- Elizabeth Gilbert, Eat Pray Love.
Thursday, February 26, 2009
- Elizabeth Gilbert, Eat Pray Love.
Wednesday, February 25, 2009
Some excerpt from The Last Lecture: This is beautiful advice that I got from Jon Snoddy, my hero at Disney Imagineering. I just was so taken aback with the way he put it. “If you wait long enough,” he said, “people will surprise and impress you.” As he saw things, when you’re frustrated with people, when they’ve made you angry, it just may be because you haven’t given them enough time. Jon warned me sometimes this took great patience – even years. “But in the end,” he said, “people will show you their good side. Almost everybody has a good side. Just keep waiting. It will come out.” --– Chapter 36, Look For the Best In Everybody.
Bertanyalah pada kawan-kawan rapat saya, anda tentu akan tahu bahawa saya memang jenis yang percaya bahawa semua orang, hatta sejahat mana sekalipun, pasti ada kebaikan dalam diri mereka. Saya suka beri peluang. Saya suka mahu percaya that there is goodness in every single soul. Call me naïve; that’s just who I am. A notorious killer may be a doting son. An adulterer may be a devoted mother. A wife beater may be a good employee. A hot-tempered boss may be a loving husband. A lousy staff may be a loyal partner. Kita tak tahu. Kita hanya perlu percaya.Saya suka betul episod Ugly Betty semalam sebab Betty juga seperti itu. Dia percaya Daniel tidak mungkin akan membunuh. Dia percaya payungnya tidak mungkin dicuri, mungkin cuma ada orang pinjam. Some said she was being naïve, but no, saya setuju dengan dia, she has faith. Dia percaya dengan kebaikan. Dan dia betul in both instances.
Tapi kadang-kadang saya gagal. Saya gagal untuk beri peluang. Saya gagal untuk percaya dengan kebaikan. Hari ini saya katakan, saya jadi gagal untuk percaya bila saya terus-terusan diuji dengan sikap negatif sesetengah pekerja di sini. Saya lemaslah dalam aura merah ini. Kadang-kadang saya rasa mahu menempelak saja. Sekali kena tengking, baru diam kot. Saya selalu bayangkan saya kata pada seseorang, “Kalau pandai sangat, apa kata berhenti kerja dan pergi ambil law degree.” Saya selalunya diamkan saja. Saya cuba lawan sikap negatif mereka dengan sikap positif saya.
Kadang-kadang saya berjaya, kadang-kadang saya gagal. Hari ini saya gagal. Tapi saya mahu terus percaya :)
Monday, February 23, 2009
When my whole world was gray
You gave me everything and a little bit more
And when it's cold at night
And you sleep by my side
You become the meaning of my life
[Shopping cart kami di Pasaraya Gergasi pada hari Sabtu tempoh hari]
One of my favourite activities as a married couple is going groceries shopping. Don't ask me why. I just do. It's just so much fun. Sebenarnya I like doing just about anything with him, but yeah, inilah salah satu darinya. Sometimes it's the simple things like this yang buat aku rasa bersyukur that I have him in my life. Funny little thing called love, this is.
Initially I wanted to write something about being best friends with your spouse, something I read in The Star last week but I am so darn sleepy! And it doesn't help that it's raining kucing dan anjing out there! Tak mahu pedulikan kerja dan mahu tidur, boleh tak? Suara hati dengan gangguan syaitan berkata: "Go ahead. Just close your door and tell your secretary you tidak mahu diganggu sebab nak buat research, they'll understand. Then go ahead pakai blazer, pakai stokin, tidurlah dengan nyenyak." Suara hati tanpa gangguan syaitan pula berkata dengan simple: "Tak boleh. Tak berkat." Tekalah suara hati yang mana yang menang? Ngeee.
Friday, February 20, 2009
I'm enjoying it while I'm enjoying it"
That’s what I’m gonna do today; instead of whining dan mengada-ngada menjadi depress atas sebab-sebab tertentu, I decide to look at my HALF FULL GLASS and pile a lot of little happiness yang ada dalam hidup saya ini.
My Husband is back! Safe and sound and healthy dan menggembirakan dan amat sangat mencambahkan rasa cinta. Ngeee. Isn’t that a good reason enough to be very, very happy? But wait, there’s more!
