aku sudah pulih lalu aku akan sebarkan aura merah saga dan kuning matahari. Mungkin.

Monday, August 17, 2009

"Where thou art - that - is home" - Emily Dickinson


I saw Hilary Duff’s sewing room in one of the episodes of My Celebrity Home. It was gorgeous! Beautiful dark wood furniture; matched with contrasting, cutesy knickknacks in bright fuchsia, turquoise and yellow. Simply gorgeous! But yeah, I am not sure whether the room would be user-friendly.

A ‘real’ sewing room should look like my Ibu’s; overflowing with fabrics, boxes and boxes of colour-coded benang, patterns drawn on brown papers, all types of jarum, gunting and what not, a huge table for drawing and cutting (much like the ones in Project Runaway), small ironing board and iron for quick fix, and yeah, left-over fabrics Ibu keeps simply because she is a fabric-hoarder. Ngeh! You get the idealah; how a sewing room should be.

Got side-tracked there. Heh. Maybe you don’t know this about me: I am obsessed with home makeover shows. Suka suka suka. I guess if I didn’t read the Law back then, I would have taken up Interior Designing. Not that I’m talented or whatsoever, saya cuma sangat suka. Dan dalam perkara kreatif, passion adalah the foremost important thing, no?

It is 1.15 a.m. and I have to wake up early for Court tomorrow but I’ve been browsing interior design photography on
We Heart It site since God knows when (gambar-gambar di situ sangat coolness, go have a peek) and couldn’t bring myself to stop. A few photos even brought some tears to my eyes because they’re too darn pretty!


Look at the wall! I’ve always wanted wall like that. Susunan frames of caca merba photos neatly lined up; so cute! I’ve been thinking of framing the lomo photos I have tapi tak buat-buat lagi. Maybe if I have more time in my hands. Best betul kalau duduk rumah kelebek rumah saja hari-hari. Oh but no, I don’t think I'd ever buy sofa in that shade of blue. I’m not that bold.


My oh my. Kalau dapat mini library (on the left) with comfy reading chair begitu, I promise I won’t buy any handbags for one whole year! And the red wall surprisingly has calming effect on me. Macam a bit rustic. How blissful it is to be able to sit there and read and leave all the troubles of the world behind. Aaaah. Or something like the one on the right would be fun too. Baring-baring sambil baca dan boleh tengok keluar tingkap bila mata strained. You know, like people do in the movies. Hahaha.


With study room like these, saya tak perlu dipaksa atau memaksa diri untuk bekerja bersungguh-sungguh. Awesomeness!


White kitchens are just the prettiest. Tapi tak mungkinlah saya akan memilih warna suci murni ini for a kitchen. I don’t even pakai seluar putih sebab saya cemerkap; let alone to pick a white kitchen. It is great in idea though.


This is a bedroom setting that IMHO, will never fail. Dinding putih suci murni with crisp white sheet and minimal deco. But yeah, white is so not for me.


I think buaian dalam rumah is very romantic. Tak tahu kenapa; probably because kebanyakan romantic Hindustani movies ada buaian dalam rumah. And if you really know me like my Hubby does, you’d know I suka suka suka buaian. Kan Marrybrown ada tempat duduk buaian sekarang? Saya rasa ia sungguh comel. And this buaian; it's adorable!


Drool factor. Closet! I personally think that Carrie of SATC has the best closet and Oprah has the most organized. Mahu mahu mahu! Cuma masalahnya, I don't have that many stuffs to store. Boleh kira saja my shoes and handbags. But what girl can say no to an organized closet like this?!



I adore mini knicknacks, I do I do I do.


Don’t you think plants make a room seems livelier? Yalah. I have one potted plant in my living room and I think it makes so much difference by just being there looking all green and pretty. Tapi lebih savvy jika tanam herbs like sage and what not. Cold Storage sells potted herbs at very reasonable prices. Maybe I will do that soon. Which reminds me, benih ulam raja yang Ayin berikan few months back belum tanam lagi. Ngeh.


For some unexplainable reason, I love houses with balconies; where you can sit together with your husband, talking and sipping tea while listening to him playing the guitar. Aaah, very romantic. Ngeh. I'm hopeless.


