Friday, October 30, 2009

Kata Pujangga: "Sesuatu khayalan kadang kala menjadi realiti."


Alangkah indahnya kalau sedang keluar mengetik kamera merakam subjek-subjek indah. Matahari sedang bersinar cantik, maka tentu gambar akan cantik tanpa usaha keterlaluan. Tapi tak mahulah ada rasa bahang; mahu matahari terik memancar tapi juga mahu dingin yang memberi selesa. Ya tentulah itu bukan seperti di Malaysia. Lalu siapa mahu belanja saya ke Australia saya dahului dengan ucapan terima kasih dan saya berjanji saya akan ketik gambar subjek indah banyak-banyak sebagai balasannya.

Alangkah indahnya kalau sedang berbaring di atas rumput wangi sambil membaca sesuatu yang menyentuh jiwa. Lebih indah jika rumput wangi itu adalah sebahagian dari laman rumah sendiri dalam suasana dingin tapi cerah. Ya, masih bukan Malaysia nampaknya. Suami, mari berhijrah?

Alangkah indahnya jika sedang berbuai-buai; membuai diri tinggi mencecah ke langit biru, tanpa bimbang tentang segala yang di bumi. Wajah mendongak ke langit di mana matahari sedang gagah memberi cahaya dengan angin sepoi-sepoi menyapa seluruh pelusuk diri. Lebih indah jika dapat membuai diri laman rumah sendiri, di mana bebas berteriak gembira menghayun diri sambil rambut berterbangan girang.

Alangkah indahnya jika dapat berbaring di atas tilam empuk dalam suasana remang lampu kuning dan sejuk pendingin hawa. Lebih indah jika tiada gangguan panggilan telefon dari pejabat atau hilai tawa anak jiran-jiran atau ya, lebih indah jika berbaring tenang tanpa sebarang masalah di jiwa.

Alangkah indahnya kalau sedang berlari-lari di pantai berpasir mulus dan berlaut biru dengan angin menghembus manja. Udara masin laut dan jerit pekik ombak yang anehnya cukup mententeramkan jiwa. Berlari-lari dengan yang tercinta, mengejar layang-layang yang terbang tinggi di atas sana, dengan rasa cemburu pada layang-layang itu yang begitu beruntung hidupnya dapat terbang ke sana ke mari dengan girang tanpa duka.

Hidup memang bukan sentiasa yang indah-indah saja tapi saya kira, itulah yang menjadikan hidup ini begitu hebat dan istimewa.


* Percubaan menulis penuh dalam Bahasa Melayu tanpa perkataan pasar kerana merasa malu apabila
seseorang ini menyifatkan karangan-karangan picisan saya sebagai penulisan yang baik. Sungguh saya malu tapi terharu.

* Oh ya, dan gambar-gambar indah tentulah dari Kami Cinta Ia.

Tuesday, October 27, 2009

Sesungguhnya tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah (beribadah) kepadaKu” - Adz Dzaariyaat: 56


Rumah saya sudah langgan pakej ASTRO Tayangan Hebat. Tempoh hari saya tonton Indonesian horror movie bertajuk Tiren: Mati Kemaren. Comel kan Indonesians, suka betul buat abbreviations. Mati Kemaren pun boleh jadi Tiren. Bodoh betullah ceritanya. 0.01% pun tidak seram. Cuma mungkin hype sebab ada ratu gelek Dewi Persik yang comel itu. Dan banyak adegan gadis kekurangan baju. Kah kah. Bagus lagi horror movie kita, Histeria. Tapi tak boleh komen banyak-banyak sebab tonton sedikit-sedikit saja. Yang pasti, jalan ceritanya lebih baguslah.

Seperti biasa, intro panjang lebar. Sebenarnya mahu berkongsi beberapa cerita hantu yang tergolong dalam kelompok old wives tales; tapi cerita-cerita ini dekat betullah dengan hati saya. Tapi tidak, tidak, saya tak pernah jumpa hantu dan tak ingin langsunglah nak jumpa. Jadi tak perlu ajak saya main ouija board untuk seru-seru hantu ya.