I sailed through my Performance Appraisal yesterday, thanks to the Boss (my immediate superior) who put in very good words about me and my work to Datuk (the Big Boss). Alhamdulillah. Among all, saya paling appreciate sekali when the Boss told Datuk, “She has very good attitude”. Attitude! My mom must be so proud of me! Ngeee. Percaya tak sudah 6 bulan saya bekerja di situ? Pantas betullah masa berlalu.
Two of my angels got transferred to JB and that makes 4 of us here! It feels so good knowing that your favourite girls are just a phone call away :)
I am thankful that I am healthy. Although my headache is killing me as I am typing this, tapi sakit kepala sikit-sikit, tak apalah, telan saja panadol dan endure lah sikit pain untuk hapuskan dosa-dosa kecil. Bukankah?
In a week, I’m going away on a short trip to Medan with the Husband, my parents and the Little Bro. Oh my Tuhan, I can’t hardly wait! Well yeah, Medan is no Paris, but still, it is a getaway from work and the hassle of everyday life! Dan lebih seronoknya, a getaway dengan empat manusia yang paling saya sukai dan sayangi! Nothing beats that.
Banyaklah little happiness lain yang boleh saya pile up. Rumah yang menerbitkan ketenangan setiap kali pulang kepadanya. Kawan pejabat yang mengurangkan derita kerja. Kehilangan 1 kg setelah beberapa hari tidak makan nasi (sila kagum). Kejayaan elak dari keterlaluan berbelanja lantas berjaya simpan wang gaji lebih dari bulan-bulan sebelumnya. Hujung minggu yang dalam masa beberapa jam lagi akan tiba. Bahagia!
Banyak, banyak dan terlalu banyak lagi little happiness yang boleh saya pile up, jika saya mahu. Anda juga boleh, jika anda mahu. Cubalah, look at your HALF FULL GLASS and start piling up your own little happiness, okay? Wednesday, February 18, 2009
Walau dunia tak seindah syurga
Bersukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia selamanya
Cinta kepada hidup memberikan senyuman abadi
Walau ini kadang tak adil tapi cinta lengkapi kita
1. Kalaulah aku “big and bright” macam Betty Suarez. Okay not the big part; the bright and bubbly and optimistic part. Aku suka betul siri itu kerana ia colourful dan ceria, tapi yang paling utama kerana aku suka Betty yang cukup positif. An epitome of optimism, that Betty is. She proves that with the right attitude, you can survive anywhere. After all, most of the time, it’s not WHERE you are, it’s WHO you are. Bukankah?
2. Kalaulah hari ini aku buka setin minuman gas tiba-tiba terjumpa ibu jari manusia (seperti Phoebe dalam episod FRIENDS pagi tadi) dan dapat USD7000 sebagai compensation, kan seronok. Okay, yucky, but seronok. Heh. Although if I fight in Court, I am confident I’d be able to get more. Ehem. Donoghue vs. Stevenson, anybody? Heh. Masalahnya aku tak minum minuman gas. Langkah pertama telah gagal di situ ya.
3. Kalaulah aku boleh menyanyi seperti Steve Wright (who is, by far, my favourite Season 8 American Idol female contestant), sudah tentu aku akan mencuba nasib dalam One In A Million. Bukan AF, sebab aku bukan nak popular. Aku cuma mahu satu juta. Kemudian aku boleh bercuti tanpa gaji dan bawa Suami dan keluarga aku berjalan satu dunia. Kemudian aku sambunglah jadi peguam seperti biasa. Boleh?
4. Kalaulah boleh kembali ke zaman belajar seketika, aku mahu! Tinggal di rumah comel Seksyen 7 with my girls. Menahan sejuk beku dalam Lecture Hall yang seperti Kutub Utara kemudian keluar nikmati White Coffee, Nasi Lemak Abang Mat dan Custard Pie ketika rehat. Ronda-ronda di Midvalley bersama girlfriends, kongsi makan Sushi King, tengok movie bodoh-bodoh alang, masuk semua kedai kasut tapi tak beli satupun, masuk MPH duduk berjam-jam tapi beli majalah saja. Bestnya zaman belajar! Jadi, buat sesiapa yang masih belajar, do not take for granted zaman itu, tau!
5. Kalaulah ada Doraemon, perkara pertama yang aku nak minta dari robot bulat biru itu ialah untuk dia bawa aku lompat-lompat di awan. Alangkah nyamannya. Scientifically, I don’t think that is possible (correct me if I’m wrong), tapi ya, kalau Doraemon itu boleh wujud, bukankah maksudnya anything is possible? Heh. Kindy nak join? Anyone else?
