Friday, March 30, 2007

J. U. B. L. I. P. E. R. A. K

Yours truly, minus 20 years.

Untuk setiap saat hidup yang dipinjamkan.
Untuk setiap kenikmatan yang dilimpahkan.
Untuk setiap kasih sayang yang dikurniakan.
Aku bersyukur padaNya untuk segalanya.

Thursday, March 29, 2007

You are as young as your faith, as old as your doubt;
as young as your self-confidence, as old as your fear;
as young as your hope, as old as your despair.



Beberapa perkara membuatkan aku rasa oh sangat grown up!

(1) Attending a 3 hours meeting. Nerve-wrecking why? (a) Meeting itu bersama 2 lawyers of 5 years experience each and 2 partners with 15 years each, whilst aku, ngeh ngeh, tak sampai setengah tahun. (b) I got assigned to 20 new portfolios. Thanks a lot.

(2) My positive self kemudian berkata kepada my pessimist self: "Relaxlah. Think of it as a good learning ground for you." Eh wait, positive thinking is kids' attribute. Not grown-up's. Ok cancel yang itu.

(3) Pulang ke rumah, Ibu bertanya “Kenapa lambat?” dan aku jawab, “Meeting habis lambat.” Waa meeting habis lambat? Gila aah.

(4) Memberi wang saku pada adindaku setiap kali dia mahu pulang ke UIA dan men-top-up-kan kreditnya setiap kali dia dengan sopan meminta “Kakanda yang dikasihi, sudilah kiranya…..”

(5) Berbincang mengenai perkahwinan dan mendapati bahawa ia tidaklah too far away and is oh so attainable. Dulu rasa macam orang yang kahwin ni besaaaar sangat.

(6) When wedding invitations from kawan2 lama keep coming in. And people around me are all planning to get hitched soon. Or better still, when more and more people I know dari zaman hingusan telah ber-first-baby.

(7) Bila sahabat baikku (of same age) berada dalam situasi begini:

Body Shop Salesperson: Umur akak berapa ya?
My Kindred: Rasanya berapa?
Body Shop Salesperson: 25?
My Kindred: Oh okay. So I look my age lah.

(8) Mempunyai lebih RM100 di dalam wallet for my just-in-case (s).

(9) Menghadiri Mahkamah. Serious rasa tua.

(10) Dalam masa beberapa jam, 25 lah umurku. Woa that is like ¼ abad!


How to restore my youth? No, bukan anti-wrinkle cream. Last night I ate Kiddies chocolate dan main belon! Hehe. Fun!


Aku masih sangat suka ceklat zaman kanak2 yang taklah sedap sangatpun ni. Cara makan - gambar di sebelah kanan - tinggalkan rangka.



Ada ke orang yang tak main belon ni dulu2? Aku ada 1 kotak, selepas diagih2kan, tinggallah banyak ni. Masa beli kat Cineleisure flea market, Apek tu siap kata "Bring back your childhood!" Comel.

Wednesday, March 28, 2007

"I have seen wrong actions killing hearts and their degradation may lead to their becoming addicted to them.
Turning away from wrong actions gives life to the hearts and opposing your self is best for it" ~
Ibn al-Mubarak


We women have our ‘time of the month’. I wonder, ketika aku dalam ‘waktu itu’, adakah my moods, emotions, reactions, feelings, benar2 aku? Aku betul2 tak puas hatikah dengan tunangku sehingga mencari pasal? Aku betul2 rasa bosankah dengan kerjaku? Aku betul2 terganggukah dengan kata2 manusia itu? Atau semata-mata dipengaruhi oleh sindrom itu?

Inspired by Still Standing I watched the night before, I woke up yesterday vowing to be happy for the whole day, and I succeeded. At least until evening came and something happened dan jiwaku terganggu. Sangat kecilnya perkara itu sehingga terasa malu dengan diri sendiri kerana membenarkan diri terganggu. Betapa nipisnya dinding hati.


What then mended my troubled soul?

(1) Talking to Mr. Sweetheart di mana dia memujuk, memahami, menasihati. He told me about kisah Rasulullah dan pengemis (kisah kejahatan dibalas dengan kebaikan) and about the rape victim he defended, lantas tersedarlah betapa kecilnya masalah aku dan betapa aku telah overreacted.