As you can see, I am a caca merba yang suka almost everything under the sun. I can’t wait to have my own place. I hope when that happens, I'll have idea terperinci on how I’d like it to be. Or maybe, idea berbeza tema for bilik berbeza; how fun is that?! For that to happen, perlu kerja kuat (ehem) dan simpan wang. But until the time comes, I am bersyukur for this rented place (which we may have to leave soon). So just you know, I believe in living in the now; saya percaya bahawa not having your own place does not mean you have to be pemalas dan biarkan rumah tanpa terhias. Kesian rumah tau. Like you, she likes to be dressed up all pretty and nice!


Sabda Rasulullah SAW: "Empat hal yang membawa kebahagiaan; iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, tetangga yang baik dan kenderaan yang selesa." [Riwayat Ibnu Hibban]

I have a lot more to share. But it’s 2.33 a.m. and I’ve got to get my beauty sleep. Oh and yeah, all photo credit goes to We Heart It of course. Good night, pretty-stuffs-loving people! I heart you pretty, pretty people!

Friday, August 14, 2009

"You're a romantic. You have a lyrical soul. You can love under the best and worst conditions." - Drew Barymore in The Perfect Catch.


My arwah Tok Wan was a scary old man. Kalau tengah main-main dengan cousins, nanti tiba-tiba dengar nama kena jerit, “Yanti!” Itu maksudnya masanya telah tiba untuk disoal siasat. “Baca Doa Qunut”. “Rukun Islam ada berapa?” “Hafal tak Surah Al-Ikhlas?” Tuhan sajalah yang tahu betapa menakutkan sesi soal siasat itu. Tapi memang didikan berhikmah.

Arwah Tok Wan saya pernah kata, “Kalau tak nak buat apa Tuhan suruh, jangan ambil satu apapun nikmat yang Dia beri.” Adik saya (yang masih kecil ketika itu) balas, “Oh tak boleh makanlah?” Hehe. Kids. Makan was the only nikmat we know back then. Arwah Tok Wan saya jawab, “Cuba jangan bernafas. Sebab udara untuk bernafas itupun nikmat. Nikmat hidup.”

Saya tahu semua orang tahu semua benda yang kita ada, semua nikmat ini adalah dariNya. Tapi saya nak cerita bahawa saya dapat pengajaran ini masa kecil dan sebab cara Arwah Tok Wan saya betul, ia melekat pada saya sampai sekarang. Ya didikan berhikmah.

Hari ini saya nak bersyukur pada Allah atas suatu nikmat yang saya telah perolehi. Nikmat bercinta secara halal. Cinta yang memberi tenang dan bahagia di dunia. Cinta yang menambah pahala buat bekalan akhirat. Alhamdulillah :) “And of His signs is this; that He created mates for you from yourselves that you might find quiet of mind in them, and He put between you love and compassion. Surely there are signs in this for people who reflect.” [Ar Rum 30:21]

And while I’m at that, saya nak berkongsi beberapa potong dari keindahan Surah Ar Rum dengan semua:

30:22 And of His signs is the creation of the heavens and the earth and the diversity of your tongues and colours. Surely there are signs in this for the learned.

30:23 And of His signs is your sleep by night and by day and your seeking of His bounty. Surely there are signs in this for a people who would hear.

30:24 And of His signs is this; that He shows you the lightning for fear and for hope, and sends down water from the cloud, then gives life therewith to the earth after its death. Surely there are signs in this for a people who understand.

Pendek kata, sesiapa yang sedar akan segala nikmat dan kekuasaanNya, akan beriman dan bersyukur. Tapi orang macam saya, selalu sangatlah alpa. Selalu sangat merungut tak habis-habis. Sedih belum dapat baby-lah. Merungut hendak naik gajilah. Dengki tengok orang kaya dapat shopping and travel here and there-lah. Tak habis-habis tak puas hati, tak habis-habis dengan kehendak dan keinginan. Ada saja tak kena.

Bila teringat, baru rasa berdosa. Baru teringat hendak bersyukur. Baru teringat hendak fikirkan orang lain yang less fortunate, yang kehendak dan keinginan ialah makanan berzat dan bukan handbag cantik baru untuk hari raya. Yang kehendak dan keinginan bukan untuk travel Europe tapi untuk berkemampuan hantar anak ke sekolah. Tapi selalu lupa lupa lupa! Sekarang masa tulis, ingat, nanti bila dirasuk syaitan, lupalah semula. Ngeh.

