Sunday, May 31, 2009

"Even after all these years, the Sun never says to the Earth,
'You owe Me.' Look what happens with a Love like that.
It lights the whole sky
" – Hafiz, a Persian poet of 1300.



It’s Sunday and I’m already dreading Monday. I. AM. DAMN. TIRED. Damn tired of work and this exhausting routine of mine. Damn tired of settling for what there is. Yeah, yeah, I’m all thankful to Allah for everything but I keep feeling like there’s so much more to life than this. You know how sometimes you get that feeling? You don’t? Good for you.

Sweetheart, please take me away to a beautiful place far, far away where we can lose ourselves in love and happiness and nothing else. Sigh.

Wednesday, May 27, 2009

You're like an Indian summer in the middle of a winter
Like a hard candy with a surprise center
How do I get better once I've had the best



MASA UNTUK FAKTA-FAKTA TIDAK MENARIK MALAHAN TIDAK BERGUNA SAMA SEKALI. PERCAYALAH.

FAKTA PERTAMA:
Gambar-gambar yang menghiasi diambil guna kamera lomo. Ramai orang tak tahu apa itu kamera lomo. Some actually thought I misspelled LAMA menjadi LOMO. It’s lomo and it’s damn cool, people. Saya mahu didik yang tidak tahu, bahawa secara ringkasnya, lomography ialah satu teknik photography which emphasizes casual, snapshot photography. Gambar-gambar perlu ada karakter yang unik iaitu over-saturated colours and off-kilter exposure. Ada kamera khas untuk teknik yang cool ini, yang tidak mahal, tapi saya masih belum beli lagi. Siapa yang sayang pada saya, sila hadiahkan.


FAKTA KEDUA: I have the mandate to announce that the Firm is looking for another litigation lawyer to replace the one that got away (I’m so jealous of him!) I have been swamped with work lately dan otak saya sangat letih. Sesiapa berminat, mari memohon and come help ease the burden. Please?

FAKTA KETIGA: Perasan tak ada seorang manusia kacak di dalam X-Men Origins: Wolverine? Ya, beliau ialah Gambit. Saya baru perasan bahawa beliau adalah manusia kacak dalam Friday Night Lights. Beliau juga manusia kacak yang jadi pelakon tambahan saja dalam The Covenant. Ini fakta yang sungguh lagha but I can’t help but share; I’m obsessive that way.

FAKTA KEEMPAT: Hari ini saya hampir kehilangan gelang tangan yang Suami saya beri (yet again!) Satu rumah saya geledah seperti perompak. Hasil negatif dari kejadian ini ialah saya terpaksa mengemas semula rumah. Letih. Hasil positif ada tiga: (1) Saya jumpa gelang itu. (2) Saya jumpa satu lagi gelang emas putih yang Ibu saya beri 3 tahun yang lalu yang saya sangka telah hilang ditelan bumi. (3) My house is now spotless selepas dikemas dan dibersihkan. Hikmah comes in the simplest form, kan?



FAKTA KELIMA:
Majalah Galaxie senaraikan 11 Summer Movies yang wajib ditonton iaitu: (1) Transformers: Revenge of the Fallen, (2) Harry Potter and the Half Blood Prince, (3) Public Enemies, (4) Star Trek, (5) Night at the Museum 2, (6) Ice Age, (7) Up, (8) Hannah Montana, (9) Terminator Salvation, (10) Angels & Demons, (11) G.I. Joe: The Rise of Cobra. Saya telah tonton 3 out of 11. And strangely enough, the movie that I really want to watch now is Syurga Cinta. Ahmad Idham perlu berterima kasih kepada pemilih lagu latar bagi trailer Syurga Cinta itu; lagu latarnya alone yang buatkan saya teringin menonton. Seriously.



FAKTA KEENAM: Larry dalam Night at the Museum 2 kata, “The key to happiness is doing what you love with the people you love”. Adalah fakta bahawa saya tiada kedua-dua perkara tersebut. Adalah fakta bahawa someone at work pissed me off a few days ago. I was furious for a while sebab perempuan itu sungguh tak semena-mena mahu mencari pasal dengan sungguh tidak professional, but I decided to let it go. I decided that she is not worth my time. I decided to conquer negativity with optimism.

FAKTA KETUJUH: Saya rasa Are You Smarter Than A 5th Grader? adalah suatu quiz show yang sangat bijak dan menarik (I’m watching it as I’m typing this). And who would have thought it could be so damn funny as well?! Setiap kali menonton, perut saya akan sakit sebab ketawa banyak sangat. Host itu kelakar sangat; I admire his quick wit! Kalau mahu rasa bodoh, sila tonton. Sayapun sangka Buddhism berasal dari China. Rupanya dari India dan berkembang dengan hebat di China. Ini fakta tau. Sumpah rasa inferior kepada kanak-kanak comel yang bijak itu.