(2) Listening to zikrullah and tazkirah di IKIM all the way home.

(3) Pulang ke rumah dan mendapati the whole family was home. Bliss.


Wahai diri, janganlah terganggu dengan sedikit dugaan, janganlah tewas dengan sedikit kesusahan. Dan wahai teman2, bersamalah beringat pada pesanan Rasulullah: “Jauhilah perasaan hasad kerana hasad itu memakan kebaikan sepertimana api memakan kayu”.

Tuesday, March 27, 2007

Berpesan-pesan kepada diri sendiri dan kepada semua


Allah Azza wa Jalla berfirman:

(1) “Fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan.”
[Al-Baqarah: Sebahagian daripada ayat 191]


(2) “Dan berbuat fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh.”
[Al-Baqarah: Sebahagian daripada ayat 217]


(3) “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olok) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk (fasiq) sesudah beriman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zhalim. Wahai orang-orang yang beriman. Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” [Al-Hujuraat: Ayat 10-12]
You electrify my life
Let's conspire to re-ignite
All the souls that would die just to feel alive






My Kindred: Ko ingat tak ****?
Me: Ingat. Yang kena dismissed sebab meniru tu?
My Kindred: Kesian dia, semua orang ingat yang tu pasal dia.

Meniru was never an option for me in uni. Toyol. Tulis atas meja. Tulis dalam statute. Jenguk jawapan rakan. No no. Melainkan dalam test yang memang lecturers 'membenarkan' diskusi. Heheh. Tapi aku tak ada masalah dengan mereka yang memilih untuk meniru. Hidup mereka. Hak mereka.

Tapi aku ada masalah dengan orang yang nak meniru tapi tak pandai meniru. Come on lah, ko nak meniru dalam exam, di mana natijahnya if caught, you will be dismissed from law school, and yet, ko tak fikir masak2 cara2 nak meniru. 2 contoh yang berlaku di fac aku: (1) Seorang gadis, bawa buku dan sorokkan dalam blouse dia. Buku! Boleh? Maka seorang lecturer bila lalu, terlihatlah buku itu. Tak kisahlah lecturer itu pervert atau observant (sebab dia nampak buku dalam blouse?) tapi gadis itu! Buku! Apakah?! (2) Seorang lagi, bawa toyol dalam bentuk kertas. Okaylah tu kan kertas. Selamat dah sepanjang exam. Tapi dia terhantar kertas toyol itu sekali dengan answer sheets dia. Pandai kan?

Apa moralnya? Jangan meniru. Tahu kan hukum, halal dan haram. Tapi, jika mahu and/or terpaksa meniru sekalipun, menirulah dengan bijaksana
.

Monday, March 26, 2007

I can't say that I'm not lost and at fault
I can't say that I don't love the light and the dark
I can't say that I don't know that I am alive



Spent Sunday accompanying my Kindred to Midvalley for hantaran shopping. Mission accomplished, kesemua hantarannya telah berjaya dibeli! It was so much fun!

Cumanya, gue enggak ngerti gimana sih ramai sekali yang mampu berbelanja begitu besar. Elle boutique was on sale and most people there shopped like Elle was giving the stuffs for free! Berlambak. Kagum gue sih.

Juga, gue kagum pada mereka yang sekali berbelanja, hingga 3-4 tas tangan yang berbrand bagus atau alat2 kecantikan dibeli setiap bulan atau blus yang dipakai enggak pernah yang brand nya biasa2. Waduh banyak sekali uang mereka. Berarti mereka itu kaya sekali? Jikalau mahasiswa, barangkali uang scholarship. Jikalau memang keluarganya beruang, uang pa-ma lah barangkali. Tapi jikalau bekerja seperti gue, gimana ya? Gimana gue enggak mampu berbelanja sebgitu? Gaji gue alhamdulillah, baik. Gue enggak punya hutang/tanggungan. Tapi gue enggak mampu begitu. Gimana?! Plastic money, itu jawapannya?!


** Continued from previous entry:

6 Weird Things About Me: Weird Thing Numero Tres

I don’t/can’t share towel.
I bring my own towel everywhere I go. Be it rumah kawan, rumah sedara, hatta hotel sekalipun. I am not a light packer to begin with. Extra baju and the whole toiletries adalah kemestian.