Nah! Lain kali kalau terasa mahu itu ini, tapi tak mampu lalu asyik merengek menyesali nasib diri, sila ingat gambar ini, macam mana students in Afghan ambil peperiksaan; berdindingkan hawa panas, beratapkan terik mentari, berlantaikan debu pasir! Ini note to self! Bersyukurlah Marliza Yanti!


Lepas lima minit nanti lupa baliklah. Gerenti. Ngeee.

Tuesday, August 11, 2009

Forget what we're told before we get too old
Show me a garden that's bursting into life
Let's waste time chasing cars around our heads
I need your grace to remind me to find my own


Pet Peeve ialah 'minor annoyance that an individual identifies as particularly annoying to them, to a greater degree than others may find it'. Pagi tadi JJ & Rudy bercerita tentang pet peeves mereka. Sebenarnya saya mahu senaraikan pet peeves saya juga tapi tiba-tiba saya tak mahu entri negatif lalu saya nak kongsi 9 Perkara Rambang Yang Saya Suka.


1. Saya suka bubbles. Representasi childhood yang indah. Reminds me of ketenangan main bubbles di taman bunga. One of my favourite childhood memories ialah ibu bapa bawa saya dan adik bermain di Taman Tasik Perdana. Ibu will pack some foods, Little Bro will bring his kasut roda and me, my books and bubbles. My dad will jog around the park dan jaga adik main kasut roda and Ibu will stay with me; main bubbles dan baca buku. Aaah childhood yang indah.

Hodoh betul wajah saya dalam gambar ini sebenarnya. Lantaklah. Gambar ini saya letak di Facebook saya dengan kata-kata ‘I like bubbles. Lest we forget our inner child!’. How apt!


2. Saya suka balloons atas sebab yang sama. Representasi keindahan zaman kanak-kanak. Representasi keceriaan di karnival; kanak-kanak berkejaran makan ais krim, carousel berwarna-warni, pink cotton candy, merry-go-around yang berkerlipan memanggil-manggil, teddy bears to be won, hingar bingar bunyi bumper cars, suara kanak-kanak menjerit riang, lagu-lagu dari alat permainan, dan tentunya pretty, colourful balloons.


3. Saya suka filem Setem. Saya rasa ia suatu produk Malaysia yang sangat bagus; skrip yang bagus didukung oleh pelakon-pelakon yang bagus dan digarap oleh pengarah yang bagus. Baiklah, pengarah itu bukan berasal dari Malaysia tapi mengikut majoriti pengkarya, ini adalah produk tempatan.

Tak perlu memek muka slapstik untuk hasilkan lawak bermutu. Tak perlu latar Sydney Opera House untuk dapatkan sinematografi yang cantik di mata laymen seperti saya. Tak perlu pelakon kacak untuk komersilkan karya. Setem buktikan tak perlu itu semua. Lalu saya suka.


4. Saya suka blog
Zahiril Adzim. Saya terjumpa blog ini melalui satu lagi blog yang saya suka, Hanis Zalika. Surprisingly Zahiril updates his blog on frequent basis. And he writes really well too. Saya selalu kagum bila jumpa Malaysian youths yang berbakat dan/atau bijak serta boleh menulis.

Kalau tak kenal Zahiril, dialah drug pusher yang hot dalam siri Kami. Dia aktif berteater tapi saya rasa mainstream fame dia bermula sejak Kami. Suami saya panggil beliau Ariel Malaysia. Beliau menang FFM baru-baru ini. Pelakon Lelaki Harapan. Tapi beliau kalah Shout Award kategori Hot Guy kepada Faizal Tahir. Banyak kan useless facts? Biasalah. Ngeh.


5. Saya suka majalah Women’s Weekly. Masa belajar, saya pelanggan setia majalah Eh! tapi sudah lama betul tak baca Eh! Rosie Haslinda, penulis kegemaran saya di Eh! sudahpun jadi editor majalah In Trend sekarang. Pertama kali beli In Trend dan tiba-tiba ada surat
Arin tersiar.