FAKTA KELAPAN: Kerja sungguh letih. It’s the same exhausting routine every single day. Sesungguhnya letih. So letih sometimes I think about menjadi penjual cotton candy di suatu fun fair yang sejuk dan fun, where I get to sell something sweet to happy people. Atau penggubah bunga untuk majlis perkahwinan selebriti terkenal, where I get to help make all things pretty for the happiest day of someone’s life. Atau cashier di suatu kedai buku, preferably Pay Less Book, where I get to read free books all day long. Or to be paid to travel and blog about it, where I get to do 2 things that I really, really love. Oh my, saya mahu, please?


LETIH. SEKIAN UNTUK KALI INI.

Monday, May 25, 2009

He didn't tell me how to live; he lived, and let me watch him do it.”
- Clarence Budington Kelland, 1881-1964.


My old man turned 51 yesterday and we were home to celebrate his birthday. My dad has always been my hero. Dari kecil saya ada keyakinan bahawa as long as saya ada bapa saya, I’ll be fine. Saya tahu saya tak perlu takut apa-apa dalam dunia. Saya tahu bahawa dia akan sentiasa berikan, mahukan dan doakan yang baik-baik saja untuk saya. Saya tahu ada seorang lelaki yang sayang saya lebih dari segalanya.

And as long as I know that, I know I’ll always be okay.


Bapa saya yang sorokkan cekak dari Ibu untuk elakkan saya kena marah. Bapa saya yang tak kisah belikan sanitary pad sebab saya pemalas keluar rumah. Bapa saya yang beri, beri, beri tanpa pernah minta, minta, minta. Bapa saya yang pujuk saya belikan saya walkman pada usia 14 sebab tertengking saya depan sepupu-sepupu lalu saya merajuk marah. Bapa saya yang menangis pada hari dia tinggalkan saya di sekolah asrama penuh.

Bapa saya yang kumpul kayu-kayu untuk buat pondok kecil untuk saya main rumah-rumah. Bapa saya yang tolong saya dengan Pendidikan Seni sebab saya pemalas berkerja seni. Bapa saya yang masih mahu berikan wang pada saya sampai sekarang dan kalau saya tak mahu wang, akan belikan barang. Bapa saya yang sentiasa penuhkan peti aisnya dengan makanan kegemaran saya. Bapa saya yang menangis pada hari dia serahkan tanggungjawabnya kepada suami saya. Bapa saya yang satu itu, yang comel dan penuh dengan kebaikan, dia yang saya sayangi dengan sepenuh jiwa.

Live long and prosper, Bapak! I love you more than love. Always.

Wednesday, May 20, 2009

Those who bring sunshine to the lives of others
cannot keep it from themselves
” - James Matthew Barrie


The firm recently lost one of our litigation lawyers to one major Johor company. This, tuan-tuan dan puan-puan, results in expansion of my portfolios, or in the honest reality of the situation, kerja yang bertimbun-timbun. But yes, I still find time to update this blog because that’s just the way I roll; all kerja, kerja, kerja non-stop sampai kepala hampir explode will only make AM a dull girl. Heh. Okay, saya memang already dull but you don’t want me to become duller (is there such word?)

The rest of us litigation lawyers jokingly asked the account department, “So, since his portfolios are all divided among us, what about his salary?” Of course the answer was mendukacitakan. Kerja tentulah dapat, gaji tentulah tidak. Heh. Anyways, kelmarin was the first day of the many hectic days ahead. Dan kelmarin juga, Allah in all His Mighty and Love, telah menentukan bahawa suatu tazkirah menyentuh jiwa dapat saya dengar on my way home from a hectic day at work. Tentang IKHLAS. Maha Suci Allah.

Kadang-kadang, kerja yang kita buat memang tidak akan dapat balasan dan penghargaan yang sewajarnya dari manusia. Gaji sikit, pujian pun tak ada. Tapi kita perlu ingat, bahawa kalau kita kerja dengan ikhlas kerana Allah, Allah Yang Maha Adil itu akan kurniakan kita pahala, yang tentunya jauh lebih baik dari segala ganjaran dan pujian manusia. Allah berfirman: “Ikhlas itu ialah suatu rahsia daripada rahsiaKu yang Aku titiskan dalam hati hamba-hambaKu yang Aku kasihi.”

Ngeee. Mari kita istighfar ramai-ramai, kawan-kawan. Astaghfirullah.