Akhir kata, these are another 3 of my favourite books:
Please be warned that this not an exhaustive list, maka mungkin aku akan kerap berkongsi buku-buku yang aku sukai supaya kalian boleh terus berkongsi buku yang kalian sukai! Masyarakat membaca, masyakat berilmu!
Tuesday, February 17, 2009
The first recipient of The Last Lecture Giveaway, Yan Yan!
Happy belated birthday, Yan Yan darling!
Hope you’ll like the book as much as I do!
For some reasons, I am not feeling too chirpy today. I miss my Husband badly. My roommate is on leave lalu merasa sunyi. Kerja menimbun-nimbun. I miss my angels; it’s been a while since we last hang out all the 9 of us! Oh I so miss you girls! I miss chatting with
Anyways (perenggan di atas adalah selingan random untuk berkongsi mood negatif lantas menjadi a bag of toxicity), if I have to list only 3 of my favourite books ever (selain The Last Lecture), they would be:
If you’re an avid reader who (in Joey’s words) read for pleasure, please share with me your favourite books. Spread the joy. See if you can help improve my mood. Ngeee. Just shoot me lah.
Monday, February 16, 2009
I was debating with myself whether to update this space with our recent trip to Kota Tinggi Resort or to write something about budaya membaca, until I saw this news on my Facebook page, posted by Sis Munirah:
Baby at 13! Cue jerit ramai-ramai sambil angkat tangan a la Janice, “Ooooh my God!” At 13, he’s merely a child! Oh my, a child having a child.Get this: He is 13. She is 15. They are still in school. They are not married. The boy is living on allowance from his parents. The girl’s father is unemployed and her big family of 7 has been living on government’s benefits. Work the probable equation, people.
Alfie told The Sun, “I didn’t know what it would be like to be a dad. I will be good, though, and care for it.” Oh how very sweet, but excruciatingly naïve as well! My oh my, perasaan saya sungguh bercampur-baur.
And get this: Schools in Britain have been conducting (hugely expensive) sex education programs! Yet? What went wrong? Oleh itu, perlukah sex education program diperkenalkan di Malaysia? This has been an ongoing debate for so long, tahap merimaskan. Abstinence; adakah ia perlu dididik? Atau cukup dengan didikan agama? Entahlah, IMHO, kalau didikan agama sudah cukup, tak perlulah didikan seumpama itu lagi. Masalahnya, banyak keluarga yang kurang tegas dalam didikan agama lalu sekolah perlu mainkan peranan untuk mendidik. Sukar betul jadi pemimpin, perlu buat all such crappy decisions. Thank God I’m just a commoner with a common job.
Anyways, I like what The Sun columnist, Jane Moore has to say about this: “12 years old boys should be playing football and videogames – not having sex and playing dad.” So true! Rewind sikit 14 tahun yang lalu (darn, saya sungguh tua!), at 13, I couldn’t care less about boys! Perhaps this is due to the fact that I went to an all-girls-boarding school but even so, at 13, boys were the last things on my mind. The only boy I cared about at 13 was Robbie Williams, but that’s understandable, kan? Ngeee.
Akhir kata, I wish Alfie and Chantelle all the luck in the world. I have the feeling that they’re gonna need it.
Friday, February 13, 2009
in all of us” - Zac Goldstein
Religious view aside, I think Valentine’s Day is plain silly. Saya setuju betul dengan cynic perspective that V-Day is just another holiday invented by greeting card and chocolate companies. Don’t get me wrong; I’m all for romance and celebration of love, but designating 14 February for that purpose, IMHO, is plain silly. Couples in love sepatutnya mahu dan perlu express your love for each other setiap hari.
Expression of love need not be big. Tak perlu beri roses setiap hari sebab di Malaysia ni roses memang scarce hence pricey. Tak syoklah kalau dapat bunga kertas kan? Tapi sesekali kalau dapat roses, would be nice. Ehem.
Tak perlu sewa billboard to express I LOVE YOU, WIFEY. SMS sudah memadai and if you’re a fan of exhibitionism, then shout it out at your loved one’s Facebook wall or Friendster page. Free and easy.