1. Hantu Susu

Ini adalah hantu yang paling menyentuh hidup saya sebab saya memang diselubungi kebimbangan ketika cerita tentang beliau berleluasa (Beliau? Hantu? Sopannya?) Kalau tak tahu, mari saya kenalkan Hantu Susu. Beliau ialah seorang perempuan beriman yang dibunuh ketika sedang mengandung. Ada satu lagi versi cerita, beliau dirogol dan dibunuh dan anak beliau yang masih bayi turut dibunuh. Roh beliau tak aman sebab pembunuh beliau masih bebas. Lalu beliau berjalan sana-sini, ketuk-ketuk pintu rumah orang dan minta susu untuk bayi beliau. Lepas dah dapat susu, nanti beliau tunjukkan bayinya yang rupanya batu nisan. Mwahahahaha.

Kemudian kalau rumah itu ada bayi atau budak kecil, beliau akan culik dan masukkan dalam tudung labuh dan bawa lari. Mwahahahaha. Masih belum gentar? Well, the tale is, ayat-ayat Al-Quran atau azan dan seumpamanya doesn’t work on her sebab beliau hantu beriman, remember? Kalau kita baca ayat Al-Quran untuk halau beliau, beliau akan sambung baca. Mwahahahaha. Scary seh. I used to be so scared that she’d culik my brother who was still small at the time. Nasib baik kawasan rumah saya tak dijejaki Hantu Susu.

2. Hantu Cermin

Hantu Cermin ialah hantu yang muncul di cermin ketika kita sedang gosok gigi. Nanti dia muncul tersengih sambil gosok gigi dengan pisau lalu berdarah-darah. Beliau sangat popular di tandas-tandas sekolah berasrama. Saya tak pernah jumpa, tapi sejak dengar cerita tentang beliau, memang meremang jugalah mahu gosok gigi malam-malam sambil pandang cermin.

Nyorq, masih kah kau ingat? Selepas kita dengar cerita ini dari senior mana entah, kita pergi toilet beramai-ramai dan tak pandang cermin bila gosok gigi? Kah kah. Sungguh kelakar. Tingkatan 2 lah masa itu. Masih kecil dan murni. Heh. Good old times. Oh kemudian saya tertinggal di toilet subang silver berbentuk bintang yang comel yang saya beli di Chamelon tapi tak berani mahu pergi ambil sebab semua orang sudah tidur dan esoknya ia hilang. Sedih. Gara-gara Hantu Cermin lah!

3. The Green Lady

Beliau ialah hantu yang paling popular di sekolah asrama. Tapi saya rasa ia seperti tak relevan untuk sekolah asrama lain dan paling sesuai untuk STF. Mari saya terangkan kenapa. Beliau ialah hantu yang mati dirogol. Dan baju beliau berwarna hijau. Ini sesuai dengan STF kerana baju outing kami warna hjau. Ceritanya ialah beliau keluar outing dan balik lewat malam. Lalu beliau takut nak lalu guard house dan mahu panjat pagar. Ketika itu, beliau dirogol dan dibunuh. Sejak itu beliau berkeliaran mahu cari badan budak STF untuk dimasuki supaya beliau boleh kembali belajar dan cari pembunuh beliau.

Pergh scary seh. Tapi cerita Green Lady sangat dekat di hati saya entah mengapa; mungkin sebab beliau kononnya budak STF? Yang punya masa depan yang luas tapi hidup terhenti sebab satu kesilapan kecil? Entahlah. Emosi betullah kalau fikir kasihan Green Lady. Yeah, I’m weird like that.

Kalau jumpa hantu comel macam Casper tak apa juga. Kemudian boleh bertukar jadi budak lelaki kacak seperti Devon Sawa itu;
boleh juga buat adik angkat. Kah kah kah.


Tiga cerita cukuplah. Nanti ada yang tak tidur malam terganggu dengan imej Hantu Susu bertudung labuh serba hitam atau Green Lady in our hideous outing outfit. Kah kah. Siapa tak pernah masuk sekolah asrama, just be thankful that you never had to don any sort of outing uniform yang huduh okay. Ngeh. Kesimpulan yang tiada kena-mengena dengan cerita hantu.

Thursday, October 22, 2009

Whatever our souls are made of,
his and mine are the same
” - Emily Brontë


With lots and lots of love, Your Wifey.