Myself of all people, rasanya memang tak pernah sampai darjat itu, darjat ikhlas bekerja kerana Allah. Ada saja nak complain. Ada saja tak puas hati. My work ethic is simple: Buat kerja dengan betul supaya tak menyusahkan diri di kemudian hari. And you don’t want me to get started on my work motivation. Haha. Ia adalah gaji dan datelines and ketakutan kepada Mahkamah/Boss/Klien. Siapa macam saya, angkat tangan! Eleh tak nak mengakupun tak apa. Biarlah saya mengaku sendirian. Ngeee.


Memang susah untuk ikhlas. Kalau hari ini Bos tanya, “Do you think you deserve to be paid more?” my answer would surely be yes. Gaji sikit, tak dapat kumpul duit untuk travel the globe. Gaji sikit, tak dapat beli rumah idaman. Gaji sikit, tak dapat makan mewah lazat-lazat. All those little worldly pleasures lah senang cakap; untuk dapatkannya, perlu ada gaji. Lalu gaji seolah-olah jadi the supreme motivation. Susah, susah. And praise and compliments, well, it’s just natural, we human thrive on that. Kalau hari ini Bos kata, “You did a very good job”, tentulah saya akan gloat dengan kebahagiaan. Hahaha. Susah, susah.

Oleh itu, myself of all people, paling tak layak untuk preach about ikhlas. But yeah, I just thought I’d share an excerpt from the tazkirah, sebab kadang-kadang bila ada hembusan-hembusan yang mengingatkan macam itu, akan buat kita tersedar, walaupun sekejap cuma.

Lalu bila saya dapat hembusan itu kelmarin, saya tidak mahu selfish dan ingin sampaikan hembusan pada semua. Boleh?

After all, bukankah ikhlas itu suatu rahsia yang takkan mampu kita ungkai? Bukankah ikhlas itu, philosophically explained, adalah seperti semut berwarna hitam yang berjalan di atas batu berwarna hitam pada malam yang gelap-gelita? Huhu. Go figure.

Monday, May 18, 2009

"You’re like my own personal brand of heroin
- Edward Cullen to Isabella Swan, Twilight the movie.


Akhirnya. I finally had the chance to sit down and watch the much-talked-about Twilight. I just had to see for myself what the fuss was all about. I mean, the movie is an international phenomenon! It grossed over 351 million and had all girls go ga-ga over Robert Pattison; I just gotta see it lah. Hehe. I may be a tad too old to fall head over heels for the movie, but I have to confess that I did. The movie is cheesy, alright, but I really liked it! After all I’m known for appreciating all things cheesy (Exhibit A: Akademi Fantasia). Hehe. The Husband called me a hopeless romantic because I went “Aaaaawh” “Aaaaah” “Huwaaa” throughout the movie. Ngeee. Stunning cinematography with beautiful, beautiful people all wrapped up in one intense tale of forbidden love; what’s not to like? My favourite lines in the movie (apart from the one I quoted as the title above) have got to be these:

Edward Cullen: “And so the lion fell in love with the lamb.”
Isabella Swan: “What a stupid lamb.”
Edward Cullen: “What a sick, masochistic lion.”

Menyampah tau comel sangat. Haha. I read somewhere someone tulis dia tak faham why the sudden craze with this Pattison guy sedangkan masa dia berlakon Harry Potter, semua orang tak pedulipun dia. I think it’s simply because semua orang itu jatuh cinta with the idea of Edward Cullen sebenarnya; the intense-looking, intoxicatingly gorgeous vampire. I should know, I have a 16-year-old cousin as an exhibit. Haha. I gotta get myself a copy of the book-lah. Siapa nak sponsor?

Speaking of book-based movies, I watched Angels & Demons yesterday and yeah, it was good. Kalau kelip-kelip mata bukan suatu yang automatik, saya mesti tak akan kelip sekalipun. Heh. Again, I am deeply at awe dengan kehebatan Dan Brown for coming up with such gripping, complicated tale! Kagum betul. I must say that I prefer this one to the Da Vinci Code; I don’t exactly know why, but perhaps it has to do with the fact that Tom Hanks spotted a nicer hairdo this time around. Hah!

I can’t wait for Cecilia Ahern’s If You Could See Me Now to be made into a movie. Tolonglah, producers mana-mana, I already have an Ivan in my mind. Speaking of which, I finished reading Sunday’s At Tiffany’s few weeks ago and can’t help but noticed that there are some uncanny resemblance with the 2 books! Terlalu sama, okay! But since I read the former book first, saya menjadi bias and did not like the latter. Siapa publish dulu, jawab! Siapa ciplak siapa, sila mengaku!

Oh! I just have to get this out of my system. Refer Exhibit A. I hated the Finale. I despised each and every song they chose for the contestants. Nasib baik aku tak pernah mengundi, kalau tidak, memang TV rumah ibu mertuaku telah pecah dibaling dengan botol air. Ya, memang menyampah betul.