Chocolate adalah murah. If your woman adalah easy-to-be-pleased seperti saya, Cadbury pun cukup. Tak sampai pun RM5. Sekala-sekala kalau pergi tempat bebas cukai macam The Zone atau Langkawi, belilah overseas chocolate. Jangan beli coklat kelapa sawit pula ya. Rupa cantik, rasa fail.
Macam-macamlah cara untuk express love everyday. Quick hugs and kisses sebelum berdengkur. Spend time dengar masalah kerja. Minum-minum at your favourite café after a long, hard day at work. Beli her favourite snack. Apologize. Call in to check her at work, simply because. Saying I LOVE YOU sebelum hang up phone. Letting him spend some time with his friends. Cook for each other. Help do the dishes. Saying thank you. Letting her watch girly shows on 8TV on Tuesday Girls Night. Macam-macamlah.

Oleh itu, jangan terpedaya dengan dakyah V-Day. Ia hanya a religious celebration made popular by pop culture. Saya rasa tak perlulah saya preach tentang Islam perspective on the holiday because as a Muslim, anda sudah tentu sudah tahu. Now, it's your "personal choice" lah. Whatever.
Cuma, dari sudut ekonomi, tak perlulah kita buat lubang pada wallet kita untuk beli overpriced roses and candies atau untuk makan di restaurants that will overcharge you dengan alasan V-Day adalah hari yang overbooked.
Anyways, I pity those yang merancang untuk ke Konsert Rihanna V-Day ini; now you’d have to make other plans or else your girlfriend akan meletup dan belasah you like Brown did to Rihanna. Ngeee.
I don’t know about you. That’s just my dua puluh sen. Spread love!
Thursday, February 12, 2009
1. Aku tak faham kenapa wujud racism. Aku tak faham keperluan column BANGSA dalam apa-apa jenis borang. Benda-benda macam inilah yang buat sentimen keakuan itu jadi kuat. Aku Melayu, kau apa? Tolonglah. Sedangkan kad pengenalan pun tak ada tulis bangsa. Tulis agama tak apalah, itu penting. Bangsa? Apalah sangat? Bukannya dalam kubur nanti Malaikat tanya, “Kamu Bumiputera ke?”
2. Aku tak faham kenapa ada pengikut parti politik yang obsess melampau. Sokong sudahlah. Pergi undi. Kalau rasa nak buat bigger change, pergi bertanding; be a real agent of change. Tak perlulah baring-baring atas jalan. Tak perlulah agung-agungkan membuta tuli. Tak perlulah mengamuk-ngamuk tak tentu pasal sondol-sondol polis. Kau ingat polis tu suka ke kerja macam tu? Jadi human shield, tembak-tembak gas kat orang, tolak-tolak perempuan bertudung labuh. Polis tak sukalah. Lagi seronok dia balik tengok Raja Lawak dengan anak-anak dia tau.
3. Aku tak faham kenapa ada pekerja yang tak faham status dia sebagai pekerja? Kenapa dia rasa dia layak kutuk peguam lain kepada aku? Kau pekerja, peguam itu bos kau. Sila ada sedikit perasaan hormat; aku tak suka dengar kau kutuk colleague aku, mempersoalkan kebijaksanaan dia, walaupun aku bukannya suka sangat colleague aku tu, faham? Adakah aku kelihatan macam sukakan gossip liar sebegitu? FYI aku tak suka. Kalau gossip tentang Chris Brown belasah Rihanna, yang itu aku minat.
4. Aku tak faham kenapa masih banyak sign boards yang tak pandai menggunakan KE dan DI. ‘SILA JANGAN LETAK KERETA DISINI’. DI dan SINI perlu dijauhkan, faham? ‘DI LARANG MEMBUANG SAMPAH’. DI dan LARANG perlu didekatkan, faham? Ya Rabbi, bukan susah sangat! Perit mata aku tengok tau. Lagi perit kalau kesalahan dilakukan di bangunan-bangunan kerajaan. Check your grammar, people!
5. Aku tak faham bila orang asyik cakap “menutup aurat itu personal choice”, macam seorang perempuan yang menulis Letter to Editor di dalam NST recently. It’s not, darling. Sebagai seorang Muslim, bila anda kata begitu, samalah macam anda kata, “menunaikan solat itu personal choice”. It’s not kan? Wajib kan? Aku tak pernah ada judgment terhadap sesiapa yang tak menutup aurat. Sebab hanya Allah yang ada hak untuk mengadili iman. Aku tahu akupun bukannya menutup aurat dengan cara sebenar-benar yang dituntut Islam; tapi aku tak pernah kata, “menutup aurat dengan cara sebenar-benar yang dituntut Islam is a personal choice”, because I know it’s not. Percayalah, it’s not a personal choice, darling, it’s not. Ia kewajiban yang akan dituntut oleh Allah di akhirat nanti.
