Betapa aku biru sehari sebelum semalam. Biru yang amat sangat sehinggakan rasa menyampah pada semua jisim, keadaan dan jiwa. Teman jiwa saya juga dimarahi tanpa sebab. Mujurlah punya teman jiwa yang memahami. Syukur kepada Tuhan kerana menemukan saya dengannya.Saya pada mulanya tidak tahu apakah punca kebiruan saya. Kusut sungguh fikiran, sayu sungguh hati. Kemudiannya saya selesema dan kesakitan kepala pula, lantas terpaksa berbuka puasa untuk menelan panadol. Selepas lunch hour barulah saya mengerti. It is the time of the month. Hilang kekeliruan saya. Apatahlagi setelah mengetahui Taylor Hicks menjadi IDOL dan kemudiannya cuti 2 hari saya diluluskan oleh immediate boss saya itu, semakin pudarlah kebiruan saya. Semalam dan hari ini saya telah bersemangat semula dan hati telah hampir berwana reddish pink seperti selalu.
Walaupun saya yakin kebiruan setiap wanita pada certain time of the month berpunca dari hormonal imbalance kami, saya masih tertanya, mengapa perlu begitu? Kerana bukankah kita sentiasa ada Tuhan untuk mengadu? Saya selalu percaya bahawa mereka yang lebih depression nya adalah mereka yang kurang pengaduannya kepada Tuhannya. Bukankah? Hati ini, banyak yang tak betul sebenarnya. Tapi teman jiwa, yakinlah, saya tidak mencipta perasaan jahat ini, ia hadir dengan hormon dan akibat kurangnya kekebalan. Malu diri ini membaca blog Sis TiniDewi yang menemui hobi baru mencintai Al-Quran sedang diri ini cuma mengamalkannya kadangkala sahaja.
Tapi hati ini yakin, ia boleh berubah. Sementelah hati yang kelmarin itu biru boleh bertukar hampir ke reddish pink pada semalam dan hari ini, ia boleh juga menjadi hampir memutih suci suatu hari nanti. Hati ini sebenarnya kini telah berbunga-bunga daisies merah kuning orange pink kerana akan bertemu rakan-rakan untuk convocation Isnin ini dan akan ke PD minggu hadapan untuk wedding cum mini STF959 reunion itu. Alangkah bahagianya hati. There a lot of things to be happy for. Hidup ini, just like it could be better, kata Noah, it could be worse juga. Lantas apa lagi? Bersyukurlah.