I certainly hope that the American Idol Finale would be much, much better (d’oh!) It will be a very interesting battle of the extreme opposites; the adorable crooner, Kris Allen versus the rock star (or rock god as Kara put it, overly-excited that she was), Adam Lambert. And yes Ayin, ada jugalah similarity between Lambert and Cullen although Cullen lebih intense dan Lambert lebih kelembutan. Is he really a gay? But what difference would it make if he were? He’s still a great singer and, albeit the likeability contest that it is, AI is a singing competition, lest we forget.

What is this? Apakah entry ini? Caca merba reviews on just about everything and anything? Haha. How I wish I could go home and grab a good book atau tidur dengan nyenyak sekarang ini. I guess Dod was right when she said this about me: “AM dengan TV, buku dan tidur bagai irama dengan lagu.” Ngeh ngeh. Yeah I guess, I’m shallow that way. Hah!

Wednesday, May 13, 2009

"Act as if what you do makes a difference. It does."


My heart goes out to my Little Bro; he is having some problem graduating due to some mishap even though he has an outstanding CGPA! How’s that for irony? Rasa helpless sungguh tak dapat do anything in my power to help him. Kalau saya Siti Nurhaliza, boleh juga saya pergi jumpa the relevant person dan rasuah dia dengan tiket konsert saya atau LV handbags (sebab Siti Nurhaliza ada semua koleksi LV, I was told?) supaya tolong adik saya itu. Tapi saya cuma insan kerdil tanpa kuasa, apatah lagi wang. Yang saya ada, cuma doa yang tak pernah putus untuk keluarga yang saya sayang. Sedihlah. Bak kata Chika yang comel, sedih secara banyak.

Letihnya belajar, kan? Tentu, masa belajar was the most fun I had with friends, tapi memang letihlah. I was not a good student back in STF. Banyak main, banyak tidur, banyak menguasai Common Room untuk tengok TV, banyak meniru. Definitely not a teacher’s pet-lah. More like Pak Yem’s nightmare. Hahaha. But I was determined to change that in uni.


Alhamdulillah I did very well in uni, malah better than I expected of myself. But I had my ups and downs. I failed once! I failed English, for Heaven’s sake! Can you imagine that?! Seorang Law student yang fail English. Saya sungguh malu, tak tipu. How did I manage to fail English?

Dengan percubaan tunjuk pandai. Soalan ada 2 set, A and B. Soalan were based on this English Lit we studied the whole sem, The Importance of Being Earnest (“TIOBE”) and Death of a Salesman ("DOAS") (Thanks to Zul kerana mengingatkan). If you choose to answer TIOBE questions in Set A, Set B juga perlu jawab soalan bagi TIOBE. Tapi saya memandai jawab soalan TIOBE untuk Set A dan saya pilih untuk jawab soalan DOAS untuk Set B. In my defence, apa salahnya? That only goes to show that I read both books by heart! Hahaha. Tapi tentulah, ini Malaysia, lojik akal mana boleh overrule technicality, dan lecturer saya ketika itu langsung tak mahu bantu, and so I failed. For the first time ever in my uni years.

Although I can always tell myself that I did not fail on merits, tapi memang down-lah ketika itu. Zaman belajar, exam results-lah segalanya. Belum tahu lagi betapa lagi banyaknya cabaran masa kerja. So I repeated one semester of English and got an A to rub in the lecturer’s face. Hah!

Ini juga menyusahkan saya ketika mahu sambung belajar LL.B (Honours) because my transcript was not updated. For some reason, seolah-olah saya failed dan tak pernah repeat. Oh my, there I was, with my 3.45 LL.B CGPA, tapi tak dapat sambung belajar sebab benda bodoh begini. I so hate technicalities begini. Thank God for Puan Farizah yang membantu. Setiap kali orang bantu saya tanpa balasan sebegitu, saya akan buat janji dengan diri saya sendiri yang saya akan contohi sikap begitu and give back to others. To her it may be a simple gesture but it meant the world to me.

Macam cerita The Kid and the Starfish-lah. Once a man was walking along a beach. The sun was shining and it was a beautiful day. Off in the distance he could see a kid going back and forth between the surf's edge and and the beach. As the man approached he could see that there were hundreds of starfish stranded on the sand. The man was stuck by the apparent futility of the task. There were far too many starfish. Many of them were sure to perish. As he approached, the kid continued the task of picking up starfish one by one and throwing them into the surf. As he came up to the kid, he said, "You must be crazy. There are thousands of miles of beach covered with starfish. You can't possibly make a difference." The kid looked at the man. He then stooped down and picked up one more starfish and threw it back into the ocean. He turned back to the man and said, "It sure made a difference to that one!" Ingat tau, we can make a difference!