Wallahualam. Maaflah ya, this is the PMS talking. Akupun tak faham kenapa aku tak faham sangat. Biarlah ya. Ngeee.
Tuesday, February 10, 2009
good person that spreads joy" - Drew Barrymore, my Optimism Hero.

Alahai. Jika anda tak tahu hujung pangkal kerana sibuk dengan kekecohan di Perak atau lebih gemar baca tentang Zila Bakarin yang masih seksi walaupun 8 months pregnant, sila ke sini untuk baca sikit, okay?
Aku asyik terfikir-fikir bagaimana equation ini akan berakhir = Ibu Tunggal + Tidak Bekerja + Ada Anak 6 + Baru Beranak Kembar 8 = Disaster?
Tak semestinya. Kalau hidup ini semuanya Sains, maka semua akan ada jawapan yang definite. x + 5 = 11. Apakah x? Definitely 6. Tidak akan boleh ada jawapan lain, macam mana pun kita cuba ubah, jawapannya tetap 6. Melainkan ubah pemboleh ubah (d'oh) Correct me if I’m wrong; saya hanya dapat kepujian untuk Add Math, much to Pak Yem’s dismay. Ngeee.
Tapi hidup ini tak definite. Kalau kita ada law degree dan kepetahan bercakap, kita tak semestinya akan jadi litigator. Sebab hidup ini tak definite. Menjadi litigator hanya akan jadi satu keberangkalian. Tapi bukanlah suatu x yang definite. Mungkin kita minat rancangan Gerak Khas lalu apply jadi polis. Masuk polis, kalau ada degree, terus dapat jadi officer. Mantap. Atau sejak remaja teringin jadi cikgu cool macam Great Teacher Onizuka yang kacak? Tentulah akan apply KPLI sesudah dapat ijazah. Mantap.
Jadi, bagaimana dengan equation itu? Ibu Tunggal + Tidak Bekerja + Ada Anak 6 + Baru Beranak Kembar 8 = Disaster kah? Perhaps not. Kerana dia nampaknya bijak? Requesting USD 2 Mil to appear on Oprah? That, tuan-tuan dan puan-puan, is very smart of her. Kalau Oprah jemput aku datang jadi interviewee, aku sanggup buat personal loan untuk beli tiket flight. But the octuplet’s mother, she demanded money from Oprah. The Oprah, okay! Smart tak smart? Jadi, kita tak tahu. Disaster hanyalah kebarangkalian, bukan x yang definite. Mungkin dia akan jadi reality TV star selepas ini. Kita tak tahu. Sebab tak ada x yang definite dalam hidup ini. Sekian.
Sunday, February 08, 2009
Be it ever so humble, there's no place like home;
A charm from the sky seems to hallow us there,
Which, seek through the world,
is never met with elsewhere.
Home, home, sweet, sweet home!
There's no place like home,
Oh, there's no place like home!
- John Howard Payne
Home oh home sweet home,
why oh why do I love thee?
I love that I'm able to put my own personal touch anytime, anywhere. Sila faham, this is big for me. I used to live with my Mom, whose idea of interior decorating is everything red and every corner crammed. Don't get me wrong, I love her with every single cell of my body, but I much, much prefer minimalism. But her answer to me was always, “Ini rumah Ibu. Nanti Yanti dah ada rumah sendiri, do it your way." Thank God I now do. Ngeee.

Yes Yan, that’s the letter/key-holder you got us for our wedding. I love the rug we got from Ikea, walaupun ia suka memerangkap habuk. I love the wood flooring and the pretty door; thank you, Tuan Rumah, for your fine taste. And I love the Husband’s guitar; self-explanatory.

I love the shower though I wish we’d install water heater soon. I love my humble kitchen. Yes Ayin, that’s the Aussino set you got me for my last birthday. Oh I definitely love my washing machine; the second thing on my home-must-have-list, after TV of course.