6 Weird Things About Me: Weird Thing Numero Cuatro

I have mild OCD.
Organised wallet is a must. Unbuttoned button is a no-no. Basuh tangan kanan, mesti basuh tangan kiri juga. & banyak lagi OCD merapikku yang kupercaya mampu kuhindari, tapi tak perlulah tulis semua.


2 more (so-called) weird things coming your way soon!

Friday, March 23, 2007

Be careful of your thoughts,
they may become words at any moment




Aku nyanyuk lately ni. Misplacing stuffs like mug, documents, handphone. Eh rasa letak kat sini tadi, mana pulak fail aku ni? Eh rasa macam amik air tadi, kat mana mug aku? In the Boss’ words, “Haai AM, muda2 dah pelupa?” Pelupa? Short attention span? Tired? Unfocused mind? Huhu. God forbid.

Asni tagged me with 6 Weird Things About Me TAG. One tough TAG this is. Bukan sebab tak ada apa yang pelik tentang aku, tapi sebab bila aku baca other people’s 'weird things', I thought “Tak weird pun. Akupun macam ni”. So, siapalah yang tentukan what’s weird and what’s not. Anyways, for you Asni, Kak AM will start with two (konon2) weird things about Kak AM:


6 Weird Things About Me: Weird Thing Numero Uno

I don’t/can’t eat TELUR burung puyuh. I even gag at the sight of it. Burung puyuh is nice though, it’s the telur I can’t stand. Aku rasa ini perkara pelik kerana seringkali, bila orang dapat tahu aku tidak memakannya, orang akan terkejut terbeliak and goes “But why?”

Alkisahnya, di satu hari yang lapar di STF, terlalu ramai orang di kantin, maka aku ke koop dan beli 2 cucuk telur itu yang disaluti sambal. Aku makan sehingga habis. Tiba2 ketika menduduki ujian Kimia aku rasa loya (atau mungkin juga aku loya tengok soalan sebab tak reti jawab), maka aku ke tandas beberapa kali dan menghabiskan masa yang lama untuk muntah. Maka banyak soalan test yang tak terjawab (kononla, padahal memang tak reti jawab) and I felt sick the whole day. There goes, my short affair with telur burung puyuh which ended in disaster.


6 Weird Things About Me: Weird Thing Numero Dos

I eat sweets in crushed form.
Yakni, aku akan pepak sehingga hancur dan makan sikit2. Juga, aku rasa ini perkara pelik kerana seringkali orang hairan mengapa aku perlu berbuat demikian. No reason.


Weird, no? More weird thing (s) coming your way! Behold!

Thursday, March 22, 2007

We never know the worth of water till the well is dry



It is World Water Day today. ERA was celebrating the day by appreciating kewujudan air with its topik pagi: Kenangan Tak Ada Air. Paling best was this guy who cerita zaman dia kecik2 kat kampung, ada satu punca air saja, boleh jadi berebut tahap bergaduh berparang. Macam cerita Sikit Punya Gila! How exciting his childhood must be! Hehe.

My kenangan tak ada air mostly revolves around my life as a boarding school student lah. Kalau tak ada air, alahai seksanya. Kalau weekends takpe lagi, ko bau aku, aku bau ko, settle situlah. Bukan ada aktiviti berbaupun. Tapi kalau kena tengah letih2 balik dari sekolah panas2 lepas lunch makan ayam masak lemak cicah sambal kicap *drool* okay, *double drool (nafsu berpuasa)*, nak kena pegi prep, tiba2 takde air. Ya Allah. Betapa sakitnya jiwa. Takpun lepas balik block practice. Adus!

Masa nilah semua orang berlari ke astaka. Ya berduyun2 gadis STF tanpa sifat ‘control ayu’ serbu astaka untuk mencari beberapa titis air. Atau ke tangki blok di mana gadis2 mandi di kolah beramai2 tanpa mempedulikan katak2 atau haiwan2 lain yang mandi bersama. Atau ke surau, di mana toiletnya jarang putus air. Kalau tragic sangat, sekolah akan keluarkan notice, boleh balik rumah! Siapa duduk area JB/ada kawan, okaylah, kalau tak? Satu lagi option ialah tandas sekolah, iaitu option paling dekat tapi ada risk of terserempak dengan cikgu lelaki seperti Pak Zul yang comel. Hahaha. Bila semua ni dah berlalu, tinggallah suatu kenangan. Good old times.