Tuesday, May 12, 2009

"Because I am a woman, I must make unusual efforts to succeed. If I fail, no one will say, She doesn't have what it takes. They will say, Women don't have what it takes." - Clare Boothe Luce


I made a pact with myself to be a good sport this Mother’s Day; so I wished all my first-time-mom-friends Happy Mother’s Day and attended a family gathering celebrating the day. Inspired sedikit oleh Sandra Bullock who was quoted to say this when asked about her not having her own child: “I am not going to waste two seconds of my life wishing I had what I don’t.” Sayapun mahu begitu, Puan Sandra, except that it’s hard to do so when people keep reminding you of that every two seconds. Haish.

[Mohon izin tiru Puan Leeds menampal FB status, ya Leeds ya?
Oh, and happy birthday! Have a good one!]


Menyampah, okay? Even more annoying sebab orang-orang yang tanya itu tahu apa yang baru berlaku kepada saya. Give me a break-lah. First, I need to be physically and emotionally ready to try again. Second, please be sensitive-lah, it’s not that I choose not to have children, Allah belum mahu berikan, what can I do about that selain berdoa? (But even if I choose to merancang, it’s my life and I have every right to do whatever I want with it!) And third, yeah, it’s none of your business anyway.

I know some of them meant well. So I tried to remain cool sambil chanting dalam hati, “Mereka berniat baik. Mereka berniat baik. Mereka berniat baik.” My mom has taught me well supaya behave, jangan buat perangai; lalu saya hanya senyum dan minta mereka doakan. Kemudian dalam kereta, Suami sayalah yang kena layan melankoli saya. Nasib baik dia faham.

Tapi sampai hari ini saya masih sayu. Entahlah, saya rasa well-meaning people akan guna cara lain untuk menunjukkan niat murni, macam, “Makcik doakan AM akan jadi ibu juga satu hari nanti, jangan putus harap, doa hari-hari, Makcik hari-hari doakan AM.” Hah, kan sedap didengar kalau begitu? Confirm saya menangis terharu kalau dapat ucapan penuh hikmah begitu. Hahaha. But I guess, lain orang, lain caranya. Saya hanya perlu yakin bahawa semua orang ini berniat baik. Huhu.

I remember reading satu blog entry yang sangat sedih few years back. This blogger, after 2 years of trying, finally got pregnant but had to abort her baby at 4 months due to some complications. So on Mother’s Day, she wrote a very melancholic entry tentang kesedihan dia. Ketika baca entry itu, saya menangis sikit. I remember thinking, this could happen to anyone. But some people can be so insensitive; tinggalkan komen yang dia kufur sebab tak percaya dengan takdir Allah etc etc. I don’t remember anything dalam entry dia yang tunjukkan dia tak percaya pada takdir, dia hanya mahu kongsi perasaan sayu dan kecewa. Komen-komennya lebih kejam sebenarnya, but I don’t remember the exact words. I don’t know about you, but I think komen-komen begitu malicious and utterly unnecessary. Lainlah kalau jelas dia salahkan takdir. Ini tidak. Dia cuma sedih. Tukang beri komen itu tak pernah sedih eh, atas apa-apa yang menimpanya? Haish. Saya tahu, menegur untuk dakwah itu wajib, tapi tolonglah jadi sensitive sedikit dan berdakwah dengan lemah lembut. Bukankah Allah telah berfirman?

"Serulah (manusia) kepada jalan Robbmu dengan hikmah
dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka
dengan cara yang baik."
(Q.S.16:125).


Yalah, yalah, maybe I’m being too sensitive. But I’m just human. Manusia mana yang emosinya tak pernah terganggu? Terutama jika ada anasir luar. Oh! Or maybe I should suppress my emotion, mencontohi masyarakat Vulcan? Heh. Which reminds me, dah tonton Star Trek? You should, especially if you grow up watching Captain Kirk and his crew. Hehe. Sorry-lah for the melancholic entry on this gloomy Tuesday. Have a good day and “live long and prosper”, people!

Sunday, May 10, 2009

"My mom is a neverending song in my heart of comfort,
happiness, and being. I may sometimes forget the words but
I always remember the tune.
" - Graycie Harmon


Saya tak tahu the depth of kasih sayang Ibu. Sebab kata orang, kita hanya boleh faham kasih sayang ibubapa bila kita alaminya sendiri. But I certainly know that kasih sayang saya pada Ibu memang tak boleh diukur.

Masa kecil saya sebenarnya takut pada Ibu. She was what we call the ‘bad police’ dan Bapa saya main peranan as the good one. I guess kebanyakan keluarga pun begitu; ibu mendisipilin dan bapa memanjakan. Kalau buat salah kecilpun saya akan mengaku pada Bapa dan minta bantuan dia supaya Ibu tak marah. Ada sekali saya patahkan cekak, takut betul, pergi mengadu pada Bapa dan dia tolong saya sorokkan cekak itu daripada Ibu di belakang almari. Comel kan Bapa saya? Tapi usaha Ibu disiplinkan kami telah bawa kebaikan dalam hidup saya, saya percaya. Macam kata-kata Pearl S. BuckSome, "Some mothers are kissing mothers and some are scolding mothers, but it is love just the same, and most mothers kiss and scold together."