Saya suka juga brainless magazines. Kah kah saya malah baca URTV. Tidak, tidak, saya tak pernah beli, tapi di kedai mamak tempat suami saya gunting rambut, sentiasa ada URTV terkini maka saya akan baca setiap kali menunggu. Kah kah memang terlalu brainless, which suits me fine setelah letih 5 hari guna otak bahagian serius. Tapi ya, my current favourite magazine have got to be Women’s Weekly. Mungkin saya sudah matang.


6. Saya suka photography tapi saya tak berbakat langsung mengenai technicality. But I appreciate good shots dan mata laymen saya nilai photography hanya dari sudut estetika. Jangan tanya saya tentang penggunaan aperture or whatever, saya tak tahu.

Tapi nilai estetika bukankah bergantung pada penilai? Terlalu subjektif. Tempoh hari, sepupu saya yang gila photography tunjukkan website seorang wedding photographer yang beliau gemari. Saya sedikitpun tak suka gaya photography nya. Subjektif, kan? Adik saya pelanggan sebuah majalah photography. Ada pertandingan di dalamnya. Gambar pemenang itu, bagi saya, tiada apa-apa yang menarik. Tapi yalah, subjektif kan?


7. Saya suka Allahyarhamah Yasmin Ahmad. She is such an inspiration. Saya tonton channel YADK di ASTRO dan rasa terlambat sebab baru mahu rasa suka. I was never a fan of her movies; I liked Mukhsin, tapi saya tak pernah betul-betul minat Sepet and Gubra like others did. Tapi saya suka semua iklan beliau. Too bad she didn’t get the chance to contribute to the 1 Malaysia concept; she’d have done great, don’t you think so?

And Yasmin as the person she was adalah sungguh impressive; sungguh positive, sunggguh kreatif and passionate dan sungguh full of life. Such an inspiration! She said, rahsia kejayaan ada 3 saja, “Work hard, doa and be nice to your parents.” How very true.


8. Saya suka Baju Kurung Pahang. Saya rasa ia rekaan yang hebat sebab ia buat orang pendek nampak tinggi dan orang gemuk nampak kurus, which works fairly well for me. Kah kah. Kasihan saya gemuk dan pendek. I used to really like kebaya but I guess I have to lose a few kilos to be able to look good in kebaya again. Tapi memang cantiklah kebaya.

Cuba bayangkan kalau si genit Kirsten Stewart pakai kebaya nyonya. Bukankah comel lote? Tak acilah, kan? Kulit putih merah, rambut ikal mayang, tinggi lampai, mata light brown. Fazura yang comel berkebayapun boleh kalah kalau letak sebelah Kirsten Stewart berkebaya tau.


9. Saya suka Zee Avi. Saya hanya pernah dengar 2 lagu dia. Tapi saya suka the idea of Zee Avi and her inspirational success story. Kalau tak tahu, here’s some useless facts lagi. She posted a You Tube video as a gift for a friend. Dia nak delete after a few days but decided to just leave it there and surprise, surprise, she got a lot of positive feed backs and one singer actually posted her video on his website. Long story short, the White Stripes producer found her video, and the rest, as they say, is history.

Masih belum impressed? The talented Sarawak-born KL-bred girl has been featured in the Rolling Stone (she got 2-stars for her album review tapi tak kisahlah, to be reviewed by the Rolling Stone is good enough IMHO) and she is now touring the US. So young and yet so successful; touring America while I’m stuck in this 9-7 routine of mine. Yikes.

I guess I need your grace to remind me to find my own.

Wednesday, August 05, 2009

A dream is a wish your heart makes
When you're fast asleep
In dreams you will lose your heartaches
Whatever you wish for you keep



Sedang dengar lagu Rocket dari Yuna. Suara beliau sungguh menikam sukma menenangkan jiwa. Tolonglah pasarkan Yuna ke luar negara. Mungkin selepas itu orang Amerika boleh associate wanita berhijab dengan good taste and awesome talent. Bukan dengan terrorism and prejudice.

Pejabat sungguh sejuk. Tempat paling panas di Menara Pelangi ini ialah di kawasan tandas yang berair itu. Ironi sungguh. Jari-jemari saya sedang redha dengan potensi menghadapi frost bite. Siapa-siapa ada ikan mahu simpan beku, boleh tumpang di pejabat saya. Saya charge murah saja.