Apa kenangan tak ada air anda?

Wednesday, March 21, 2007

I need your grace to remind me to find my own


CRISTINA: "I'm not involved."
IZZIE: "What if this was Burke? What if you were me?"
CRISTINA: "This is bad. This is bad and serious and against a lot of rules. It's not fun for me."
IZZIE: "What if you were me?"
CRISTINA: "Well, I wouldn't have fallen in love with a patient."
IZZIE: "You fell in love with an attending."
CRISTINA: "Well so did Mer, so what's the point?"
MEREDITH: "The point is we can't help who we fall in love with."


Moral: Fahamilah rakan2 anda. They can't help who they fall in love with.

Watch the trailer for the final episode of Season 2 here.
Watch the Chasing Cars' music video (Grey's Anatomy version)
here.

Fanatik tak aku? Ngeh ngeh.

Tuesday, March 20, 2007

Life is a mixed blessing, which we vainly try to unmix.
~ The Second Neurotic's Notebook



There are always two (or more) sides to every stories.

K*ylie M*inogue said she left Oliver because he cheated on her (again!) but only God knows why he would stray around. I mean, he seems like a sweet man, he stood by her dan bersama2 fought her battle against cancer.

Z*ana AF5 said she couldn’t handle the stress, but medias are saying the reason she backed out is the alleged nude pictures of hers.

People look at Norah (the character from The Memory Keeper’s Daughter) and thought she must be fully content; she’s pretty, she has a wonderful, handsome husband (who is a successful doctor), she has an adorable son and she lives in a beautiful house with beautiful stuffs - what’s there to complaint about? Yet, all she felt was lost.

Paling sedih bila ada 3 sahabat, A, B dan C. A mengadu pada B, B dengar dan percaya. B lupa ada cerita side C juga. Pernah berlaku pada anda? It happened to me. It happened to most of us.


Aku suka tengok young married couple dengan seorang anak. Setiap kali nampak mereka, aku rasa happy. Dalam kotak minda aku, inilah salah satu epitome of happiness. You’re young. You’re in this together. You have life kini dan di hadapan sana, life you share together. Such a blessing.

Itu hari, I saw this young couple with a small Girl, seperti biasa akupun tengok dengan gembira. Tiba2 rupanya I know the Girl and the Mother. I know the father (who was obviously not in the pic) tapi aku tak kenal the young man with them. So I thought, this must be the Mother's new boyfriend. The Mother is separated but not divorced from her husband, hanya because her husband won’t let her go. She has a new boyfriend and she wants to marry him. Masalahnya dia masih isteri orang. And guess who is the victim here? The poor, sweet Girl, of course. They seemed happy.. and yet. Two sides to every stories.

Sunday, March 18, 2007

A clock is ticking, but it's hidden far away.
I could do most anything to you.
Safe and sound, safe and sound.



Like I told Ayin, aku sakit dada tengok the latest episode of Grey’s Anatomy, 17 Seconds. Boleh? Mixed emotions.

(1) Aku rasa nak lempang Izzie. Like Yang once said, "That's Izzie. She's the vice president of fantasyland." Siapa President eh?

(2) Kemudian aku menangis pula bersama dia sebab aku dapat merasakan cinta dia (dan dia sungguh hot ketika menangis).

(3) Aku rasa nak piat telinga Yang, sambil membebel, “Woman, grow up! Sudah-sudahlah dengan your ego and bitterness. Go apologize. Haa kan Burke dah kena tembak. Padan muka.”

(4) Aku mahu cekik McDreamy and won’t let go until he promise to stop wanting to be ‘the nice one’ and surrender to his desire for Meredith.

(5) Rasa nak jadi organ donor. How to register?

(6) Dan sesuatu yang begitu familiar dengan hati aku is this particular patient who used his fiancé as his shield apabila tembak-menembak berlaku. Hahaha. So my case is not that dramatic. But I was once in a relationship with this guy, who used me as his shield dari terkena air ketika naik bot (yang lalu bawah air terjun) di Sunway Lagoon. Natijahnya, dia, rambut saja basah. Aku, atas sampai bawah. Ya, aku dalam decent jeans, shirt dan tudung ketika itu. Haha. Best kan? I was so puzzled with his spontaneous reaction. Anyways, that was one of the breaking points when I thought “Oh?!” Heh. Alhamdulillah, I thank Allah for the (one of many) revelation. Like the patient's fiancé said, “Love means never having to use your girlfriend as a human shield!” Haha.