I love the yellow lightings. I love our new dining table we got from Homelife; dark brown solid wood and black tempered-glass, we fell in love instantly. I love the cute-looking daisies from Ikea. I love the langsir pasang siap I bought in Reject Shop (yes, they sell pretty looking langsir on budget price, tahu tak?) And we love the throw we got from Ikea; sungguh comfy to cuddle in together sambil menonton TV. Oh we love our TV to bits!

And I love the Husband! After all, isn't home is where your heart is? And you know where my heart is :)
Friday, February 06, 2009
Baby anyhow I'll get another toy
And everything will happen and you wonder
Wafaa was wondering why in the world thousands of people turned up for American Idol audition when they can’t even sing to save their lives!
1. I (too) wonder: Why oh why? Are you tone-deaf? Are your family and friends tone-deaf as well? Atau mereka begitu bencikan anda dan mahu lihat anda malukan diri? Or you know that you can’t hold a tune but you just desperately crave for that 5 minutes of fame? Kasihanlah.
2. I wonder: Is she bitter because she has no friends or does she has no friends because she is a bitter person? Macam chicken and egg issue pula.
5. I wonder: Italians has this saying; “The sweetness of doing nothing.” Saya teringin mahu tinggal di Itali dan hidup gaya orang Itali, lepak-lepak minum-minum espresso di coffee shop; tapi Suami saya kata, “Kalau orang Itali buat, nampak macam enjoy life. Kalau pakcik-pakcik kat kampung melepak kat kedai kopi, nampak macam pemalas”. Betul juga. I wonder why?
6. I wonder: Will I be able to brave the crowd at the Metrojaya Warehouse Sale? I’m not good with crowds. Not in pemalu sense like my dear friend Ayuni (alolo comel comel gadis pemalu). But in the sense that aku jenis malas meredah. Tapi the sale is up to 70%! Tempting, isn’t it?
9. I wonder: Mengapa saya suka lagu muda-mudi remaja? Saya suka lagu Destinasi oleh Bunk Face. Saya suka lagu Divine Masters (yang penyanyinya Lotter of AF4 fame itu). Saya suka lagu Sixth Sense yang mendayu tapi catchy itu. Adakah pengaruh adik saya yang muda-mudi remaja? Atau saya ini sebenarnya muda-mudi remaja at heart? Ehem.
10. I wonder: Why does lunch hour lenyap in a blink of an eye? Why does 30 minutes feels like 15 seconds jika klien tiba-tiba mahu legal opinion within 30 minutes? Mengapa oh mengapa masa berlalu pantas tatkala kita tak mahu masa berlalu pantas? Sigh.
Thursday, February 05, 2009
He who knows himself is wise.
~ Lao-tzu, Tao te Ching
I’m babbling. My point is, I am fat. Okay, not fat. Bertambah berat badan. As a matter of fact, I gained 4 kg! Most seluar tidak memberi keselesaan and for the sake of decency, some of my blouses tidak boleh dipakai buat sementara waktu. Huhu. Ya, di sebelah ini ialah gambar terkini. Sengaja tidak letakkan gambar penuh kerana bimbang lebih ramai yang mahu bertanya “Are you expecting?” Tapi as you can see, muka saya penuh macam bulan. My Husband loves it when saya buat muka (konon-konon) comel dan cakap “Saya bulan”. Nampak sangat memang saya bulat macam bulan. Huh.There you have it, Miss Angel. One out of 16 Random Facts About Me. Saya selalu rasa susah nak senaraikan random facts tentang saya sebab dalam 6 tahun saya berblog, too much about me have been revealed; have you not known me already? But for the fun of it, saya lakukan jugalah TAG ini dengan apa-apa fakta yang saya terfikir ketika ini, boleh?
[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this]
1. As has been established earlier, saya (kini) gemuk.
2. Saya suka makan ayam. Bila saya makan ayam, akan tinggal sehingga tulang kering yang tak boleh dipepak lagi. Tanya Far kalau tak percaya. Tapi saya (cuba untuk) tidak makan kulit ayam.
3. Saya rasa Marble Cake dari kedai kek Season adalah antara kek paling sedap di dunia, selain Chocolate Indulgence oleh Secret Recipe.
4. Saya kini sedang membaca buku The Broker oleh John Grisham. Ya, saya suka membaca. Saya tahu saya belum review tentang buku The Last Lecture seperti yang Zaza minta. Suffice to say lah, Zaza, I keep the book in my car dan baca berulang-ulang kali tanpa jemu (ketika terperangkap dalam kereta); that’s how good I think it is.