Friday, October 16, 2009

"One is easily fooled by that which one loves
- Jean Baptiste Poquelin Moliere


If you know of a certain someone who is kind of cheating on his wife - you know, seeing someone else, buying her the things he should be buying for his wife - and you’re kind of berkawan with his wife; do you:

(a) Keep mum about it – because it is none of your business anyway; or
(b) Tell the wife – for she has the right to know what the husband has been doing behind her back.

I am a coward so I would choose the former option because I wouldn’t want to be a meddler in someone else’s marriage. Memang sukar situasi ini; anda tidak mahu menjadi batu api mengadu domba sana sini. There is also a chance that she wouldn’t believe a single thing you say and choose to percaya seratus peratus sepenuh jiwa raga her husband, then you’ll end up dikenali as the mulut jahat penyebar fitnah.

But you hate seeing her being cheated on oh so openly. Kasihanlah. I know it’s none of other people’s businesses but diri sendiri ini as a wife, if my husband berlaku hanky panky behind my back, I would want to know about it. I wouldn’t want to be left in the dark and be the last person to know whilst semua orang telah tahu dan geleng-geleng kepala kasihankan saya dari jauh. That’s more pathetic-lah. At least if I know, I can do something about it. Tapi, nauzubillah-lah ya. Hubby baik kan, Hubby? Ngeh ngeh.

Kah kah. A ‘nice day at the office’ does not consist of kebenaran
for you to lip-smack with you female colleague ya, harap maklum.


About.com aptly listed Top 9 Signs Your Spouse Is Cheating:

1. If he says, "I Love You But I'm Not In Love With You." – That’s so harsh. That’s not even a sign-lah. I think it’s more like, “In your face, woman!”
2. If he says, "We are just friends." (Read: Spending a whole lot of time with this new ‘friend’ but claiming that they’re ‘just friends’) Simply classic.
3. A sudden need for privacy.
4. If he says, "I need some space to figure out my feelings." (Read: Requesting more space and time alone) Everybody needs his/her space tapi kalau melampau-lampau, lain macamlah nampaknya.
5. Regular work habits change.
6. Spending a large amount of time on the computer.
7. Secretive phone calls and more time spent on the phone.
8. Behavior that just doesn’t add up. He's your husband; you'd know.
9. Your own fears and suspicions. I guess at the end of the day, women know. We have this thing we call gut feelings. And more often than not, ianya benar. But we women tend to be paraniod kan? So just be sure to draw a line between paranoia dan gerak hati yang benar, ya. Heh.

So yeah, back to the initial issue; would you choose to be a silent spectator or would you meddle in and let the wife knows what she should know? I guess there is never an easy way out.

And for now, I prefer to keep mum about it and pray that my marriage will never be tested in such ways, please oh Allah.

Monday, October 12, 2009

"The movies we love and admire are to some extent a function of who we are when we see them." - Mary Schmich


Saya rasa kelakar betul bila orang Melayu tak suka tonton filem Melayu semata-mata kerana “Well, I don’t watch Malay movies. They suck.” Seorang rakan pejabat tidak suka filem Papadom yang menang Filem Terbaik di Festival Filem itu. Saya tanya kenapa, sebab saya suka stimulating debates, tak kisahlah tentang apa. I was expecting some flaws of the movie from his point of view, tapi dia jawab, “Sebab tak sukalah cerita Melayu.” Kah kah. How’s that for double standard?

Kalau orang tak tonton filem Melayu di wayang sebab mahu tunggu tayangan percuma di TV ketika raya tahun depan, itu boleh diterimalah. Atau tak mahu tonton filem komedi slapstik professor UiTM itu atau filem Shamsul-I’m-so-cool-Yusof di wayang, juga boleh diterima, jika alasannya, “not worth my money.” Tapi kalau tak tonton kesemua filem Melayu, di wayang mahupun di mana-mana, simply because “I don’t like Malay movies”, sorry to say, itu satu sikap yang sungguh prejudis. Yikes. Rasa nak terkeluar muntah hijau.