And I took the Who Are You Most Like Quiz
here (aku fanatic hari ni) and apparently I am Callie. Oh? Begitu gagah.

Friday, March 16, 2007

The most beautiful discovery true friends make is that
they can grow separately without growing apart


Malam semalam menatap foto2 lama di online albumku, tiba-tiba terasa mengalami masalah lack of kasih sayang sahabat2/angels ku. Rindu sungguhlah pada kalian! Bilalah mahu ketemu? Lantas aku bersengkang mata tidur lewat dan mengedit foto2 ini. On a brighter note, tomorrow will be going out with some of the STF girls. Yeay yeay!













Kesimpulannya:

Thursday, March 15, 2007

Funny thing about that is I was ready to give you my name


Arrived in Court tercungap-cungap only to find that the judge was on leave. Decided to skip the minum-minum routine and went to run some errands.

Went to Maybank besar near PKNS only to membazir RM1 for the parking fees as all the cash deposit machines were out of order.

Went to PKNS to get my favourite mee soto di The Scene, where Far & I terlalu selalu pergi untuk menikmati mee soto dan laksanya, only to membazir another RM1 for parking fees as “Mee soto belum siap, dik”.

Frustrated, teringat akan soto di Restoran Soto Shah Alam di Seksyen 8. Nyaris tersesat kerana signboard yang aku guna sebagai tanda to belok kiri telah berubah rupa. Tiba2 aku rasa macam Nobita yang jadikan anjing, pokok & sampah sebagai tanda atas map harta karun dia. Haha. Nasib baik tak sesat sebab kalau lambat sikit, silalah queue. The soto memang worth the queue anyway, dengan bergedel kecik2 yang sangatlah enak. Heh.

Anyways, seperti selalu, it feels good to be in my ‘college town’ Shah Alam. Kalau selalu, boleh rasa loya, tapi sekali-sekala macam ni, memang best, di mana segalanya sangat familiar dan di mana2 ada memories.



Oh the title of this entry; I so love Justin’s new single What Goes Around. Cool lyrics, catchy melody, superb music video. Hotness!

Wednesday, March 14, 2007

Love is the higher law


On 1st Feb 2007, Ayunique tagged me with a MeMe. Memandangkan ia MeMe yang memerlukan sedikit penggunaan fikiran, aku lantas malas maka terlupa dan telah diingatkan semula akan keberhutanganku oleh Tagger (?) So here goes. Oh before that, it is 14/3 today, hence Happy I (1) Love (4) You (3) Day! Spread love!


Rules: Use the 1st letter of your name to answer each of the following. They must be REAL. NOTHING made up! If you can’t think of anything, skip it. Try to use different answers if the person in front of you had the same 1st initial. You CAN’T use your name for the boy/girl name question.

[BEGIN]

Your name: Marliza

1. Famous Athlete: Maria Sharapova (woot!)

2. 4 letter word: Maim

3. Street name: Melor Street (where my heaven on earth is)

4. Color: Magenta

5. Gifts/presents: MP3 player (Bapak got me 1 for my birthday last year)

6. Vehicles: Motorcycle

7. Tropical Locations: Mauritius (I had a pen pal there)

8. College Majors: Maths

9. Dairy Products: Milk

10. Things in a Souvenir Shop: Memory Lane greeting cards

11. Boy Name: Mohamad

12. Girl Name: Maimunah

13. Movie Titles: Monster In Law (Stooooooopid movie, A MUST-NOT Watch)

14. Alcohol: Margarita

15. Occupations: Milkman

16. Flowers: Matahari (sunflower, which reflects pure thoughts)

17. Celebrities: Mariah Carey, Maya Karin

18. Magazines: Men's Health, Maskulin

19. Malaysia Cities: Mentakab

20. Pro Sports Teams: Manchester Utd

21. Something Found in a kitchen: Meja makan

22. Reason for Being Late (or dead): Mental breakdown

23. Something You Throw Away: Mancis?

24. Things You Shout: (nothing that starts with an M) Monyet? (soo Asmidar!)

25. Cartoon Character: Marge Simpson (coolness)

26. Tag, you are it!: Mardiah Hayati (Dod), Mazia, Munirah Hayati (Sis Moon), Mira, Munyra Hayati (Ira). Have fun!

[END]

Tuesday, March 13, 2007

Show me your desktop! (A TAG Game)


Tagged by Blossom, I hereby show my desktop to the world. Note: This is my office desktop. My laptop's desktop lain pula, which I will upload later.