Masa remaja, hubungan saya dan Ibu berjarak jauh sebab saya belajar di sekolah berasrama penuh. Setiap minggu rasanya Ibu hantar surat atau bungkusan penuh berisi jajan kegemaran saya. Masa remaja memang selfish, masa itu, saya fikir jiwa saya saja, saya sajalah yang rindu pada rumah. Saya lupa Ibu mesti lagi perit, lepaskan anak perempuan yang seorang ini berdikari seorang diri, sedangkan sebelum itu, kapur kasutpun tak pandai. Tapi lagi comel, sebab Bapa saya menangis masa tinggalkan saya kali pertama di STF itu. Saya ingat Ibu buat-buat macho, supaya saya macho juga. A tough one, that woman is.

My relationship with her bertukar kepada satu fasa yang lebih menyeronokkan ketika saya di university (hingga kini). We became best friends. It’s even more fun being best friends with your own mom because she loves you unconditionally, won’t judge you for anything, gives her all, and speaks the truth. Kalau dia rasa saya gemuk, dia beritahu saya, “Yanti nampak berisilah.” Kalau dia rasa saya kurus sangat, dia ambil secawan fresh milk dan letak depan muka saya sambil cakap, “Cengkung sangat, takut Ibu tengok.” Ibu saya memang comel.

Pendek kata, saya sayang sangatlah Ibu saya itu. Saya bersyukur pada Tuhan kurniakan dan masih pinjamkan saya Ibu saya. Saya doakan Ibu sentiasa bahagia dan diberkati hidupnya. Saya mohon pada Allah agar mudah-mudahan saya diberi nikmat menjadi seorang ibu supaya saya boleh jadi ibu yang sama hebat seperti ibu saya. Happy Mother’s Day to my mom and to all moms out there. You guys are the best!

Friday, May 08, 2009

All of the times when everything is wrong
And you're feeling like there’s no use going on
You can’t give it up, I’ll help you work it out
And carry on side by side with you till the end
I’ll always be the one, a shoulder to cry on


Dr. Fadzilah Kamsah itu comel sangatlah. Dia ajar, kita kena selalu ingat pada pasangan kita. Kalau tiba-tiba teringat, tadah tangan dan doakan pasangan. Contoh doa dia beri, “Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon pada Kau agar gelapkanlah pandangan suamiku dari melihat perempuan lain dan cerahkanlah pandangannya untuk melihat aku dan ibunya sahaja.” Comel ke tak comel tu? Kan comel sangat, kan?

Kenapa Dr. Fadzilah Kamsah sangat berjaya? Saya rasa sebab cara dia beri nasihat sangat dekat di hati. Penuh hikmah. Guna contoh-contoh yang dekat dengan masyarakat dalam pendekatan yang mudah dan comel. Saya rasa sebab dia faham. Tak semua Motivator faham. Tapi Dr. Fadzilah, dia faham. And it helps that he has this adorable chuckle yang buat kita rasa happy.

Which reminds me, semalam ada kawan saya suruh saya jadi Motivator. Dia kata, kalau ada masalah, cerita pada saya, mesti dia rasa tenang. I was truly flattered. Ngeee. But I get that all the time from my best friends. After all, they don’t call me Biro Pengaduan AM for nothing. Hehehe. I guess I understand the need of a shoulder to cry on. Sometimes all we need is a listener, kan? I have my own ‘shoulders’; they come in the form of the best people in my life, my Mom, my Husband, my Kindred Spirit Far, my best friend Ayin and my darling angels. Kadang-kadang kita bukan mahu nasihat. Most of the time, kita hanya mahu seorang sahabat yang faham. Someone who we don’t have to explain ourselves to. And I thank Allah for He has blessed me with them. Saya harap saya sentiasa boleh jadi seorang sahabat yang baik dan membawa kebaikan.


In the words of Prophet Muhammad (s.a.w.), "The example of a good companion and a bad companion is like that of the seller of musk, and the one who blows the blacksmith's bellows. So as for the seller of musk then either he will grant you some, or you buy some from him, or at least you enjoy a pleasant smell from him. As for the one who blows the blacksmith's bellows then either he will burn your clothes or you will get an offensive smell from him."

Saya harap saya sentiasa dapat jadi penyebar wangi-wangian dalam hidup anda. Have a blessed Friday, sahabat-sahabat sekalian!