Mulai sekarang, saya wajibkan semua orang tonton Nur Kasih. Kalau anda jenis yang tak sokong produk Malaysia, saya beritahu, ia ditayang setiap Jumaat malam di TV3. Saya confess bahawa saya mula-mula tonton sebab heronya Remy Ishak. Kah kah. Juga sebab lagu latarnya sangat lazat lalu buat saya terpikat. Kemudian saya menjadi addicted. What not to like about Nur Kasih? Jalan cerita menarik ala-ala novel Alaf 21? Checked. Elemen Islamik? Checked. Brilliant cinematography? Tentulah! It’s Khabir Bhatia’s baby! Hunky lead actor? You bet! Ngeh. Pergi tonton lusa tau. Wajib.


Sekarang sedang dengar lagu Taubat oleh Opick. Kenapa di Malaysia tak banyak lagu ketuhanan yang hebat seperti lagu-lagu Opick dan Ungu? Yang liriknya menyengat, yang alunannya mendamaikan. Nasyid orang kita kebanyakannya sama saja lenggoknya. Kemudian video clip tepi tasik selang-seli di tangga masjid, pakai baju Melayu sama warna, songkok ada kerongsang untuk theatrical effect. Jangan dilupa choreography sejak sekian lamanya, angkat-angkat tangan a la Karam Singh Walia, dilakukan secara berirama dan berjemaah. Yasin, please lah buat lebih banyak lagu ketuhanan like the one you did for Nur Kasih. Ini rayuan saya.

Saya ada baca bahawa 99% of lawyers are giving the rest a bad name. Kah kah kelakar. Kalau berminat nak tahu apa terjadi antara saya dengan perempuan di pejabat saya itu, dengan sukacita saya beritahu, saya rasa usaha saya annoy beliau dengan menjadi annoyingly nice berhasil. Tak tahulah kalau perasaan saya saja. Tapi saya rasa ada perkembangan baik. Kindness itu betullah seperti boomerang. Atau mungkin sebab saya jauhkan perasaan negatif dari jiwa saya, lalu saya tak nampak perasaan negatif dari dia? Whatever the reason is, saya sungguh lega dan tenang.

Lagu Home oleh Michael Buble berkumandang sekarang. I’ll be going back home this weekend, by flight. My parents will back from Umrah tomorrow insyaAllah. They’re on their way to Jeddah right now. Tadi Ibu SMS beritahu bahawa dia sangat sedih selepas Tawaf Wida’. Saya ingat lagi, masa saya ke sana, sayapun menangis bila mahu ucapkan selamat tinggal pada Kaabah. Memang sedih betullah. Tapi sekarang saya gembira sebab ibu bapa saya akan pulang. Memang selfish. Ngeee.

Kartun Reggie Lee dalam The Star hari ini beritahu, Malaysia mempunyai kadar obesiti tertinggi di Asia, di mana 54% dari Malaysian adults are either overweight or obese. Malaysia boleh! Kah kah! But for real, what a scary statistic! So okay, they say that 43% of all statistics are worthless. But still! Oh my, what’s scarier ialah saya rasa saya termasuk dalam 54% tersebut. Huwaaaa! Saya declare di sini bahawa saya tak mahu kawan dengan siapa-siapa yang beli susu weight gain. Awas!

Gossip Girl is damn addictive. And Leighton Meester is the most adorable creature on planet earth. Ya saya sudah tulis ini di Twitter jadi fellow Twitters boleh buat-buat tak nampak penyalinan semula yang berlaku. Ngeee. Do you know that she was born in a prison to a criminal mother? How pretty is that criminal?! Mestilah kan, to give birth to such a pretty girl! I’m sounding like another Ellen Degeneres now. Heh. Leighton says, she will not let that affect the way she lives her life. Good for you, cutie-pie! Ngeh.