Resolution : 1024 x 768 pixel

Laptop/LCD or CRT monitor: CRT?

Been using this desktop since: I 1st occupy this room dan menjadi pemilik office PC ini.

Wallpaper since: (s.d.a) Note: Wallpaper shows my favourite flowers, Gerbera daisies, in Sephia mode.

Ada orang kata, "You can tell how a person is, by looking at their desktop". (Errk? Seriously? Adalah dull nya aku?) So, I am tagging (teringin nak jenguk wallpaper korang): (1) Ayunique; (2) Dod; (3) Kimi; (4) Nijoh; (5) Yatt

Feel the rain on your skin
No one else can feel it for you
Only you can let it in


Do you know that Sinar FM has a morning slot di mana Halim dan Rina akan memasangkan lagu2 tema dari rancangan2 TV masa lampau? Sangat comel. Just the other day, they were playing Ninja Turtle theme song. Teringat zaman kanak-kanak yang terasa masih baru lagi tapi rupanya telah lama berlalu. Reality check!!! Heh. Anyways, di zaman kanak-kanak, semua ada rancangan kegemaran. Most people I know share the same favourites seperti Maero Attack, Gaban, MacGyver etc etc. As a TV addict sedari kecil lagi, my favourites includes:




Knight Rider dan Suria Perkasa Hitam ("SPH")! My childhood definition of balakness. Hahaha. Oh bawah rumah sewa aku dulu ada motor hijau SPH itu (Belalang kan?) Far and I selalu imagine yang ada SPH menghuni di blok kami. Kami selalu jerit minta tolong pada SPH, especially ketika sedang letih panjat tangga 4 tingkat. Hahaha. Suria Perkasa Hitam, tolong!




With tagline "Braver than most - Smarter than the rest", MacGyver tentulah menggamit hati with his (oh so) smartness (dan cuteness juga). Gaban!!!




Bionic Woman yang sungguhlah girl power. Dan Family Ties yang mengandungi Michael J Foxx yang comel. Ingat tak? Sabun yang menaja rancangan itu sangat cantik.



Full House yang menjadikan the Olsen sisters jutawan dan Ultraman Taro, the best ultraman ever! Hakuto! Minami!

Thursday, March 08, 2007

I am woman, hear me roar


Happy International Women's Day
to all the amazing women in my life!

Wednesday, March 07, 2007

So where is the passion when you need it the most?


Ya, aku berada dalam lingkungan perasaan yang tergambar di atas. Tanpa sebab yang jelas. Walaubagaimanapun, disebabkan aku telah menulis issues ini terlebih dahulu, maka terpublishlah ia. Have a read and in the meantime, have a better day!


(1) Gaji kakitangan awam dikaji. Proposal 20% kenaikan for pegawai gred A. Keadaan ini menjadikan aku: (a) Rasa mahu jadi kakitangan awam. Oh alangkah seronoknya jadi lawyer kerajaan; dan (b) Rasa agak gembira kerana tentulah aku akan merasa tempiasnya jika proposal diluluskan. Heh. But Mr.Sweetheart is skeptical. He said, budget kerajaan dah yilek pochek guna to send Mamat Hensem for teh tarik experiment di angkasalepas. Huwa!


(2) Mat Rempit ke, Dajal Rempit ke, what difference does it makes? A rose with a different name would still smell as sweet, and likewise, a Mat Rempit with a different name would still merempit dan berfoya-foya seperti biasa. Jadi? Enough already lah with the stupid diskusi!