5. Saya tidak pernah ada beg tangan LV atau Coach atau yang seharga dengannya. Saya rasa beg tangan yang termahal yang pernah saya belipun tidak ada yang lebih RM500. I’m cheap I know but I just don’t see the point in spending thousands on merely handbags! (Check with me again bila saya dah kaya, okay? Ngeee)
6. Saya amat cinta dan amat suka Suami saya, boleh tak? Silalah roll eyes.
7. Ibu saya adalah role model saya kerana dia sungguh positive. Semua orang yang kenal ibu saya akan find an instant liking for her; she’s just full of life dan menggembirakan!
8. Saya selalu rasa nak create an anonymous blog bagi tujuan mengomel tanpa segan silu tentang pejabat atau orang-orang sekeliling yang memenyampahkan. Itu menunjukkan sifat mazmumah memang tebal dalam diri saya. Ia belum terlaksana kerana saya takut banyak sangat dosa. Oh judge lah me all you want, see if I care. Ngeee.
9. Adik lelaki saya adalah seorang yang fun. Saya bersyukur sebab Tuhan beri saya adik yang boleh jadi kawan baik saya.
10. Bapa saya yang cool itu pula selalu muncul dalam rancangan 999. Hahaha. Tidak, Mazidul bukan bapa saya.
11. Hari ini saya rasa mahu makan malam di Uda, mahu makan Sup Tulang Aliff yang teramat sedap itu. Sudah 2 malam makan di rumah, saya kepingin mahu ngedet dengan Suami di luar.
12. Saya rasa yogurt kelihatan / bau / rasa seperti vomit. Maaf.
13. Saya malas pakai mekap. I read in NST today a spread about make up bertajuk The Bare-Faced Truth dan terasa bila penulis kata, ‘I have always thought that women who greet the world barefaced are mistakenly overconfident and lazy’. I’m guilty as charged. Lazy, bukan over-confident.
14. Saya teramat suka one liner jokes yang mantap.
15. Saya benci orang kurang pandai berlagak pandai. Case in point: S*hamsul G*hau G*hau in Raja Lawak Musim 3. Dia patut ingat pesan orang tua-tua, jangan cakap banyak-banyak sangat, nanti orang tahu level otak kita (ada kan pesan orang tua-tua begini?)
16. Saya kini rasa laparlah, which explains Fact Numero Uno *sigh*
I am done. So now I have to TAG 16 people! Ayin. Ayuni. Zaza. Arin. Yatt. Hakimi. Farah Laily. Reena. Ila. Wahida. Tuan Zul. Zul lagi seorang. Sis Sasha. Wafaa. Anak Mami. Dan Mazia, an angel of mine :) Have fun, ya!
Tuesday, February 03, 2009
Sally is at home when she hears someone knock at the door. She goes to the door and opens it to see a man standing there. He asks Sally, 'Do you have a vagina?' Shocked, she slams the door in disgust. The next morning she hears a knock at the door and it is the same man and he asks the same question to her, 'Do you have a vagina?' She slams the door again.
Later that night when her husband gets home, she tells him what has happened for the last two days. The husband tells the wife in a loving and concerned voice, 'Honey I am taking tomorrow off to be home just in case this guy shows up again'.
The next morning they hear a knock at the door and both run for the door. The husband whispers to the wife, 'Honey, I'm going to hide behind the door and listen. And if it is the same guy I want you to answer yes to the question because I want to see where he is going with it'.
She nods to her husband and opens the door. Sure enough the same fellow is standing there and asks the same question. 'Do you have vagina?' 'Yes' she says. The man replies, 'Good! Would you mind telling your husband to leave my wife's alone and start using yours?'
Hahaha kantoi big time lah the husband. Huhu. Kecurangan suami adalah sesuatu yang digeruni semua kaum isteri. Saya ada baca banyak tips untuk elakkan suami dari curang tapi saya rasa nak komen terhadap 4 tips ini.
1. Masak. The way to a man’s heart is through his stomach. Yeah right. Ramai saja makcik-makcik yang kerja dia hari-hari masak, masak, masak tahap tak tahu nak masak apa dah, tapi suami ada affair dengan kerani kat office yang goreng telur pun hangus. Sebenarnya ini isu attitude suami. Juga takdir lah. Tidak, saya bukan skeptical kerana saya malas masak, ya!