Hari ini rasa bosan nak bekerja. Mungkin sebab rakan sebilik telah cuti untuk berkahwin. Mungkin sebab hari hujan lalu mahu tidur di rumah. Or perhaps it’s the time of the month. Bosan, tapi tentulah masih kerja. I don’t have the luxury untuk tak kerja. Boleh ke tak nak pergi Mahkamah sebab bosan? “Dengan izin Tuan, saya bosan hari ini, mohon tangguh kes ke suatu tarikh lain.” Ingat Hakim peduli kebosanan saya? Boleh ke tak nak layan karenah klien sebab bosan? Klien saya telefon berkali-kali dengan suara yang garang, boleh ke saya nak cakap, “Saya bosan hari ini, esoklah saya layan kes awak”? Tak boleh! Sila menangis!

Saya suka what Lao-Tzu has to say about life. Oh kalau tak tahu, Encik Lao-Tzu ialah the father of Taoism. Fakta menarik tentang beliau ialah kononnya he was conceived when his mother gazed upon a falling star. Maybe I should gaze at the sky tonight. Untung-untung ada falling star dan saya boleh lahirkan philosopher hebat? Hahaha. Lawak berunsur sedih.

Fill your bowl to the brim and it will spill.
Keep sharpening your knife and it will blunt.
Chase after money and security and your heart will never unclench.
Care about other people's approval and you will be their prisoner.
Do your work, then step back. The only path to serenity.


Versi moden sebuah wisdom. Ngeh ngeh.


If your morale fails you, just remember that somewhere out there, ada orang sedang geledah tong sampah untuk beri makan pada anak. Ada orang homeless yang tidur di bus stop. Ada orang yang sedang potong keratan akhbar jawatan kosong dengan harapan dapat nafkah untuk keluarga. Ada orang sedang makan bubur nasi kosong sebab tak mampu beli hatta ikan bilis sekalipun. Ada orang sedang sapu sampah di tengah-tengah panas. Ada orang yang sedang berenang untuk masuk ke negara kita untuk dapatkan kerja lebih baik. Ada orang yang terpaksa jual diri untuk beli susu anak. Ada orang yang gadai cincin kahwin untuk bayar yuran hospital.

Macam Izaak Walton kata, "If you can't be content with what you have received, be thankful for what you have escaped."

Tuesday, August 04, 2009

The best love is the kind that awakens the soul and makes us reach for more, that plants a fire in our hearts
and brings peace to our minds
” – Noah, The Notebook.


I am a sucker for romance, inspiring wisdom, good deeds, random thoughtful acts of kindness and all sorts of sugar and spice and everything nice.

I couldn’t stop smiling yesterday after I saw a colleague buying a bouquet of roses for his fiancĂ© while we were waiting to board at the airport. Tak tahulah, it may be a small, humble bouquet but I think it’s a really nice gesture. We women like that sort of gestures. You know, the kind that shows that you were thinking of us when we were apart, that shows you adore us enough to not be ashamed of colleagues di sekeliling lalu membeli bunga sorok-sorok sikit (sebab kenalah maintain macho, kan?) but yeah, you do it anyway. I think it’s sweet. Like I said, I’m a sucker for romance.

And random thoughtful acts of kindness? That’s just the best. I just received a package, of 2 hardcover books and a pretty made-in-Istanbul bookmark from my Kindred Spirit’s little sister, Liya. She said it’s simply because I like to read and books are inexpensive over there in the UK. Ain’t that the sweetest? She didn’t have to go through all the trouble of choosing the right books and sending them to me but she did it anyway. Simply because.

Kalaulah more people boleh buat random thoughtful acts of kindness sebegini, I am certain that the world would be a better, brighter place.


Dave Barry in his book Things That Took Me 50 Years to Learn wrote, “A person who is nice to you, but rude to the waiter, is not a nice person.” I think so too! Do you remember this one scene in Sweet November when Keanu’s character realizes that his client was a jerk when he was rude to the waitress? Or this one episode of FRIENDS when Rachel’s dad asked the waiter, “Are you stupid? Is that why you’re a waiter?” That’s just plain rude. I actually know people like this in my life.

The way I see it, even if you just don’t really care about other people’s feelings and what not, just remind yourself that you might meet these people again on your way down. And if that doesn’t work, sedar-sedarlah yang waiter itu ada kuasa dan peluang to mess with your foods. One rude remark and you might end up eating the waiter’s saliva. Kalau tak faham, rent yourself a Road Trip DVD and you’d get what I mean. Kah kah.

Let us remind ourselves what someone wise once said, that “kindness, like a boomerang, always returns.” Hear, hear!