(3) Aku rasa office aku ada hantu. Sebab hantu saja yang sanggup keluar toilet meninggalkan sisa-sisa pepejal kecoklatan tanpa dibersihkan, kerana: (a) Hantu pengotor; (b) Hantu mungkin tak cukup tinggi untuk capai handle flush itu; (c) Hantu invisible, maka boleh keluar dari toilet without fear ada manusia di luar yang menyaksikan “ooh dia ni rupanya yang selalu tak flush”; dan (d) Hantu tak pandai baca notis. Hantu oh hantu.


(4) Speaking of hantu, I like the way Osman Ali (director of Puaka Tebing Biru) anwered the Mingguan Malaysia's reporter tentang hantu dalam filemnya yang beremosi. Dia jawab begini:

"Semua manusia dalam dunia tak tahu hantu itu macam mana. Apa yang kita faham ialah berdasarkan hantu dalam filem-filem sebelum ini. Hantu kena terbang, tak ada kaki dan menakutkan orang. Tetapi saya pula tukar hantu dengan ada perasaan, cinta dan kasih sayang. Jadi memang agak janggal bagi orang lain nak terima sebab tiba-tiba hantu cakap fasal kasih sayang, boleh menangis pula tu. Kita selama ini tak pernah kenal hantu. Jadi kita boleh persembahkan dalam pelbagai imaginasi sendiri. Tak ada bukti yang hantu tak boleh menangis. Saya pilih untuk jadikan hantu sebagai pencerita. Mungkin sebab itu orang rasa beza. Hantu penuh dengan perasan pula. Susah sikitlah." (Sumber: Utusan Malaysia Online) Hahaha. Comel betul.

Tuesday, March 06, 2007

We're all sensitive people with so much to give.
Understand me, sugar, since we got to be.
Let's live. I love you.



X: You know, isteri ****** **** (a lecturer) is a stewardess. Cun.
Me: Ye ke?
X: Eh apa you ni? Semua cerita pasal lecturers you tak tau. You tak pernah borak2 dengan diorang ke?
Me: Tak. My relationship with lecturer was purely academic sahaja.
X: Really? Then how you bodek?
Me: Tak bodeklah.
X: Tak bodek? Then how was your result? Okay ke?
Me: Okay je.

The above conversation took place with a new friend/senior in UiTM while waiting for the Court to start. Apparently, that was how some people got through law school with flying colours. Hmmm. Alhamdulillah, despite our (Far& I) couldn’t-care-less-attitude, kitorang okay. Perlu eh bodek?!


Oh on AI. I only got to watch sikit2, here and there. But Jared oh Jared. I especially like this one review about his performance I read in the forum section of the official website. Here goes: “Next comes Jared, who was unapologetically going for the female vote with his unbuttoned suit and choice of the Love Master himself, Marvin Gaye's love anthem "Let's Get It On.” For the most part, I think it worked. He made a big step up in both the voice and the charisma department.” Teehee.


The litigation department is now officially divided into 2 dan aku diserapkan ke general litigation team with 2 other lawyers and 2 partners, which means, no more retail/bulk files. AND in the partners’ words: “more work”, “more demanding”, “longer hours of work”, “I believe all of you can cope”, “we have faith in you”, “better fees which means more demanding clients”, “be physically and mentally prepared”, etc etc. Huhuhu gentar. Wish me luck!

Monday, March 05, 2007

Forgive, sounds good.
Forget, I'm not sure I could.
They say time heals everything.
But I'm still waiting.

I'm not ready to make nice.


I thought I saw her in Shah Alam Court on Thursday. Aku hanya nampak gadis itu dari tepi but the resemblance was so uncanny that my heart stopped beating selama 3 saat. Imagine if it was really her (Or was it?) Apa yang akan berlaku? Would it be awkward? Would I get emotional and cry? Atau adakah aku akan melarikan diri?

On another note, it was KakYong’s another reception (groom's side) kelmarin, in Besut. It was a tiring journey, all in the name of cousinly love. Hehe. Malasla nak bebel banyak, still letih from the journey and kini perlu bekerja pula. Here’s sharing some of the pictures. Enjoice!


Ibu-Ibu dan Bapak-Bapak. So, what do you think about when you think about the colour red? Heh.



Happily married, they are.



(L) Yours truly and beloved KakYong. (R) Babai anak Bapak.



(L) Babai anak Mak. (R) Saaayang cucu Maktok!



(L) Mak dan Ibu. (R) Sayangkan anak, tinggal-tinggalkan.