And for the record, I love love love Papadom! The movie goes to prove bahawa tak perlu jalan cerita abstrak berseni whatsoever untuk hasilkan filem yang bagus. Premisnya cukup mudah tentang father-daughter relationship. Simple but heartfelt! I cried and laughed out loud and cried and laughed some more through out the movie. The movie evokes all sorts of emotion-lah in me; saya menangis tahap berlinang-linang dan ketawa tahap berdekah-dekah. Ngeh!


The movie bagged 5 awards at the recent FFM. It just dawned to me that Afdhlin is a really good actor! It’s no surprise-lah dia menang the Best Actor award; he sometimes reminds me of the late Tan Sri P. Ramlee. And Best Actress Liyana Jasmay’s potrayal as Miasara was simply adorable. But I especially liked Que Haidar as the nerdy classmate, Mat. Too cute!

Rasa rindulah pada Bapa saya selepas menonton Papadom. Tapi Bapa saya tidak pernah overprotective. He once told me, “Bapak tak tahulah apa Yanti & adik buat kat luar sana. Bapak rasa Bapak dah ajar cukup-cukup, Bapak percaya sajalah anak-anak Bapak. Kalau rasa nak buat benda-benda tak elok, ingat-ingatlah kat ibu bapak.” A simple man, my father is. I hope he is every bit proud of whom I have become today.

Oh please be warned that Papadom may not be your cup of tea if you prefer Senario/Apek kind of comedy. Heheh. Oh and it definitely will not be your cup of tea if you masuk wayang dengan mentality ‘Malay movies suck.’ But Papadom is my cawan teh dalam setiap aspek. Saya rasa ia filem Melayu yang paling saya gemari untuk tahun ini.

All in all, I think Papadom is Afdhlin Shauki’s best work to date. Kudos!

Tuesday, October 06, 2009

You made me swear that our hearts will never die
Cause no one seems to believe that we can fly
Forget them, forget them
Oh, you told me we've got a long, long way to go
To get there, we'll get there
But if there's one thing that we know
It's that we will not grow old



At one point of time, I used to update on daily basis. I don’t seem to be able to do that nowadays. Perhaps you can blame Twitter for that. Post-Twitter, I found it easier to bebel and merepek there albeit the 2-lines restriction. Oh and if you think Twitter is dreary and boring, that’s just because you’re not ‘following’ the right people. (Kah kah this is so nget ngot; attempting to explain why I am fond of Twitter)

Fascinating bloggers, surprisingly-wise famous people, breaking news, interesting friends; they are all over the Twitter space, you just have to ‘follow’ the right ones to keep you entertained. Kah kah. I should get myself a new hobby or I will turn into a professional stalker soon.


If you’ve been following my updates for sometime now, you’d know that I used to have a major crush on Timothy Oliphant. Elephant who, you ask? He’s the guy who played the nerdy villain in the latest installment of Die Hard and the hot guy Jennifer Garner couldn’t resist in Catch & Release and yes, the mean-looking, professional hit man in Hit Man.

If you’re a stranger to the above, go watch A Perfect Getaway, currently showing on the cinema. The movie was okay, thanks to the A-list actors in the likes of Milla Jovovich, Steve Zahn and Mr. Oliphant himself but well, you can guess-lah what I liked the most about the movie. Ngeh! Hot factor aside, I agree with what Nigel Floyd of Time Out had to say about the movie, that this “taut, palm-sweating thriller has two things going for it: it keeps you guessing and it doesn’t insult your intelligence,” which is good enough for my Saturday night entertainment. Hehehe.


I am so pening with our new place sebab tak siap-siap lagi kemas. Decorating lagilah belum, oh my, bilalah nak start. People have been asking to come for makan-makan raya but until the house is presentable, I don’t have the heart to do it. Most of the time, I’m too tired or too malas to do anything but lay down and makan buah and sleep. I don’t even spend that much time on TV nowadays like I used to, which is good-lah kan?

But no, I’ve got to paksa my lazy self to mengemas and make the house presentable soon or I’ll be sakit jiwa. Oh yeah, if you’ve been wondering kenapa kami pindah dari rumah yang telah sedia presentable itu, ia kerana we had to, bukan kami gatal-gatal suka menyusahkan diri. Sekian. Heh. And oh, while we’re at it, do you know any happy little elves yang boleh datang membantu saya mencantikkan rumah? If they happen to be as good as Eric Leong, well, that would be better. Thanks ya, darlings. Ngeee.