Thursday, May 07, 2009

I am, indeed, a king, because I know how to rule myself
- Pietro Aretino, 10 May 1537


Tahu tak the 90/10 Principle yang Encik Stephen Covey ajar? That 10% of life is made up of what happens to you but 90% is decided by how you react to it. That we really have no control over 10% of what happens to us. “We cannot stop the car from breaking down. The plane will be late arriving, which throws our whole schedule off. A driver may cut us off in traffic. We have no control over this 10%.” But we can definitely control how we react to the circumstances around us. Memang betullah. Masa saya baca artikel itu, saya memang percaya dan setuju. Tapi hari ini, sesuatu yang sangat jelas berlaku pada diri saya sendiri, that demonstrates how freaking right Stephen Covey is.

Kisah Pertama: Berlaku beberapa minggu lalu. Di kaunter tempat parking. Saya dan kakak penjaga kaunter parking. Saya beri dia RM50 untuk bayar harga parking RM4.80. Dia marah saya sebab beri RM50. Saya marah balik, cakap itu saja yang saya ada. Saya beritahu dia, “Saya pergi Mahkamah, mana ada tempat tukar duit.” In my defense, saya marah-marah sebab I was a having a bad day, biasalah, perkara-perkara berbangkit di Mahkamah. Dia bebel-bebel. Saya cakap, “Mana boleh tak ada change. Sini kan kaunter bayaran.” Dia marah balik, “Kalau semua orang dari pagi bagi RM50, macam mana nak ada?” Kemudian dengan wajah mencuka, dia beri saya baki dalam note RM1 dan syiling. Neat. Saya geram. Terus text Suami saya, “Susah sangat ke kerja jaga kaunter? Jaga kaunter pun nak bitter macam tu?” lalu saya bad mood beberapa jam.

Kisah Kedua: Berlaku hari ini. Di kaunter tempat parking yang sama, kakak penjaga kaunter yang sama. Di situ sebenarnya penjaga kaunter bertukar-tukar, nasib sayalah ketika nak bayar guna RM50, masih penjaga yang sama, but I was determined to be nice this time. Saya beri dia RM50.20 untuk bayar harga parking RM3.20. Dia bebel lagi. Tapi saya jawab dengan baik kali ini dan minta maaf. Lalu dia senyap dan bersungguh-sungguh mencari change, and when she handed me the RM47 change, dia minta maaf sebab banyak note RM1. Saya tak marah dia, dia tak marah saya, and I left feeling happy, albeit the 20 keping RM1.

Saya tahu ini kisah remeh. Saya tahu Encik Stephen Covey telah ajar prinsip ini dengan contoh yang lebih menarik. You can read more about the principle HERE. Tapi ini kisah yang jelas, saya rasa. Sebab melibatkan orang dan situasi yang sama. The only difference was the way I reacted to it, lalu menghasilkan sentimen dan outcome yang lebih baik. Yeah, it’s no rocket science. Semua orang optimis tahu perkara ini, tapi tak semua orang yang optimis sepanjang masa. Sebab ada orang yang seperti saya, yang perlu diingatkan selalu, lalu saya mahu kongsi peringatan ini.

Then again, bukankah kita manusia yang serba kekurangan? Semalam saya dengar tazkirah di IKIM tentang sifat sombong; seorang caller berkongsi sesuatu yang menyentap jiwa saya. “Kita manusia ni, kalau tak makan, lapar. Tak tidur, mengantuk. Pandang depan, belakang tak nampak. Tapi masih nak sombong?” Kawan-kawan, tolong pandang-pandangkan belakang saya masa saya sedang pandang hadapan, boleh?

Tuesday, May 05, 2009

"Choose a job you love, and you will never have
to work a day in your life
" - Confucius



Menurut Your Name Dictates Your Job yang dihantar oleh Farah Laily, saya sepatutnya ialah seorang SUPERHERO. Wow. I’d be one very lazy, very unreliable superhero, jika benar. Bersyukurlah saya hanya seorang peguam.

Dulu juru latih silat saya pernah beritahu bahawa nama saya bermaksud BERANI. Saya tak tahu mana dia dapat idea itu, sebab saya tahu nama saya tiada makna dalam apa jua bahasa. Maybe he was just flirting with me. Hah! Correct me if I’m wrong, ya, fellow Marliza(s). Tapi kalau juru latih saya itu betul, then I’d make one very brave superhero. Sungguh coolness.