2. Beranak. Sebab kalau tidak, ini akan jadi alasan yang (konon-konon) kukuh untuk suami cari isteri lain. Tapi ada orang yang saya kenal yang hidup berdua sampai akhir hayat. Ada saudara saya yang chose to adopt. Ada jiran saya yang bela kucing berpuluh-puluh to fill the void. Sekali lagi, attitude, kan? Ramai juga yang anak dah 12 tahap tak ingat nama anak nombor 5 dan tak mampu beli buku sekolah anak nombo 11 tapi mahu tambah 12 anak lagi dengan orang lain.
3. Jangan berjauhan dengan suami lama-lama. Jangan tinggal jauh-jauhlah katanya. Bos saya kata, “Tengok Norman dan Abby, duduk sebumbung pun boleh jadi macam tu, itulah sebabnya tak boleh duduk asing-asing”. Tapi, pendapat saya, sebenarnya kalau memang jenis yang suka buat hal, jadi juga. Kalau jenis baik, duduklah seorang di kutub utara seorang di kutub selatan pun, tak ada masalah. Sekali lagi, masalah attitude. Dan takdir. Tapi tinggal bersama memang best lah. Imagine having your best friend (almost) 24/7 with you. Kan best?
4. Selalu tukar bed sheet. Ini lawak. Saya selalu tukar bed sheet, tapi ia adalah sebab saya bukan pengotor. Masalahnya, it’s not the bed sheet lah makcik, orang atas katil tu yang pakcik tu nak tukar.

Lalu saya simpulkan, kecurangan suami sebenarnya adalah berkaitan dengan sikap masing-masing dan tentunya takdir. Saya doakan kita semua dijauhkan dari malapetaka ini (tahap malapetaka?), kecualilah anda mahu dicurangi atau diduakan. Eh jangan tak tahu, ada orang yang nak bermadu. Ibu saudara saya contohnya, selalu paksa bapa saudara saya cari isteri lagi, dia mahu payung emas katanya. MasyaAllah, kuatnya iman.
Monday, February 02, 2009
instead of a second-rate version of somebody else"
Seriously-lah, I think the whole idea of blogosphere came from Doogie Howser. In the show, NPH played the main character, Dr. Doogie Howser, a resident surgeon at the age of 16. ‘He keeps a diary on his computer and every episodes typically end with him making an entry in it’. Sound pretty much like blogging to me. Ngeee. Owh, and I liked the show too. Strangely kan, tak pernah pula saya rasa teringin menjadi doktor walaupun minat siri itu. Hmmm. Perhaps from early on, I already knew that I’m not cut for science stream. Hahaha. Ketiadaan otak sains. Lemah betul.It’s freakishly amazing that I’ve been blogging for 6 years now. 6 years! I started blogging simply because I’ve got too much going on in my head that I needed to vent out dan mengeluarkannya. Bersyukurlah kawan-kawan, that I blog instead of membebankan anda dengan fikiran-fikiran merepek saya; at least dengan cara ini, you can make the choice, mahu baca atau tidak. Heh.
Saya juga memblog kerana I like to write tapi ia mengambil masa untuk menunggu karya diterbitkan di majalah (yes, my writings have been published beberapa kali in quite a number of magazines, terima kasih) and you know me, saya tidak sabar orangnya. Blogging gives me instant satisfaction; within a few minutes, fikiran-fikiran merepek saya telah terbit and out for the world to see. Ngeee.
What I don’t get is people who have no respect for other people’s writings. Kalau tak suka, janganlah baca. Dan kalau suka, janganlah pula plagiat/tiru. I don’t appreciate-lah tulisan/gaya penulisan saya yang tak seberapa ditiru. If you don’t have anything interesting of your own to blog about, janganlah memblog. Oh you think I don’t notice? Oh you think by tweaking my ayat here and there, I tak perasan? Oh I do, my friend, I do. Grrr.
Entri sedikit beremosi. Hahaha. Ini yang terjadi pada hari malas bekerja. Saya yang berpuasa ini sepatutnya lebih insaf dan segera menunaikan solat Zuhur. Tapi tidak, saya telah membazir di Cold Storage membeli macam-macam untuk masakan berbuka malam ini, saya tidak mula bekerja lagi selepas waktu rehat berakhir, saya kemalasan, saya belum solat Zuhur dan saya menjadi emosi di perenggan di atas. Ya, saya insan yang penuh kekhilafan. Sudahlah, mahu solat dan taubat. Ngeee.