Do you remember how it was like to be 17? For the most part, I don’t. I remember being chubby and selekeh. I remember feeling not too bijak di kalangan terlalu ramai orang bijak. After all, they don’t call STFians ‘crème de la crème’ for nothing. Other STFians that is. Me excluded. I remember tak sabar-sabar to finish school to finally be able to do something I like (and/or might be good at). Yes I was forced to take up Pure Science but I guess I never regretted my decision to stay in STF despite my poor grades. Oh I remember tak sabar-sabar to finish school and prove to some teachers that, well, I might not aced Add Maths and Chem but I pun boleh jadi somebody-lah. But all in all, I remember the good times yang dialami bersama my friends and I wouldn’t change anything about that even if I could.

Point saya di sini sebenarnya ialah: STF 959-ers, come celebrate our 10th years post-STF this 7th November 2009! Go RSVP your attendance
HERE and lets meet up and have some good fun, okay!

Facebook photo entitled Back to the Time When All of Us Were Still Single courtesy of Ayunique. Tak perlulah attempt to guess which of the innocent-looking high schoolers ialah yours truly. Kah kah.

I guess it would be better if Pak Yem could be there, then I can give him my nice-looking business card with my name proudly embossed on shiny paper and what not, dan dengan berlagak berkata, “Well Pak Yem, mungkin saya bodoh Matematik Tambahan tapi saya sekarang pandai undang-undang. If you ever find yourself in a legal mess, just give me a call.” Ngeh! Peace!

Thursday, October 01, 2009

Forget not that the earth delights to feel your bare feet and the winds long to play with your hair.” - Kahlil Gibran


Jam 6.20 petang semalam, saya masih di pejabat. Tiba-tiba dengar bunyi ‘krek, krek, krek’ dari arah dinding belakang. Hantukah? Pengintai tingkapkah? Kemudian rasa pening kepala berpusing. Imaginasikah? Kemudian dengar staffs jerit-jerit dari luar, “Lari turun! Bangunan bergegar!” Lantas capai handbag dan tukar kasut lalu berlari turun 12 tingkat. Sampai tingkat 1, berpusu naik lif ke basement untuk dapatkan kereta. Perlulah selamatkan kereta sebab insurans kereta tak cover force majeure. Heh.

Di basement, telefon Suami, minta ampun atas dosa (yang banyak), takut bangunan runtuh tak sempat keluar dari basement. Tapi sempat. Tapi untunglah dah clear dosa dengan Suami. Ngeh ngeh.

Pagi tadi masuk pejabat lewat sebab mengantuk semalam terjaga tengah malam akibat mimpi ngeri. Masuk pejabat, tukar selipar, baca updates di Twitter. Kemudian kawan baik datang ke bilik, dia komen, “Nak gegar, gegarlah sekarang. Baru best tak kerja. Ada ke gegar pukul 6.20 time dah habis kerja?” Tiba-tiba rasa kepala berpusing. Kemudian staffs jerit suruh lari turun. Rupanya Sumatera bergegar lagi. Lalu kami terkesan lagi. Masin mulut kawan saya. Cubalah mulut masin sebut saya dapat durian runtuh menang peraduan. Ini mulut masin minta gegar. Sungguh tidak bermakna.

Letih tau lari turun berpusu 12 tingkat. Kemudian berjemur panas pula. Terus lapar Nasi Lemak sesudah senaman pagi tersebut.





"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?"

Baru bangunan gegar sikit, sudah berkecamuk berdebar. Nauzubillah, mohon pada Allah jauhkan dari segala azab dan malapetaka seumpamanya. Mohon juga padaNya agar permudahkan mereka di sana sini yang dilanda taufan, banjir, tsunami dan gempa. Sungguh bersyukur atas nikmat cuaca cerah, makanan lazat, baju kering dan ketenangan hati mengetahui semua yang disayangi dalam keadaan selamat di bawah lindunganNya.

On a lighter note, celebrity blogger Kenny Sia wrote something funny vide Twitter yesterday: “Sumatra gave West Malaysia earthquakes. Kalimantan gave East Malaysia haze. Wait, why do Indonesians hate us again?” To that I shall say, HEAR, HEAR! Ngeee.