Muka Buku yang addictive itu pernah beritahu bahawa Pekerjaan Yang Sesuai dengan saya ialah DOKTOR. Ia kata begitu sebab ia tak pernah tengok result Biologi dan Kimia saya ketika SPM. Kalau tidak, Muka Buku pasti akan beriaksi seperti guru Kimia saya, Puan Lim, “Marliza, awak mahu ambil apa selepas ini?” “Mungkin Law, Cikgu”. "Oh baguslah”, kata beliau sambil membuat wajah lega. Kekejaman. Tapi keputusan Biologi saya sebenarnya agak baik (for my standard, that is) dan Fizik saya paling baik antara ketiga-tiganya sebab kelas Pak Zul adalah fun! (Bodek Cikgu sedikit sebab tahu kadang-kadang Cikgu membaca blog picisan ini. Ngeee)

Seorang senior lawyer pernah tanya kenapa saya mahu jadi peguam. The honest answer would be, because it seems like the most natural thing to do sebab saya ada Law Degree. Ngeee. Lalu, mengapakah saya took up Law? Senior lawyer itu tuduh sebab saya dulu seorang school debater (sebab secara stereotaip, kata beliau, ramai debater yang rasa mampu jadi peguam). Saya kata tidak (saya sebenarnya tak tahu mengapa). The most credible reason could be kerana saya dilahirkan dalam keluarga yang hampir dengan Undang-Undang; bapa saya dan kedua-dua datuk saya ialah pegawai polis. Mungkinlah kerana itu. Bila saya jawab begitu, senior lawyer itu tiba-tiba teruja sebab rupanya bapa dia juga pegawai polis. Nice.

Adik-adik, jangan jadi peguam sebab anda pandai Sejarah. Sebab tak ada kena mengena langsung. Undang-Undang bukan satu kursus menghafal ya. Kalau anda pandai hafal, anda mungkin akan lulus, but you won’t be the kind of law student/lawyer you should be. Kalau anda pandai languages, ini mungkin membantu. Kalau anda pandai berdebat, ini juga mungkin membantu di Mahkamah nanti. Mungkin ya, mungkin.

Tiba-tiba beri career talk di sini. Sebenarnya mahu cakap, sesiapa ada kerja kosong yang bergaji lumayan, silalah offer pada saya. Saya tahu di KL/Selangor itu banyak; hari-hari Jobstreet menyakitkan hati saya dengan menghantar e-mail memberitahu. Tapi saya tak mahu tinggalkan suami yang saya cintai itu di Johor yang permai ini, saya cuma mahu cuba kerja baru. Saya sudah bosan dan sedikit letih (tapi saya sesungguhnya bersyukur masih bekerja di zaman gawat ini, alhamdulillah). Kalau jawatan SUPERHERO juga boleh. Saya akan jadi superhero yang berani, saya janji!

Monday, May 04, 2009

Philosophy is questions that may never be answered.
Religion is answers that may never be questioned.



Beberapa minggu lalu kami tonton Crossing Over at the cinema. Nothing to shout about actually, other than the censorship, or lack of it that is. We actually saw some boobies on the screen, okay? Siapa yang luluskan? Tak fahamlah. Itu lulus. The comedy Stacked pula rated PG13. Mengapakah? Sebab Pamela Anderson berlakon? Pelik. Anyways, if anything, I think Crossing Over provides another reminder of American paranoia and Islamophobia. If you ask me, I think that they are one bongkak bangsa. Bongkak dan perasan bagus. Baiklah, bukan semua tentunya but I’m referring to Americans as a whole. I know I’m guilty of generalizing sekarang ini. Malaslah nak explain. If you get it, you get it. Got it?

The reason I’m writing about the movie ialah kerana saya mengaku bahawa mereka berjaya menimbulkan sedikit ketakutan pada saya. Ada satu watak, Tasleema namanya, a 15-year-old girl who came to the US from Bangladesh when she was only 3. This girl, whose mother tongue is English, went to American school and cannot speak Bangladesh at all. One day she wrote an innocent article, sympathizing with the courage, if not the methods, of suicide bombers. Her teacher thought that the article is somewhat menakutkan and that she could be a threat to the US government, lalu melaporkan kepada FBI. How’s that for freedom of speech, huh? Other aggravating factors, according to the FBI Agent, were the facts that (a) she wears the hijab; and (b) she’s interested in Islam (as evident by the religious websites she regularly visits via her personal computer). As a result, Tasleema and her mother were sent back to Bangladesh, leaving behind her father and her siblings, bagi membolehkan mereka dapat hidup yang lebih baik. Paranoia dan kebongkakan all rolled into one. Nice.

The Husband joked that I could never go to the US now, with my tudung and the Quran translation bookmarked as Favourites in my personal laptop and the many Islamic applications installed to my iPod. But I say he’s no lesser threat either, with that name and that goatie, memang tak selamatlah. Haha. I actually know of some people who changed the way they dress to blend in demi keselamatan. Astaghfirullah. Saya mohon kasih sayang Allah agar kuatkan iman saya dari keinginan untuk melanggar perintahNya semata-mata kerana takutkan manusia. Ameen.

Have a blessed Monday, God-fearing people!